Tuesday, 30 June 2015

BAB 2

Jojo berkejaran ke dapur. Sampai je kat situ, dia nampak mamanya dah tegak berdiri atas meja makan dengan memegang frying pan ditangannya. Mak Wan pula static kat atas kerusi dengan senduk kat tangan kanan dan pisau saiz bapak pisau kat tangan kiri. Jojo nak tergelak melihat situasi mereka berdua tapi dia tahan daripada ketawa. Dia takut keadaan bertambah parah.
“Mana dia?”Jojo bertanya pada diorang.
“TU!!!” dua – dua menjawab serentak dan sama sam menunjuk ke arah kaunter dapur.
Terlepas jugak tawanya yang ditahan tadi. Gelagat diorang memang mengelikan hempedu. Hatta, papanya yang turut datang melihat pun gelak besar.
“Kau ni suka sangat ‘usik’ mama ngan Mak Wan. Tengok, dah tak jejak tanah dah diorang. Dah berapa kali aku pesan jangan datang sini. Memang nasib kau lah kalau kena hentak dengan frying pan dek mama, kena ketuk dek Mak Wan.” Ujar Jojo pada haiwan peliharaannya.
“Kalau kau lapar, cakap je kat aku. Aku bagi kau makan apa aje yang kau nak. Tikus? Katak? Cakap je. Oh…. Lupa pulak kau takleh cakap.”sambungnya lagi sambil mengangkat ular sawa batiknya yang berwarna coklat yang sebesar lengan budak darjah satu yang melingkar kat atas kaunter dapur lalu diletakkan di atas bahunya dan ular itu terus melingkari leher Jojo.
Jojo memandang mamanya. “Mama dan Mak Wan boleh turun. Mama tu dah macam Miss Liberty keras tegak atas meja.” 
Mak Wan melangkah turun dari kerusi. “ Salah kamu jugak. Suka sangat bagi Mak Wan sakit jantung.”
Papa masih lagi ketawa. Puan Julia yang melihat suaminya masih lagi ketawa, mendengus marah. “Abang ni bukannya nak bantu Ju turun, gelak kat Ju adalah.” Rungutnya dengan muka masam merajuk. Alahai pepagi lagi dah main merajuk – marajuk minta abang sayang pujuk.
“I’m sorry. Here my lady.” Jawab Encik Jasman lalu membantu isterinya turun. Jojo hanya tersengih melihat mama dan papanya. Romantik, seh! “By the way, you’re the one yang pandai –pandai naik atas meja, my lady. Abang tak suruh pun.” tambahnya lagi dan akibatnya dicubit di perut oleh isterinya. Ala, cubit cubit sayang.
“Apasal kecoh – kecoh ni?” Tanya Syazwan yang baru pulang dari jogging sambil usha awek. Dia melepaskan lelah yang masih berbaki di atas kerusi.
“ You missed the show la, angah . It’s not big deal. You’ve known ‘bout it.”Jojo menjawab. “Macam biasa la. Mama kat atas meja. Mak Wan atas kerusi.” Sambungnya. Mereka bertiga sama sama ketawa.
“Sudah la tu. Tak habis lagi ke? Suka sangat gelakkan mama.” Mama merungut sambil mencedok kuah tumis nasi kerabu dan dihidangkan di atas meja. Dia memandang Jojo yang mengusap – usap ularnya yang melingkar di lehernya.
Ularnya pulak terjelir – jelir lidah. Seriau dibuatnya. Geli pun ada. “ Mama heran la dengan kamu ni, Jojo. Budak pompuan lain yang baya – baya kamu ni suka bela kucing, arnab, hamster yang comel – comel tu. Kamu ni terbalik pulak.”
“Johnny ni comel what? Kau comelkan, sayang?”Tanya Jojo pada petnya itu. Johnny hanya menjelir – jelirkan lidah. Itu aje yang dia tahu.
“Comel la sangat.” Mak Wan menyampuk.
Jojo hanya tersengih kena sindir dek Mak Wan. “Semenjak dua menjak ni, Jojo rasa macam nak beli lagi seekor la. Yang betina boleh buat teman Johnny ni. Ko nak tak,sayang? Aku cari bini yang lawa – lawa untuk kau. Mesti kau suka. Yelah, takde la kau lonely sangat. Pastu, kalau kau ada bini kau boleh ada anak. Meriah sikit rumah ni.”Jojo bercakap cakap dengan Johnny dan dia seperti biasa menjelir jelirkan lidah. Suka agaknya.
“Oh! No… No… No… Not a chance, young lady!” Puan Julia cepat cepat bersuara. “ You do know that I hate everything that glides, don’t ya? Saja je nak buat mama naik angin pepagi ni.” Mamanya terlebih dahulu membantah.
“I would like to remember you something, ma. You’re not only hates everything that glides, you hate cats and kittens as well. How can I possibly have ‘em if you allergic to fur? That’s why I decided to have Johnny. At least, It doesn’t have fur that make you sniff and itchy all day, right?” Jojo menambah lagi hujahnya. Kalau berdebat, memang tak mau kalah.
“Kalau seekor pun mama kamu dah terpekik pekik pastu naik atas meja, panjat bumbung la mama kamu kalau Johnny ni beranak pinak.”
Semua orang terus bantai gelak.
#####

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu baru. Jam sudah menunjukkan pukul lapan setengah malam. Malam ni aku kesorangan. Mesti korang curious kan kenapa aku sensorang. Sebenarnya, mama dan papa dah terbang balik kampung kerana saudara dorang meninggal. Mak Wan pun ikut sama sebab dia dan mama sepupu.
That’s why perut aku ni tengah keroncong. Semua orang takde rumah. Angah pun lepas balik dari sembahyang isyak kat masjid terus keluar hang out dengan geng dia tengok bola. Player pun pergi sembahyang jemaah kat masjid, okey. Player zaman moden ni jangan tak tau usha awek pun, masjid tetap di hati. Hahaha!!!
Bak kata Ustaz Azhar Idrus, ‘orang hok paka cap, paka luar jeans, paka baju ade gambo tengkorok,naik muto nok gi merepit pun bila orang bang, dia pusing gi masuk sejid. Orang gini hok Allah sayang. Ko guane?’ Hehehe. Player angah pun aku tau dia tak usung anak dara orang masuk hotel. Aku tau dia tak pernah pegang tangan anak gadis orang. Setakat usha je, tak lebih dari tu.
Okey, angah keluar ngan geng dia. Aku pulak mati kebulur kat rumah. Masak? Hehehehe… Soalan cepumas macam tu tak payah tanya la. Sudah semestinya aku tak pandai masak. Masak maggi boleh la tapi maggi pulak habis. Aku bukannya tak pandai masak. Sebenarnya, dulu aku pernah gatal tangan nak memasak walaupun satu haram pun aku tak tahu. Yelah, orang kata belum cuba belum tau tapi memang betul lepas cuba baru lah aku tau yang aku ni hampir hampir je nak letupkan dapur mama.
Since that day, I was forbidden to cook. FORBIDDEN! So, sekarang ni aku tau aku ni anak baik dan aku tak nak bila papa sampai rumah besok dia dapat sakit jantung tengok rumah dia tinggal tiang seri je, aku putuskan aku takkan guna dapur mama malam ni. Tonight, I’ll diet.
Tik tok… tik tok… tik tok… jarum jam menunjukkan angka sembilan. Perut jojo menjadi semakin pedih kerana perutnya mula merembeskan jus. Tangan dibawa ke perut dan digosok – gosok dengan harapan kepedihan itu menghilang. Lama kelamaan dia mula fed up. Nak diet la konon. Sedar la sikit yang kau tu ada gastric Jojo, oii!!! Karang jadi satu hal pulak nak berkejar ke hospital. Tak boleh jadi ni.
Kalau aku tepom angah mintak tapau pun belum tentu lagi dia nak balik pukul berapa. Dibuat pukul dua pagi baru nak nampak batang hidung, memang kebulur la aku. Mama pun satu dah tau nak balik kampung tu siap la sikit makanan. Nasi dengan telur mata kerbau pun dah cukup. Bila difikirkan balik, aku takleh salahkan mama ngan Mak Wan sebab diorang balik pun dengan tergesa – gesa. Dapat je call dari kampung, terus je kemas mana yang patut dan pecut ke airport.
Masa ni la rasa menyesal pulak sebab tak pandai masak. Kalau aku expert macam Jassie tu, campak kat Teluk Guatemala pun aku tak heran. So, takde la aku pening kepala fikir tapi sekarang ni nak tak nak memang kena fikir.
Setelah fikir barang dua tiga minit, Jojo putuskan yang nak ke kedai makan. Tapau maggi ketam dan jus epal sebungkus pun dah cantik. Jojo bangun dari couch dan menuju ke bilik untuk tukar baju. Takkan la nak pakai cengginni keluar memalam. Black short and purple – clay stripped spaghetti baby doll tank top. Kalau papa tau aku keluar rumah cenggini, memang kena pancung tak sempat mintak ampun la jawabnya.
Lepas sepuluh minit, jojo keluar dengan jeans hitam tersarung di badannya dan dipadankan dengan t – shirt lengan panjang labuh bawah punggung warna merah dan menyarung cardigan putih di luar. Shawl kuning berbelang oren kat atas kepala. Wah! Meriah nampak. Di kakinya pula tersarung cartoon sneaker bertemakan spiderman. Mantop!!
 Skuternya dikeluarkan dari garaj dan terus merempit ke kedai.

No comments:

Post a Comment