Tuesday 30 June 2015

BAB 2

Jojo berkejaran ke dapur. Sampai je kat situ, dia nampak mamanya dah tegak berdiri atas meja makan dengan memegang frying pan ditangannya. Mak Wan pula static kat atas kerusi dengan senduk kat tangan kanan dan pisau saiz bapak pisau kat tangan kiri. Jojo nak tergelak melihat situasi mereka berdua tapi dia tahan daripada ketawa. Dia takut keadaan bertambah parah.
“Mana dia?”Jojo bertanya pada diorang.
“TU!!!” dua – dua menjawab serentak dan sama sam menunjuk ke arah kaunter dapur.
Terlepas jugak tawanya yang ditahan tadi. Gelagat diorang memang mengelikan hempedu. Hatta, papanya yang turut datang melihat pun gelak besar.
“Kau ni suka sangat ‘usik’ mama ngan Mak Wan. Tengok, dah tak jejak tanah dah diorang. Dah berapa kali aku pesan jangan datang sini. Memang nasib kau lah kalau kena hentak dengan frying pan dek mama, kena ketuk dek Mak Wan.” Ujar Jojo pada haiwan peliharaannya.
“Kalau kau lapar, cakap je kat aku. Aku bagi kau makan apa aje yang kau nak. Tikus? Katak? Cakap je. Oh…. Lupa pulak kau takleh cakap.”sambungnya lagi sambil mengangkat ular sawa batiknya yang berwarna coklat yang sebesar lengan budak darjah satu yang melingkar kat atas kaunter dapur lalu diletakkan di atas bahunya dan ular itu terus melingkari leher Jojo.
Jojo memandang mamanya. “Mama dan Mak Wan boleh turun. Mama tu dah macam Miss Liberty keras tegak atas meja.” 
Mak Wan melangkah turun dari kerusi. “ Salah kamu jugak. Suka sangat bagi Mak Wan sakit jantung.”
Papa masih lagi ketawa. Puan Julia yang melihat suaminya masih lagi ketawa, mendengus marah. “Abang ni bukannya nak bantu Ju turun, gelak kat Ju adalah.” Rungutnya dengan muka masam merajuk. Alahai pepagi lagi dah main merajuk – marajuk minta abang sayang pujuk.
“I’m sorry. Here my lady.” Jawab Encik Jasman lalu membantu isterinya turun. Jojo hanya tersengih melihat mama dan papanya. Romantik, seh! “By the way, you’re the one yang pandai –pandai naik atas meja, my lady. Abang tak suruh pun.” tambahnya lagi dan akibatnya dicubit di perut oleh isterinya. Ala, cubit cubit sayang.
“Apasal kecoh – kecoh ni?” Tanya Syazwan yang baru pulang dari jogging sambil usha awek. Dia melepaskan lelah yang masih berbaki di atas kerusi.
“ You missed the show la, angah . It’s not big deal. You’ve known ‘bout it.”Jojo menjawab. “Macam biasa la. Mama kat atas meja. Mak Wan atas kerusi.” Sambungnya. Mereka bertiga sama sama ketawa.
“Sudah la tu. Tak habis lagi ke? Suka sangat gelakkan mama.” Mama merungut sambil mencedok kuah tumis nasi kerabu dan dihidangkan di atas meja. Dia memandang Jojo yang mengusap – usap ularnya yang melingkar di lehernya.
Ularnya pulak terjelir – jelir lidah. Seriau dibuatnya. Geli pun ada. “ Mama heran la dengan kamu ni, Jojo. Budak pompuan lain yang baya – baya kamu ni suka bela kucing, arnab, hamster yang comel – comel tu. Kamu ni terbalik pulak.”
“Johnny ni comel what? Kau comelkan, sayang?”Tanya Jojo pada petnya itu. Johnny hanya menjelir – jelirkan lidah. Itu aje yang dia tahu.
“Comel la sangat.” Mak Wan menyampuk.
Jojo hanya tersengih kena sindir dek Mak Wan. “Semenjak dua menjak ni, Jojo rasa macam nak beli lagi seekor la. Yang betina boleh buat teman Johnny ni. Ko nak tak,sayang? Aku cari bini yang lawa – lawa untuk kau. Mesti kau suka. Yelah, takde la kau lonely sangat. Pastu, kalau kau ada bini kau boleh ada anak. Meriah sikit rumah ni.”Jojo bercakap cakap dengan Johnny dan dia seperti biasa menjelir jelirkan lidah. Suka agaknya.
“Oh! No… No… No… Not a chance, young lady!” Puan Julia cepat cepat bersuara. “ You do know that I hate everything that glides, don’t ya? Saja je nak buat mama naik angin pepagi ni.” Mamanya terlebih dahulu membantah.
“I would like to remember you something, ma. You’re not only hates everything that glides, you hate cats and kittens as well. How can I possibly have ‘em if you allergic to fur? That’s why I decided to have Johnny. At least, It doesn’t have fur that make you sniff and itchy all day, right?” Jojo menambah lagi hujahnya. Kalau berdebat, memang tak mau kalah.
“Kalau seekor pun mama kamu dah terpekik pekik pastu naik atas meja, panjat bumbung la mama kamu kalau Johnny ni beranak pinak.”
Semua orang terus bantai gelak.
#####

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu baru. Jam sudah menunjukkan pukul lapan setengah malam. Malam ni aku kesorangan. Mesti korang curious kan kenapa aku sensorang. Sebenarnya, mama dan papa dah terbang balik kampung kerana saudara dorang meninggal. Mak Wan pun ikut sama sebab dia dan mama sepupu.
That’s why perut aku ni tengah keroncong. Semua orang takde rumah. Angah pun lepas balik dari sembahyang isyak kat masjid terus keluar hang out dengan geng dia tengok bola. Player pun pergi sembahyang jemaah kat masjid, okey. Player zaman moden ni jangan tak tau usha awek pun, masjid tetap di hati. Hahaha!!!
Bak kata Ustaz Azhar Idrus, ‘orang hok paka cap, paka luar jeans, paka baju ade gambo tengkorok,naik muto nok gi merepit pun bila orang bang, dia pusing gi masuk sejid. Orang gini hok Allah sayang. Ko guane?’ Hehehe. Player angah pun aku tau dia tak usung anak dara orang masuk hotel. Aku tau dia tak pernah pegang tangan anak gadis orang. Setakat usha je, tak lebih dari tu.
Okey, angah keluar ngan geng dia. Aku pulak mati kebulur kat rumah. Masak? Hehehehe… Soalan cepumas macam tu tak payah tanya la. Sudah semestinya aku tak pandai masak. Masak maggi boleh la tapi maggi pulak habis. Aku bukannya tak pandai masak. Sebenarnya, dulu aku pernah gatal tangan nak memasak walaupun satu haram pun aku tak tahu. Yelah, orang kata belum cuba belum tau tapi memang betul lepas cuba baru lah aku tau yang aku ni hampir hampir je nak letupkan dapur mama.
Since that day, I was forbidden to cook. FORBIDDEN! So, sekarang ni aku tau aku ni anak baik dan aku tak nak bila papa sampai rumah besok dia dapat sakit jantung tengok rumah dia tinggal tiang seri je, aku putuskan aku takkan guna dapur mama malam ni. Tonight, I’ll diet.
Tik tok… tik tok… tik tok… jarum jam menunjukkan angka sembilan. Perut jojo menjadi semakin pedih kerana perutnya mula merembeskan jus. Tangan dibawa ke perut dan digosok – gosok dengan harapan kepedihan itu menghilang. Lama kelamaan dia mula fed up. Nak diet la konon. Sedar la sikit yang kau tu ada gastric Jojo, oii!!! Karang jadi satu hal pulak nak berkejar ke hospital. Tak boleh jadi ni.
Kalau aku tepom angah mintak tapau pun belum tentu lagi dia nak balik pukul berapa. Dibuat pukul dua pagi baru nak nampak batang hidung, memang kebulur la aku. Mama pun satu dah tau nak balik kampung tu siap la sikit makanan. Nasi dengan telur mata kerbau pun dah cukup. Bila difikirkan balik, aku takleh salahkan mama ngan Mak Wan sebab diorang balik pun dengan tergesa – gesa. Dapat je call dari kampung, terus je kemas mana yang patut dan pecut ke airport.
Masa ni la rasa menyesal pulak sebab tak pandai masak. Kalau aku expert macam Jassie tu, campak kat Teluk Guatemala pun aku tak heran. So, takde la aku pening kepala fikir tapi sekarang ni nak tak nak memang kena fikir.
Setelah fikir barang dua tiga minit, Jojo putuskan yang nak ke kedai makan. Tapau maggi ketam dan jus epal sebungkus pun dah cantik. Jojo bangun dari couch dan menuju ke bilik untuk tukar baju. Takkan la nak pakai cengginni keluar memalam. Black short and purple – clay stripped spaghetti baby doll tank top. Kalau papa tau aku keluar rumah cenggini, memang kena pancung tak sempat mintak ampun la jawabnya.
Lepas sepuluh minit, jojo keluar dengan jeans hitam tersarung di badannya dan dipadankan dengan t – shirt lengan panjang labuh bawah punggung warna merah dan menyarung cardigan putih di luar. Shawl kuning berbelang oren kat atas kepala. Wah! Meriah nampak. Di kakinya pula tersarung cartoon sneaker bertemakan spiderman. Mantop!!
 Skuternya dikeluarkan dari garaj dan terus merempit ke kedai.

Memori Cinta Kita

Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Jojo yang masih mamai bangun dari baringnya. Tangan kirinya mengosok-gosok mata yang rasa macam ada bulldozer tergantung di kelopak matanya manakala tangan kanan pula ke mulut yang menguap.
Kaki diturunkan dari katil dan menyarung selipar Domo-kun yang berwarna coklat.
“Jojo!!! Wide awake?”
“Yup!” Jawabnya sepatah. Wide awake la sangat walaupun berjalan terhuyung – hayang macam orang minum Bourbon sebotol. Suis lampu ditekan dan cahaya menyinari seluruh biliknya.
“Mandi dan sembahyang Subuh!”
“Yes,ma’am!!” Jojo membalas dan mamanya yang berada di luar bilik berlalu dari situ. Sejak setengah jam yang lalu, macam nak roboh pintu biliknya dek kena ketuk oleh mamanya bertalu-talu suruh dia bangun. Lepas tu, senyap sebentar dalam 15 minit, mama pergi robohkan pintu bilik angah rasanya. Sekarang ni bunyi balik.
Jojo mencapai towel hitam yang tersidai di rak dan menuju ke bilik air. Kemudian, semerbak bau Enchaunter Lavender Body Shower memenuhi ruang biliknya.
#####
Usai solat, Jojo membuka laptopnya, internet surfing and facebooking. Update a good morning status to be exact.
Stop smiling, I know you did it too. Hehehehe!!! Kalau mama tau mesti dia membebel. Ala, at least aku buat benda berfaedah what. Tak ke? Okey la daripada terbongkang tidur atas katil tu.
There’s phrase saying that ‘early bird catches the worm’. But, I do think the phrase need to be change to ‘early bird tweets first’. Mhuahahaha… Facebooking and tweetering are first things to be done in the morning.
Sememangnya Jojo ni bukan jenis kaki tidur lepas Subuh. Unless kalau dia berjaga malam buat kerja, harus dia qada tidur sebab bila dia tak cukup tidur atau terlebih tidur, dia akan migraine. Once it happens, nak buat kerja pun tak boleh. An advice, better leave her alone when she is migraine kalau tak mau kena pelempang dan pelangkung.
Take it or leave it! Hehehehe!!!
Selang beberapa minit, dia terhidu bau kuah tumis nasi kerabu selang – seli dengan ayam bakar. Wah! Heaven gila.
Breakfast dengan nasi kerabu ayam bakar la aku hari ni. Memang lama dah tak makan. Hari ni aku nak makan dua pinggan. Lantak la gemuk ke debab ke sebab kat Boston takde nasi kerabu ayam bakar. Now is the time untuk aku mengqada makan masakkan mama waktu takde kat rumah hari tu. Aisehmen….perutnya dah berlagu.
Itulah rutin harian mama. Masak adalah wajib baginya sebab mama selalu pesan kat kitaorang breakfast sangat penting untuk memulakan hari. Kalau pepagi kita tak bekalkan tenaga untuk badan kita, macam mana kita nak teruskan hari kita. Kalau diet sekalipun, don’t ever skip breakfast.
Sejak kecil lagi kitaorang dah diajar oleh mama sampai la sekarang. Kalau kita breakfast badan kita boleh tahan sampai petang. Tak lunch pun takpe. Papa sangat sesuai dibuat contoh, sibuk semedang je kat pejabat. Bisnesman la katakan. Aku pun kadang – kala kalau dah menghadap kerja memang tak toleh kiri kanan dah. Letak Tom Cruise depan mata pun aku tak heran tapi sempat la hulur tangan mintak autograph. Hehehehe !!!
Weekend macam ni selalunya angah drive pergi KLCC untuk jogging. Jalan tak jam pada hari minggu macam hari ini so boleh la jogging kat situ tapi kalau weekday jangan mimpi la nak pergi KLCC semata mata nak jogging. Turun rumah pukul 8 pagi, jalan dah jam gila. Pukul 9 pagi belum tentu sampai KLCC. Pukul berapa nak jogging dan pukul berapa nak masuk office. Itu memang kerja gila. Buat la kalau nak tengok papa mengamuk kat office. Anak bos ke anak tauke ke lambat tetap lambat.
Tapi, aku rasa la kan angah tu bukannya nak jogging sangat sampai tiap – tiap minggu pergi KLCC. Dia nak usha awek je. Sambil menyelam minum air, sambil jogging usha awek. Yelah, mana ada orang pergi jogging pakai jubah. Mesti pakai baju kecik yang sendat yang sesuai untuk budak tadika kot. Aku dah lama tahu game plan angah. Buat buat jogging sebelah awek pastu tunjuk badan dia yang berketul – ketul membuatkan awek tu toleh dua kali kat dia. Awek bodoh tu pun tersangkut kat dia. Macam tu la taktik player pancing awek.
“JOJO!!!!!!!!”
Bergegar satu rumah dek jeritan mama. Nasib baik rumah ni kukuh kalau tak naya aku kena hempap dengan konkrit.
Wait a second, kalau mama menjerit macam orang contraction nak beranak biasanya… Jojo mengalih pandangan ke arah sangkar haiwan kat penjuru bilik dan pintu cage tu terbukak. Aisehmen… Jojo menepuk dahi.

Mati aku jap lagi kena cuci dek mama. Cuci kaw – kaw punya lah. Silap – silap kena pakej Clorox terus.

Monday 29 June 2015

it's starting, whee!

Assalamualaikum and hello.

there are so many people ask me, 'do you've a blog?'
When i said that i don't have one, they seem to be shock. Then, i was wondered does a blog is really necessary to a writer? o'course la i'm not a full time writer nor had published 100 copies of books. *nangis*

Since there's so many people wanna me to create a blog, so here is it. Dear people out there, i'll try my best and put some efforts to post my story here instead of my wanna-throw-rock-writing. HAHA... nowadays, i'm really busy with my assignments and studies till i barely able to lay my fingers on the keyboards to write my story. *nangis lagi*

ermmm... i think that's all for now. i'll post JoJo&Jason soon. well, chio!