Saturday 6 August 2016

Maggi telur sotong femes Pantai Sabak

Petang tadi, Abg Naim & Kak Mizah ajak pergi Pantai Sabak. Katanya nak makan Maggi Telur Sotong. Jo dengar aje terus bersinar mata.

Memang excited habis la sebab Jo xpernah try pun lg maggi telur sotong. Nak la jugak rasa best ke tidak...

Dipendekkan cerita, dalam kul 6 ptg lebih kurang, Jo sampai kat Pantai Sabak. Actually, ni first time Jo jejak kaki kat Pantai Sabak. Sebelum ni hanya sekadar lalu kat sipi2 aje on the way nak ke airport. Sumpah Jo cakap baru hari ni Jo sampai kat the exact Pantai Sabak.

Kawasan situ adalah perkampungan nelayan. Melihatkan keadaan rumah-rumah mereka yang diperbuat daripada papan. Tapi ada aje rumah batu. Rumah diorang rendah dan padat sebab jarak antara rumah ke rumah tak jauh. Boleh diibaratkan tuan rumah kentut, jiran boleh dengar. *hahahaha*

Berbalik pada cerita Maggi telur sotong tu, sebenarnya Jo sorang aje yang pesan menu tu. Abg Naim & Kak Mizah tak nak sebab dah kenyang. So, diorang pun order Ais Krim Kelapa. Lagi, sotong goreng tepung dan cholek ayam.

Keadaan kedai dia tu, nak kata restoran tak la. Lebih kepada warung la dengan gaya yang terbuka. So, pelanggan boleh nikmati angin Pantai waktu petang2 macam situasi Jo sekeluarga petang tadi.

Dalam 15 minit lebih kurang, sampai la pesanan Jo. Dalam Maggi tu Jo tengok ada udang besar saiz XL maybe, pastu ada ayam sikit, sayur-sayuran dan yang wajibnya telur sotong.

Jo pon makan la. Suapan pertama Jo rasa macam biasa-biasa aje. Takde la pulak rasa gempak vavavoom. I mean, Maggi kat rumah pun boleh dapat rasa cenggitu. Dia ada rasa seafood la sebab letak udang & telur sotong. Tapi maggi tu penuh semangkuk. Kenyang sangat. Rasa full giler perut.

Tambah lagi makan pulak Ais Krim Kelapa. Yang ni memang vavavoom. Makan sesuap memang yang berjoget maybe sebab Jo do loves Ice-cream. *haha*
Adik pelayan tu sebijik kelapa depan mata Jo. Dalam tu ada 3 scoop aiskrim vanila chip choc maybe. Sekali dia tabur ketulab jagung. Sirap merah & hijau. Sekali dengan chocolate sauce dan sedikit pulut merah. Rupa ais krim kelapa tu memang menggoda orang makan. Terus aje suap tak pandang kiri kanan dah.

Dia punya sotong celup tepung pulak rasa sotong dia tu liat. Over-cooked mungkin. Tapi salutan tepungnya agak ranggup.

Satu lagi yang best is cholek ayam. Dia letak ayam goreng, paru goreng, perut lembu, daun salad, hirisan tomato dan timun. Pastu dia siram dengan sos pencicah. Cholek ayam tu sangat banyak dan sedap. Campuran ayam, paru dan timun yang ranggup menyebabkan kita sentiasa nak suapan yang seterusnya. Campur pulak dengan perut lembu yang lembu dan hirisan tomato yang masam membuatkan kita tak rasa muak ataupun loya sebab ayam yang digoreng tu. Memang puas hati makan.

Konklusinya, Jo suka gila dengan ais krim kelapa dan cholek ayam tu. Maggi telur sotong dan sotong celup tepung menurut lidah Jo ni biasa2 saja. Ok la. Dan, apa paling Jo suka adalah Abg Naim yang bayar. *applause* heheheheheheh.

Thursday 4 August 2016

memori cinta kita bab 8

Usai solat Asar, Jason menyidai sejadah di ampaian kayu di sudut dinding biliknya. Dia menapak keluar ke arah beranda di luar biliknya. Dari situ, dia melihat seluruh ahli keluarganya sedang menikmati minum petang di sebuah gazebo. Dia menarik nafas dan ditahan sekejap sebelum di hela perlahan. It’s so good to be home…!
Dia meregangkan pinggangnya. Berdetup-detap bunyi. Ahhh… penatnya. Jet-lag tak hilang lagi. Pukul 9 pagi tadi, dia tiba di KLIA 2 dari Belgium. Tukar baju, terus pecut ke rumah. Singgah kejap di Tesco. Ingat nak beli toiletries sikit. Tup-tup, terlanggar anak dara orang pulak. Aduh… mata pompuan tu, Ya Allah… hatinya berdebar tiba-tiba mengingatkan pandangan mata yang tajam menembus jantungnya.
Kenapa dia blah macam tu aje? Kenapa dia tak sembur aku macam malam tu? Dia terkejut tengok aku ke? Bet la… tapi mukanya nampak marah. Bukan nampak, MEMANG marah! Mata macam helang. Mulut rata tanpa senyuman. Riak muka dingin aje. Jason semakin tenggelam dalam fikirannya sendiri.
Ahhhh… lantak la. Buat pening kepala aje fikir hal ni. Lepak bawah, minum petang dengan family lagi bagus. Kan elok meluangkan masa bersama keluarga, merapatkan ukhuwah lagi menggunakan masa berkualiti dengan tenang.
Jason beralih dari beranda masuk ke dalam biliknya. Phone aku mana eh…? Tadi letak mana? Matanya melilau segenap ruang bilik. Ah, tu dia. Kat atas meja kecik tepi katil rupanya. Terus sahaja dia menyambar iPhone 6s itu dan menapak keluar dari bilik.
Sorry...  lambat.” Jason terus melabuhkan punggung di kerusi batu. Iphone 6s diletak di atas meja. Dia perasaan sesuatu. Kenapa iphone aku ni nampak lain macam aje.
“Nak kopi ke teh, Abang?” Tanya Puan Annessa. Tangannya dah sedia memegang teko dan cawan.
Jason diam tak menjawab. Ke sebab jatuh tadi eh? Ke ada rosak kat mana-mana? Crack ke?  Pelbagai persoalan timbul dibenaknya.  Disebabkan kejadian tadi, otaknya dipenuhi dengan perempuan itu tambah lagi keletihan baru pulang dari Belgium tak hilang lagi menyebabkan Jason tidak sempat nak membelek keadaan phonenya.
“Wei…!” Jason tersentak dengan tepukan di bahunya. Laju je dia menoleh kepada adik lelakinya di sebelah. Dah kenapa pulak budak ni tepuk-tepuk orang ni? Nak kena debik ke apa?
“Ibu tanya kau tu…nak air apa?Kopi ke teh?”
Jason sedikit bingung. “Eh? Aaa… kopi la, Bu.” Kasi bertenaga sikit rasa badan yang letih ni.
Secara tiba-tiba, iPhone 6s nya melalak lagu Best Day of My Life-American Author. Terpampang di skrin nama si pemanggil. Maria… Bisiknya perlahan. Maria? Maria mana? Angkat aje la… getus hati Jason.
Jarinya terus menyentuh butang hijau di skrin dan telefon dibawa ke telinga. Belum sempat dia beri salam. Orang sebelah sana dah menjerit;
“Adlisya…!!!”
Serentak itu telefon dilarikan dari telinga. Mak oiii… bingitnya! Mau pecah eardrum aku. Jason bangun dari kerusi batu dan beralih ke kolam ikan. Ikan-ikan karp jepun belaan si Addi berenang-renang mengikut arus olakan air.
Pandangan Ibu dan si Vivi dibuat tak endah. Kelihatan diorang duk berbisik-bisik sendiri sampai Addi pun tertoleh-toleh. Abah pulak panjang leher dengan matanya ralit mengintai walaupun tangan memegang buku Ulu Yam di Liverpool 2 karya Nazali Noor.
I’m getting married, finally! Wuhuu… Sam dah propose aku semalam. Katanya, minggu depan dia nak jumpa mama dan papa aku. Bahagianya…” Si Maria laju macam popcorn berbicara. Excited terlebih. Nak kahwin kot. Dia tersengih sendiri.
Namun, sengihnya mati apabila dia menyedari si Adlisya tak diam tak terkutik pun. Mana minah ni? Ke call ni putus. Maria memandang skrin. Ada…
“Hello, Adlisya… weiii, nape kau bisu pulak ni. Oh, aku tau mesti kau tak sangkakan aku nak kahwin? Aku pun tak expect benda ni. Tetiba aje Sam propose aku semalam. Nasib baik aku tak terjatuh kerusi. Bapak terkejut aku cakap kau…” Maria tergelak sendiri mengingatkan kejadian semalam.
“Weiii… kot ya pun kau nak terkedu ke nak tergamam ke, at least cakap la tahniah sepatah kat aku.” Seloroh Maria. Tak patut betul si Adlisya ni. Kawan nak kahwin ni, happy la sikit…
Congratulation...” ujar Jason sepatah.
GULP…!
Kali ini, Maria pulak yang hilang lidah. Rahang mulutnya jatuh semeter. Dia diam tak bersuara. Terkejut gila Si Maria mendengar suara garau lelaki di sebelah sana talian. Takkan la Adlisya tukar jantina kot? Aku tak percaya kalau dia cakap suara garau sebab demam selsema. Ni garau lelaki. Abang dia ke? Malunya…!!!
Mata Maria mengamati skrin telefonnya. ‘Bestie Adlisya’ jelas terpampang di skrin. Nak kata aku silap call, nama dia bapak besar dah membuktikan betul la nombor dia. Lagipun, semalam baru aje chat dengan dia dalam Whatsapp.
Ya Allah Ya Tuhanku… Ya Rabbi Ya Rahman Ya Rahim… Malunya aku. Aku malu. Malu. Malu. Malu. MALU…!!!
“Kot ya pun nak terkedu ke nak tergamam ke, cakap la terima kasih sepatah atas ucap tahniah saya tadi…”
Mamat ni menganjingkan aku la pulak. Allah, nak masuk kubur…
Sorry, IIthought ni Adlisya tadi.” Maria mengigit bibir dan memejamkan mata. Menelan aje rasa semua malu itu walaupun pahit.
Well, your thought proves my thought that thought you are totally wrong. As far as I know, it is clearly written in my IC that my name is Adli without Sya. You got wrong person la, girl.” Ujar Jason dalam satu nada yang sama. Sarkastik meletik.
Pang! Pang! Pang! Maria merasakan pipinya macam kena penampar Jepun kiri kanan.
Once again, congratulation… for your silly mistake. Lain kali sila buat lagi ya.” Sambung Jason lagi sebelum mengucapkan salam dan talian terus dimatikan.
Dush! Dush! Dush! Tepat kena batang hidung. Maria hampir tersungkur dengar kata-kata mamat tu.
***


Jason kembali duduk di kerusi batu. Dia menghirup kopinya yang sudah sekian lama dituang oleh Puan Annessa. Jason tidak begitu menikmati kopi yang diminumnya kerana sudah pun sejuk.
“Siapa yang call tadi?” Laju aje Puan Annessa bertanya. Mukanya penuh ceria dengan mata yang bersinar-sinar memandang anak lelaki sulungnya.
Eh?  Jason sedikit pelik. Tak pernah-pernah pun Ibu tanya sebelum ni siapa yang telefon aku. “Kenape?”
“Dia orang mana?” kali ni giliran Vivi pulak menyoal dengan riak muka sama dengan si Ibu.
Eh eh budak kecik ni. Ada yang nak kena luku dengan siku lipat ni. Menyibuk hal orang tua. “Entah la. Orang planet Marikh rasanya tadi.”
Vivi mencebik. “Benci… selalu aje macam tu. Orang tanya bukan nak jawab betul-betul”
            Jason memanjangkan tangannya ke hadapan dan menjentik perlahan telinga adiknya itu. “Sibuk hal orang tua aje budak nih. Dah la membebel macam mak nenek.” Tegas sekali bersuara. Jason hanya menyimpan senyum melihat adiknya sedang menarik muka itu.
            “Ibu, Abang nak kopi lain. Yang ni dah sejuk.” Jason menolak cawan kopinya kepada si Ibu. Kopi panas berganti. Aromanya menusuk hidung. Jason membawa cawan ke hujung bibir dan menghirup kopi’o’ panas secara perlahan-perlahan.
“Siapa Maria wei? Kau dah ada markha ke?”
Uhuk! Uhuk! Uhuk! Tersedak dibuatnya Jason dek bisikan maut daripada si Addi di sebelahnya. Hampir saja tertumpah kopi panas berasap ni kat atas kain pelikat yang dipakainya. “Mana kau tahu yang call tadi tu nama Maria?” soalnya pelik.
“Dah kau yang sebut tadi nama dia.” Sengeh la Abang ni.
“Silap nombor aje tadi. Abang tak kenal pon dia…”
Addi menarik senyum senget. Heh… banyak la kau punya silap nombor, Abang. Kemain lagi lama cakap dengan orang silap nombor. Siap tersengih bagai lagi. Dah la cakap nun di tepi kolam ikan. Takut nanti orang dengar. Agak-agak la nak kelentong pun, Abang oiii… luah hati Addi. Kalau tersebut di mulut nanti takut kena debik tersepai gigi dengan dengan orang sebelah.
“Ibu ingatkan Maria anak Datin Muma yang baru balik dari Wellington tadi. Ibu ada terserempak dengan dua beranak tu time nak pergi hospital pagi tadi. Cantik molek budaknya Ibu tengok tadi, Abang… Addi…” Puan Annessa mula buka cerita.
Gulp…! Jason dan Addi sama-sama menelan liur. Ibu dah nak start dah. Semenjak umur masing-masing dah melebihi 25 tahun ni, Ibu selalu aje duk cerita anak orang tu la, anak orang ni la. Anak Datin tu lawa la, Anak Puan Sri tu cantik la. Pening… peninggg…
“Err… Err… jap ya Ibu. Ni.. Ni ada orang kat bengkel call. Dengar cerita Addi kena incharge Boeng yang ada problem dengan landing gear dan horizontal stabilizer. Addi pergi dulu ya…” Addi bingkas bangun dan melangkah luas-luas masuk ke dalam rumah. Kalut sekali gaya jalannya.
Cis… nak lari la tu. Mata Jason terkelip-kelip melihat adiknya yang tergopoh-gopoh nak masuk rumah sampaikan terlanggar sliding door. Dasar pengecut punya aircraft engineer…  “Abang pun nak naik dulu ya Ibu. Ada… ada… tu…” Otak Jason cuba mengorek idea nak menggoreng. Sampai tergagap bicaranya. “Ada hal yang tak beres.” Laju aje dia berlalu setelah meminta diri. Better run for your life before you’ll drag into you-know-what-kind-of-thing-Ibu-had-planned. Seram beb…!
***
Sampai di bilik, Jason landing di atas katilnya. Dia membetulkan bantal di kepala dan mata memandang syiling putih Otaknya berpusing-pusing memikirkan pasal siapa identiti Maria dan juga… Adlisya. Who are the hell are they?
Nak kata aku silap dengar, ye la mana tau kot-kot dia sebut ‘Adli’ sebenarnya tapi memang jelas dia menjerit kuat nama Adlisya. Seingat aku, aku takde kawan nama Maria dan juga Adlisya. Pelik ni…
Iphone 6s putihnya dibawa ke muka. Butang home ditekan.
“Wargghhhh…!!!”
Jason menjerit kecil. Iphone terlepas dari tangan dan jatuh ke atas tilam. Jason bingkas bangkit dari baringnya dengan muka yang pucat tak berdarah. Jantung berdegup laju. Peluh jantan mulai merecik di dahi. Tanpa sedar, tangannya sedikit terketar. Betul ke apa yang aku tengok tadi?
Apabila dia sedikit tenang, tangannya mencapai iPhone yang tanpa sengaja dilepaskan. Untung jatuh atas katil. Kalau terhempas atas lantai tadi, mau bersepai iPhonenya. Haruslah aku menangis tak cukup not lagu di bucu katil nanti…
Butang home di tekan sekali lagi. Maka, muncullah gambar seekor ular sawa batik yang bergulung elok di telapak tangan seseorang. Gila… terkejut aku tadi. Getus hati Jason. Dah la menjerit macam bapok. Buat malu aje.
Fikiran Jason makin berselirat seakan-akan wayar yang terbelit sesama sendiri dan sukar untuk dirungkai. Sejak bila pulak aku letak gambar ular sebagai home wallpaper ni? Rasanya, sebelum ni aku letak gambar aku duk posing depan Hummer dan setahu aku juga, aku kecut dan teramat takut dengan ular-ular bagai nih. Si Vivi ada main iPhone aku ke? Ye la, mana tau kot-kot nak prank aku ke? Tak pun nak balas dendam kat aku. Dan si budak tu tahu aku ni seriau dengan ular…
Jason membuka pula butang Gallery dalam iPhonenya. Bulat matanya melihat koleksi gambar dalam folder itu. Sekali lagi, dia pucat tak berdarah. Gulp…! Dia hanya mampu menelan liur. Dia memejamkan mata sejenak. Segala kekeliruan yang membelengu dirinya sudah terungkai.
Satu perkataan sahaja yang mampu diucapkan sekarang. BALA… bala sebala-balanya! It’s her
The Silenced Vector!!!
***


memori cinta kita Bab 7

Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, Jojo cepat-cepat keluar dari Mini Cooper S merahnya. Mulutnya masih diam membisu. Sejak kejadian yang mematahkan modenya, sepatah perkataan pun tak keluar dari mulutnya.
Puan Julia tercungap-cungap mencari nafas. Lelah. Terkejut. Terpaku. Terkedu. Terkentut dengan cara pemanduan anak daranya yang semakin gila dari tadi. Dalam perjalanan pergi kelajuan hanyalah 120 km/j tapi bila pulang, 140 km/j!  Nasib baik abang pedas takde. Bukan apa, takut abang pedas tak terkejar sebab Mini terlebih laju. Alamatnya, sehari dua lagi sampai la kat rumah saman speed track. Mana taknya, jarak perjalanan yang memakan masa 20 minit menjadi 10 minit.
Mata Puan Julia mengekori langkah anaknya yang luas kaki melangkah ke pintu rumah. Terus dihempas pintu sebelum hilang masuk ke dalam rumah. Mak Wan yang menyaksikan kejadian tu mengurut dada yang berdebar. Dia menapak mendekati adik sepupunya yang baru sebelah kaki keluar dari kereta.
“Kenapa tu, Ju?” soalnya.
“Entah la, Kak Wan. Ju pun hairan. Pagi tadi elok aje. Senyum. Tersengeh-sengeh mengusik orang. Tup-Tup, time nak balik terus senyap bisu macam tu. Entah apa yang tak kena dengan dia. Makin menjadi-jadi perangai Si Jojo ni sekarang. Tak boleh silap sikit. Mula la meruap. Baran betul. Entah menurun perangai siapa la. Bawak kereta pun laju tahap tak sudah macam nak masuk kubur. Alhamdulillah la selamat sampai. Kalau tidak, tak tahu la nak cakap apa.” Membebel panjang Puan Julia. 
“Ada la tu yang tak kena dengan angin dia.” Ujar Mak Wan sambil menggeleng kepala. “Meh Kak Wan tolong angkat barang.”
“Memang Ju nak suruh Kak Wan tolong pun, barangnya banyak. Lutut Ju masih lembik ni.” Jelas Puan Julia. Mukanya masih lagi pucat tak berdarah kesan dari pemanduan lagak ngeri anak daranya.
Dalam hatinya terjentik oleh satu perasaan. Firasat seorang ibu merasakan ada benda yang akan berlaku nanti. Sesuatu yang besar. Apa yang berlaku di Tesco tadi? Kenapa Jojo marahnya sampai begitu sekali. Dah lama dia tak marah sebegitu. Sejak… ah! Lupakan, Ju. Jangan kau ungkit balik kisah tu. Nanti kau sendiri yang sakit!
***
Pintu biliknya dihempas kuat. Bergegar satu rumah. Iphone 6 putihnya dikeluarkan dari poket seluar terus dicampak ke atas tilam. Entah jatuh kemana. Dah tak lihat telefonnya tu. Badannya dihempas ke tilam empuk tu. Nasib baik katilnya diperbuat daripada kayu yang kukuh. Tidak patah dengan impak hempasan badan Si Jojo budak senget tu.
Bantal diambil dan ditumbuk-tumbuk. Dia membayangkan muka si Apek mabuk tu. Marah? Ya… Panas? Sangat… Berapi? Sudah semestinya. No, worse, rentung… penumbuk dihayun lagi ke bantal. Kalaulah bantal ni betul-betul muka dia. Konfem, terbaik. Class A punya penumbuk ni.          
Jojo bangkit dari baring. Bantal yang hampir pecah perut kena belasah dicampak tepi. Dia berjalan keluar dari bilik. Kakinya laju melangkah. Tangannya menggenggam penumpuk. Riak muka masih tak berubah. Beku… Dingin… Tegang tanpa senyum!
Kakinya mengorak langkah ke tangga yang menuju ke tingkat atas. Sampai di anak tangga yang terakhir, dia pergi ke arah kanan dan terus berjalan sehingga sampai ke penghujung. Di situ terletak satu bilik. Tombol pintu bilik berkenaan dipulas dan dikuak. Dia memasuki ruang berkenaan dan seperti tadi, pintu dihempas kasar.
Inilah mini gim dan juga gelanggang taekwando diorang. Sejak kecil lagi, kitaorang berempat, Along, Angah, Aku dan Jassie diajar dengan seni mempertahankan diri. Tapi, yang konsisten dengan seni bela diri ini adalah Along, Angah dan aku. Si Jassie tak lepas belt kuning pun lagi, dah merengek-rengek tak nak. Susah menurutnya. Lagipun, katanya, dia tak perlu belajar taekwando sebab abang-abang dan kakaknya ada. Dah menjadi kewajipan diorang bertiga lindungi keselamatan adik bongsu. Mintak pelempang betul jawapan.
Disebabkan Jassie ni suka memasak, so Mama benarkan aje dia sepahkan dapur masak itu ini tapi mostly cake and dessert sekali dengan pastry. Itulah majornya!
Jojo menapak terus ke arah suatu sudut di mana terdapat sebuah beg pasir besar tergantung. Dia mematah-matahkan jari jemarinya dan melakukan sedikit regangan badan. Bila badan dah agak panas, dia mula menumbuk beg pasir tersebut. Nafas dalam di hela keluar. Seraya dengan angin panas dalam hati cuba dikeluarkan.
Jojo mengangkat kaki tinggi dan menyepak tinggi bahagian atas beg pasir. Kemudian, dia membuat ‘tornado kick’ dengan berpusing tiga ratus enam puluh darjah lalu mengangkat kaki tinggi menyepak beg pasir tersebut.
Tidak cukup dengan high kick, spin kick, dan 180 degree kick yang keluar. Side kick, back kick, serta front kick pun terbit sama. Pokok pangkalnya, segala jenis teknik tendangan yang dipelajari semuanya digunapakai.
Setelah beberapa seketika membelasah si beg pasir, Jojo berhenti melepaskan lelah. Dia terbaring di lantai dengan tangan didepakan seluas mungkin. Matanya tajam menikam syiling. Rasa yang membahang dalam hatinya sedikit berkurang. Dia menarik nafas dan dihela secara perlahan. Dia mengulang perbuatan yang sama berulang kali. Sehingga panas dalam hatinya semakin hilang. Tanpa dia sedari, dia terlelap.
***
“Kau jangan lupakan aku tau…! Kalau tak nanti, aku debik kau sampai tercabut gigi.” Dia mengugut dengan suara yang tertahan-tahan. Jelas kelihatan mata yang mula berair sedang menahan sebak yang mengila.
“Hey… kau tak percaya aku ke?” dia bersuara lembut. Berbisik memujuk. “Aku takkan pernah lupakan kau sebab kau kan Sunshine aku.” Dia mengoyakkan senyuman manis.
Mendengar perkataan ‘Sunshine’ itu, mata yang berair tadi mula menitis.
“Weh… asal hujan pulak ni? Tak rare la camni.” Ujarnya sambil menyapu tangisan si dia. Elok aje cerah memancar. Dan-dan, hujan lebat turun…
Si dia terus menumbuk perlahan bahu orang yang mengutuknya. “Aku tengah sedih ni, kau kenapa buat lawak terencat macam ni? Bangang betul.” Si dia meletus marah dengan air mata yang semakin lebat. Kedua-dua tangannya merangkuk erat leher orang dihadapannya dan menumpahkan segala air mata kedukaan buat kali terakhir.
Mata Jason terus terbuka luas. Hilang terus bayangan si dia yang menangis tadi. Ya Allah…! Mimpi rupanya. Astagfirullahhalazim… Dia bingkas bangun dari baringnya seraya itu dia meraup mukanya. Deru nafas yang tidak teratur jelas dibuktikan dengan dada yang berombak turun-naik. Tangan kanan dibawa ke dada, cuba mengawal dan menenangkan debaran jantung yang menggila.                                                                                                          Jason hanya kaku di atas katilnya. Otaknya kosong. Tidak tahu bagaimana harus dia bereaksi akan mimpi tadi. Apa yang dia tahu, mimpi itu semakin kerap menghantui dirinya kebelakangan ini. Bila diamati, semenjak tiga minggu yang lalu mimpi ini kerap melanda ketika tidurnya.
Pada awalnya, Jason menyangkakan ianya hanyalah perkara biasa. Tambah lagi, mimpi ini bukanlah pertama kali mengganggu kerana paling kurang, dalam sebulan mesti dia akan bermimpikan budak tu. Walaubagaimanapun, sekarang ni mimpi itu hadir dua ke tiga kali dalam seminggu.
Itu yang memelikkannya. Apa yang berlaku? Adakah segala mimpi yang berkaitan dengan budak itu hanyalah gurauan tidur? Jika benar begitu, dia berharap sangat akhirilah mimpi itu kerana fikirangnya hanya dipenuhi dengan budak itu. Kerja pun selalu tergendala.Tapi, andainya mimpi itu adalah satu petunjuk, dia berharap apa tersirat di sebalik mimpi itu segera terungkai. Jangan biarkan dirinya tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu.
Sesungguhnya, penantian itu amat memeritkan. Perit dengan harapan bilakah ianya berakhir…                                                                                                                                          Sunshine, where are you, babe? I’m back. Yeah… for good! But, you’re nowhere to be found. I’m right here waiting for you. Waiting for you, Sunshine…!
Jason semakin tenggelam dengan bayangannya sendiri. Hanyut dibawa arus memori. Kembali kepada kehidupannya yang dahulu. Kehidupan yang ‘cerah’, penuh dengan warna pelangi. Saat dimana ‘mataharinya’ menyinar indah. Dia seolah-olah tidak mahu kembali kepada reality hidupnya sekarang yang gelap dan suram, umpama hari hujan. Penuh kesedihan. Kesunyian. Kesepian. Dan selalu disapa kerinduan…
Ya Allah! Aku perit. Aku sakit. Aku derita…
***
"Abang…”
Sayup-sayup, telinganya terdengar suatu bunyian.
“Abang…”
Suara itu makin jelas kedengaran.
“Abang…!”
Mata Jason terbuka luas. Terus terpandang seorang anak gadis di tepinya. Mukanya kelihatan agak marah dengan pandangan mata yang tajam dan tanpa senyuman.
“Kenapa? Buat apa dalam bilik abang ni?” Jason menyoal hairan. Bila masa pulak budak ni masuk. Siap bersila atas katil sebelah aku lagi. “Abang takde dengar orang ketuk pintu pun…”
Vivi mencemik. “Adik dah ketuk macam nak roboh pintu bilik abang tadi, takde jawapan. So, adik masuk aje la. Ingatkan abang tengah tidur, rupa-rupanya tengah tenung dinding macam nak tembus.”
Oh my… kantoi mengelamun. Si budak ni pun… “Ade abang suruh adik masuk? Soalnya tegas dengan muka garang. Saja nak mengusik budak kecik ni. Tangannya didepakan seraya memaut leher budak bertuah tu dan sepantas kilat Vivi dijatuhkan ke tilam. Smackdown…! Dan-dan, badan kecik Vivi dipusing terlentang dan tangan dikilas ke belakang. Jason mengunci segala pergerakan pihak musuh.  
“ABANG…!” Vivi berteriak lantang. “Sakit… sakit…” dia mengaduh.
“Nak masuk bilik abang lagi tak?”
Vivi mengerutkan muka menahan sakit. “Tak mau dah. Sorry… Ampun… Abang… Sakit…!” dia mengaduh bila kilasan diperkemaskan oleh abangnya. “Ibu… tolong…!” Vivi berteriak dengan lebih lantang. “Lepaskan adik, abang…” Vivi mula merengek gaya nak menangis.
Seraya itu, dia dilepaskan. Dengan sepantas kilat, dia bergerak menjauhi abangnya yang kejam itu. “Benci abang tau. Suka buli adik. Ibu suruh adik panggil abang turun minum petang aje. Kalau la adik tau jadi macam ni, tak nak adik panggil abang. Buang masa aje. Abang kejam... ” Vivi meletup marah. Bengang betul dia. Dia mencapai sebiji bantal terus dicampak ke arah abangnya. Elok aje bantal itu terkena dagu si abang.
“Padan muka. Lain kali, Vivi tak nak dah buat baik dengan abang.” Sambungnya lagi. Dia menapak ke pintu. Menggonggek sombong gaya jalannya dengan kaki dihempas kuat ke lantai sehingga berbunyi. Memprotes…!
“Adik…”
Vivi menoleh ke belakang, “Apa?” soalnya tak puas hati.
Jason nak tergelak dengan kelakuan adiknya sorang ni. Marah aku. Benci aku. Tapi, bila dipanggil, berpaling pulak. “Cakap kat Ibu, abang nak solat Asar kejap. Lepas siap, baru abang turun.
“Tak nak…! Cakap la sendiri. Huhhh…!”

***

Saturday 30 July 2016

Aq sayang Mek

Aq berdiri kaku di depan dewan bedah. Mataku hanya merenung kosong pintu dewan bedah yang tertutup kemas. Aq berdiri agak lama sehinggakan kakiku terasa lenguh. Lantas, aq duduk di sebuah kerusi yang berderetan di depan dewan bedah ini.

Aku hanya menunggu dan setia menunggu kerana tiada apa yang aq boleh lakukan sekarang selain daripada menanti. Hatiku tidak putus-putus berdoa dan berzikir kepada dia yang sedang di bedah.

Dia adalah Mek aq. Mek adalah panggilan kepada seorang ibu dalam dialek Kelantan. Mek bukanlah ibu kandungku tapi aq sayangkannya umpama ibu sendiri. Sedang aq duduk sendiri, segala memori lama terbayang di minda.

Kecil dulu, aq tidak ingat sejak dari umur berapa aq berada dalam jagaan dan asuhan Mek. Sama ada aq masih lagi bayi atau peringkat umur awal bertatih aku sendiri tidak tahu, tapi apa yang pasti sewaktu aq berumur 2 tahun, aq sudah kenal Mek.

Ming (ibu kandungku) seorang jururawat. Oleh sebab itu,  Ming sangat sibuk. Mungkin kerana dia adalah satu2nya jururawat bidan yang berada di Klinik Desa Perupok. Ya, klinik itu merupakan rumahku. Di situlah aq membesar bersama adik-beradikku yang seramai 6 orang.

RBK, rumah bantuan kerajaan atau Pa lebih suka panggil rumah buruk kerajaan. *gelak*
Rumah itu rumah papan yang bersambungan dengan klinik tempat ming berkerja. Setiap hari, aq & adik beradik selalu aje mendengar suara tangisan bayi akibat disuntik oleh Ming. Nanti lah, dalan entry yang lain aq menceritakan pasal Rumah Buruk Kerajaan tu.

Sambung cerita pasal Mek, oleh sebab Ming seorang ibu yang berkerja, Ming mengaji Mek untuk mengasuhku pada siang hari Ming bekerja. Pada petang, Long, Ngah & Kak Yo yang pulang dari sekolah boleh tengok2 kan aq. Pukul 5 petang, Pa akan pulang dari kerja.

Pada dasarnya, Ming bekerja umpama jururawat2 yang lain tapi hakikatnya, Ming bekerja 24/7. Tengah2 malam pun ada orang kampung datang mengatakan ada isteri mereka mahu bersalin. Maka, korbanlah waktu tidurnya.

Jadi, masa aq bersama Ming tidak banyak dan tidak mampu nak bermanja-manja dengan Ming. Mek lah menjadi tempat untuk aq bermanja dan bergurau-senda.

Setiap hari, aq berlari ke rumah Mek yang selang sebuah rumah dari klinik. Dalam keadaan yang riang, aq terkinjal-kinjal dan kadang kala melompat-lompat menuju ke rumah Mek. Sampai aje di pintu dapurnya, aq dengan sepenuh hati menjerit,

"MEK...!!!"

Selalunya Mek terkejut dan membebel kepadaku.

"Datang rumah orang lain kali bagi salam. Kita orang Islam. Tak elok anak dara terpekik terlolong. Nati takde orang nak buat menantu baru tau..."

Sambil tersengeh, aq menjawab. "Baguslah. Lagipun Uni taknak kahwin. Uni nak duduk dgn Mek aje."

Mek hanya mengukir senyum padaku.

Masaku hari2 banyak dihabiskan di rumah Mek. Bermain dengan anak-anak jiran yang lebih kurang bayaku. Makan dan mandi pun di situ juga. Sampai la salah sorang dari abangku datang untuk membawaku pulang.

"Uni, Pa suruh balik rumah." Ayat ni lah aq paling benci dengar.

Mek merupakan balu anak 6. Ayah meninggal akibat sakit jantung. Waktu tu aq tak lahir lagi, jadi aq tak pernah kenal Ayah. Hanya melihat wajahnya di dalam album gambar. Untuk menyara anak-anaknya, Mek melakukan pelbagai kerja antaranya membuat menginang untuk dijual.

Menginang tu sejenis jajan macam keropok ikan yang dibuat dari beras pulut. Beras pulut tu dikukus menjadi pulut dan dibentukkan jadi bulat dan rata macam duit syiling. Kemudian, pulut itu dijemur  sehingga kering. Setelah petang atau betul2 kering dan keras, Mek angkat dari jemuran dan bungkus untuk jualan. Mek selalu goreng menginang dalam minyak panas dan simpan dalam balang plastik untuk aq makan.

Sewaktu aq sekolah PASTI dan juga Pra-sekolah, aku selalu pesan kat Mek, "simpankan sikit pulut kukus manis untuk Uni. Nanti Uni balik sekolah Uni nak makan."

Aq suka makan pulut kukus manis tu sebab warna nya cantik. Ada hari warna merah, esoknya warna kuning, lusanya jingga tapi ade saja hari putih kosong tanpa pewarna. Aq makan saja.

Balik sekolah, selalunya Ming jemput dengan motorsikal. Ming pakai uniform misi warna putih terkial-kial bawak motor. Sampai aje di rumah, letak beg terus aje aq pecut pergi rumah mek tanpa tukar baju sekolah. Kalau aq rajin, aku tukar la. Biasanya, aq tak rajin. *gelak*

Petang hari selepas Asar, Mek selalunya pergi ke rumah jiran takpun ke rumah kakaknya di hilir kampung. Aq sibuk nak mengekor sama. Maka, berjalan lah aq dan Mek dalam kampung. Walaupun lenguh dan penat berjalan kaki namun aku suka hati aje. Sebab aku boleh tengok lembu, tengok padang rumput mahupun padang orang tanam tembakau.

Sewaktu jalan di depan tangga rumah orang, Mek selalu bertegur sapa dengan orang kampung. Apabila ada yang bertanya,

"Kak Sah bawak anak sapa tu?"

Belum sempat Mek jawab, aq terlebih dulu memotong, "Ni anak bongsu Mek la."

Bingung semua orang kampung dengar jawapanku. *gelak*

Mek hanya tersenyum sebelum menerangkan, "Ni anak Kak Mah Misi yang kita mengasuh."

Begitulah kehidupanku sehinggalah aq berumur 12 tahun. Rumah buruk kerajaan nak dirobohkan dan digantikan dengan rumah baru kerajaan. Aq sekeluarga berpindah ke kampung sebelah. Walaupun masih berada dekat dengan rumah Mek, tapi tidaklah sedekat yang aq boleh lari2 ke rumah Mek seperti biasa.

Semakin meningkat usiaku, semakin jauh aq darinya. Demi secebis ilmu, aq harus merantau dan neninggalkan keluarga di kampung halaman termasuk juga Mek.

Namun, aq sering bertanya khabar Mek kerana itu merupakan tanggungjawabku sebagai seorang anak. Walaupun tiada apa-apa ikatan tapi dia menjagaku umpama anaknya sendiri.

Kak Yo selalu menasihatiku, "Kau kena ingat, Ning. Esok-esok kau besar kau dah ada kerjaya, kau kena ingat kat Mek. Kena bagi duit kat dia. Jaga dia kalau dia sakit. Cuci berak kencing dia. Mek tu ibarat mak kandung kau sendiri. Waktu kau kecik dulu, Mek yang jaga kau. Dukung kau walaupun berat nak patah pinggang dia. Belikan apa aje yang kau nak. Kau nak mainan, Mek belikan. Kau nak baju, Mek belikan. Kau kena jaga Mek sama macam kau jaga Ming..."

Nasihat itu selalu aq semat dalam hati. Kalau Ming tanggungjawab aku maka Mek pun sama. Tiada apa yang membezakan antara duanya. Mereka sama membesarkan aq menjadi seorang manusia.

Maka, Alhamdulillah hari ini di sinilah aku, depan Dewan Bedah Fairuz HRPZ II. Setia menanti Mek disorong keluar. Jika tadi aq yang sorong Mek masuk ke Dewan Bedah maka keluarpun haruslah aq sorong. Moga2 pembedahan Mek berjalan lancar.

Sekian nukilan,
Nurul Husni Mohd Nari
(JoJoAnne Rant)
Depan pintu Dewan Bedah Fairuz, HRPZ II, Kota Bharu

Friday 29 July 2016

Memori Cinta Kita bab 6

memandangkan Jo dah lama xupdate, Jo belanja satu lagi entry novel. MCK bab 6. :)
Mini Cooper S bergerak 120km/h membelah lorong paling kanan lebuhraya. Mata Jojo hanya fokus ke hadapan. Beberapa meter dihadapan, terdapat persimpangan lampu isyarat. Lampu isyarat yang berwarna merah bertukar hijau. Cantiklah! Tepat pada masanya.
“Allah…!”
Pedal minyak makin ditekan. Mini makin laju. Isyarat belok ke kanan diberikan agar pemandu kereta lain peka. Sampai di persimpangan, handbrake ditarik dan stereng dipulas rakus.
 “Allahuakbar…!”
“Ashadu a’la ilaha illallah! Waashhadu Muhammad Rasulullah!”
Puan Julia sudah hilang jantung. Kedua-dua belah tangannya bergayutan memegang pemegang di bahagian atas kereta. Mukanya pucat tak berdarah. Seram dengan cara pemanduan anak ‘perempuannya’. Kat mana la si Jojo ni belajar memandu ni? Tersangat Fast N Furious
Jojo buat tak endah dengan jeritan mamanya. Dibiarkan sahaja mamanya menambahkan pahala dengan berzikir mengigati Allah yang satu. Jarum meter kelajuan tetap pada nombor 120 km/h. Sedang enak memecut, terdapat sebuah kereta Beetle lama warna hijau merangkak dengan amat perlahan.
“Aishhh… Kura-kura ni. Dah tau nak merangkak, duk la lane kiri. Lane kanan ni orang nak pecut.” Tanpa sedar mulut berbunyi menyuarakan isi hatinya. Baru keluar paya gamaknya kura-kura ni. Dah la warna hijau, merangkak pulak. Memang sahihlah kereta kura-kura.
Jojo bagi isyarat lampu. Tapi, kura-kura tu buat tak endah. Menonggek punya sombong kura-kura ni. Aisehmen… aku ke ni yang kena beralah? Mau tergores maruah…
Ahhh… lantak la maruah. Aku tengah kejar masa ni. Jojo beralah. Kaki menekan pedal minyak dan stereng dipusingkan sikit ke kiri. Kereta bergerak memasuki lane sebelah. Mini terus memecut laju sambil menjerit marah. Hon ditekan sekuat hati dengan kepala menoleh memandang si kura-kura kat sebelah. Terlihatlah oleh Jojo kepada sepasang manusia sedang  bertepuk tampar sambil bergelak ketawa dalam kereta tu. Ni dah bukan kura-kura tapi belangkas!
***
Gear ditukar dan handbrake ditarik. Mini dah selamat masuk petak parkir di tempat letak kereta di pasaraya Giant.
“Alhamdulillah… Alhamdulillah…”

Puan Julia mengurut dada lega. Rasa sangat bersyukur kerana selamat sampai tanpa berlaku apa-apa. Bila dah jantung sudah berdegup normal seperti sedia kala, dia menoleh kepada Jojo disebelah yang sibuk matikan radio dan pendingin hawa. Tangan laju aje mengutil lengan anaknya.
Auch… Apa ni, Ma? Sakit la!” Jojo memandang mamanya sambil merungut marah.
“Kamu tu perangai tak semegah. Bawak kereta macam pelesit. Suka sangat buat jantung mama luruh.” Puan Julia mula membebel. Dah tak tau nak buat apa dengan perangai anaknya yang… Allah! Mohon kesabaran. Tarik nafas, hembus… tarik lagi, hembus. Menjadi seorang ibu memang sangat mencabar. Kalau diikutkan bilangan anaknya tak ramai, empat orang sahaja. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Dalam ramai-ramai tu, membesarkan Jojo yang paling menguji iman dan kesabaran. Nakalnya, ya ampun… mengalahkan Si Along dan Si Angah yang lelaki. Dia percaya kepada kebenaran kata-kata ‘menjaga lembu sekandang lebih senang daripada jaga anak perempuan seorang’ kerana dia pernah mengalaminya. Semput…!
Haihhh… Jojo menghela nafas panjang. Tangan menarik cermin mata hitam yang dipakainya, terus diletak dalam laci di dashboard. “Kalau bawak slow nanti, lambat la sampai. Lagipun, tak fun la Mama drive slow-slow ni. Gaya macam nak pergi makan angin aje. Tak rare langsung!”
Nak jatuh terguling Puan Julia mendengar si anak menjawab. Allah… strok haba! Panas! Panas! Better safe than sorry, Jojo oiii! We had sorry before and we didn’t want it happened twice. Ya Allah, have merci on us and please protect us from any harm…
***
Dingin udara dari penghawa dingin menerpa muka tatkala kaki melangkah masuk ke dalam pasaraya Giant. Terasa nyaman sekali apabila dingin itu menghilangkan segala bahang yang memanaskan tubuh. Fenomena El Nino yang melanda Malaysia sekarang betul-betul menguji keimanan umat manusia.
Tanpa sedar, inilah sebenarnya ujian daripada Allah. Tapi, masih ramai lagi yang tidak tahu yang fenomena ini merupakan satu petunjuk kiamat kecil.  Manusia sememangnya masih lagi lalai dan hanyut dalam hal-hal dunia. Ya Allah Ya Rabbi, janganlah aku bersama orang-orang yang lalai. Ameen!
“Ambik troli tu cepat.” Arah Puan Julia kepada Jojo yang begitu statik berdiri menikmati pengdingin hawa.
Ai’ai, Ma’am!” jawab Jojo sambil menarik sebuah troli yang disusun di suatu sudut. Lantas, troli itu ditolak mengekori Mamanya. inilah, rutin aku semenjak menjejakkan kaki ke Tanah Melayu ni.
“Jojo, tolong mama…”
Jojo bersegera membantu Mamanya mengangkat satu beg beras basmathi yang seberat 10kg dan diletakkan dalam troli. Fuhhh…! Akak sado! Jojo terus mengekori Mamanya. Kali ini, mereka memasuki lorong makanan dalam tin.
“Mama… susu pekat manis dah nak habis. Tinggal setin je lagi dalam kabinet dapur kat rumah. Jojo ambik ya, Ma?” soalnya lembut.
Puan Julia mengangkat kepala dari telefon pintarnya, HTC Desire 8 yang mengandungi senarai barang-barang yang hendak dibeli.  “Memang dah tersenarai pun dalam list Mama ni. Ambik la yang tu, yang setengah dozen tu. Ambik sekali dengan susu sejat. Dah habis stok. Susu sejat terakhir dah Mama guna buat pengat pisang semalam.”
Mentol lampu dalam otak Jojo menyala. “Ma…” Jojo merengek cukup enam harkat sambil memandang Mamanya dengan pandangan penuh mengharap.
“Hmmm…” Jawab Puan Julia tanpa mengangkat muka dari membaca label di belakang tin yang mengandungi cendawan butang.
Alang-alang beli susu sejat ni, Cream Caramel Pudding for dinner sounds best, Ma…” Waa… faveret aku sepanjang zaman.
Puan Julia menoleh kepada anak daranya yang tengah tersengeh gaya meminta. “Boleh aje. Semalam pun Papa ada sebut, lama dah tak makan pencuci mulut tu.”
Yes…! Jojo bersorak dalam hati. Badannya mula rasa nak berjoget tapi otaknya sempat menegah. Buat malu aje nanti kat tengah public macam ni.
Ting-tong! Bunyi loceng menandakan mesej Whatsapp masuk. Siapa pulak yang rajin meWhatsapp aku ni? Detik hati Jojo sambil tangannya mengagau poket seluarnya. Iphone 6 putih dikeluarkan. Jarinya berlari di skrin telefon pintar itu.
‘Angah Poyo’ tertera di skrin. Angah? Terus sahaja dia membuka mesej itu.
‘Kat mane 2?’
‘Tesco dgn Mama. Nape?’
Iphone 6 putihnya kembali ke dalam poket seluar setelah dia membalas mesej Syazwan. Jojo cepat-cepat menolak trolinya mengejar mamanya. Laju betul Mama ni, baru seminit aku mengadap phone, dia dah sepelaung berjalan. Berstamina sungguh!
Ting-tong!
‘Bagus. Do me a favour, please?’
‘What?’ Jojo hantar emoticon menyampah.
Please la, Jo… Angah busy ni. Xsempat nak keluar. Jap lg ada meeting dgn pembekal kain dari Jepun.’ Emoticon muka sedih dan menangis.
‘yalah… yalah… nkpe?’
toiletries. Semuanya dh nk habis. Beli : Deodorant nivea for men, shokubutsu shower cream, darlie toothpaste, garnier for men oil control. Guna duit Jojo dulu, nati claim ngan Angah. Btw, ckp kat Ma that I want mee calong for dinner.’
Ceh. Mengada sungguh! But, frankly speaking, mee calong sounds good. Rindu betul dengan Mama punya mee calong. Masa kat Boston dulu, tak merasa la Mama punya mee calong. Pernah juga aku paksa Si Jassie masak, yalah sebab dia je yang pandai masak. Kalau suruh Si Angah atau Along, alamatnya makan senduk kayu la aku. Tapi, Jassie punya mee calong tak sama dengan mama punya. Sedap tu memang sedap, tapi ada something yang kurang. Air tangan ibu!
“Jojo…” laju sahaja kepalanya menoleh kepada suara yang menyeru.
“Buat apa termenung situ, meh sini.” Puan Julia menggamit anak daranya.
Tanpa melengahkan masa, iphone 6 putihnya dikembalikan ke dalam poket seluarnya dan dia terus mengorak langkah mendapatkan Mamanya. “Ma… Angah mintak tolong belikan toiletries untuk dia. Angah kata dia nak makan mee calong malam ni.”
“Mee calong?”
Jojo mengangguk mengiakan.
“Kalau macam tu Mama kena pergi cari ikan la. Kita separate la, Jo. Jimat masa sikit. Jojo pergi cari toiletries untuk Angah. Mama nak pergi kat bahagian basah. Call?”
Call! Mama bawak la troli tu. Barang Angah tak banyak pun. Nanti lepas siap semua, Jojo jumpa Mama kat bahagian basah.” Ujarnya sebelum berjalan menuju lorong bahagian toiletries. Tangannya pula mengagau Iphone 6 dalam poket. Membuka Whatsapp, cari balik senarai yang Syazwan mintak dia beli.
Ni la hakikat orang yang pelupa. Nyanyuk betul aku sekarang ni. Bukannya banyak pun yang Angah suruh beli tadi. Sambil berjalan, sambil membelek Iphone. Kejap2, dia angkat kepala tengok jalan.  Melilau mencari destinasi ditujunya. Pusing punya pusing, tetap tak jumpa. Last, dia pergi tanya kepada pekerja Tesco yang tengah susun barang di bahagian rempah ratus.
“Kak, bahagian toiletries kat mana ya?” sopan Jojo bertanya. Jangan malu bertanya, kalau tidak sesat jalan. Peribahasa kena sangat dengan aku yang sesat kat dalam Tesco ni.
“Hujung sebelah kanan.” Jawab si pekerja Tesco tu tanpa mengangkat muka. Nada suara pun dingin sahaja seperti Grim Reaper. Jojo berlalu pergi. Sombong menonggek. Tau la dia kerja kat Tesco.
Mata kembali kepada skrin Iphone 6. Deodorant Nivea for Men, Shokubutsu Shower Cream, Darlie toothpaste, Garnier for Men Oil Control. Dalam otaknya, asyik diulang empat barangan tu. Oh! Dah nampak dah bahagian toiletries. Oh yeah, berjaya jumpa tanpa guna Waze.
Deodorant Nivea for Men, Shokubutsu Shower Cream, Darlie toothpaste, Garnier for Men Oil Control.” Mulutnya terkumat kamit mengulang barangan tersebut.
Deodorant Nivea for Men, Shokubutsu Shower Cream, Darlie toothpaste, Garnier for Men Oil Control.
Sewaktu otaknya sarat dengan senarai toiletries tersebut, tidak semena-mena dia dilanggar troli membuatkan Iphone 6 putihnya tercampak ke lantai. Betul-betul di sebelah kiri tayar troli. Jojo terkaku. Terkejut. Aku punya… Iphone 6… baru bulan lepas aku beli. Bau kedai lagi tu!
Darah terasa menyirap naik. Badan mengigil menahan marah. Hatinya panas. Mukanya merah. Setan betul! Dia mendongak, ingin melihat binawei buta mana yang langgar dia. Melihat wajah insan di hadapannya membuatkan Jojo bulat mata. Tidak tersangka dia…!  
“You…? Once again?!
 Hampir menjerit suaranya. Jason tak menduga yang dia akan sekali lagi berjumpa dengan Minah Molotov ni. Dalam… keadaan yang serupa. Opps…! I did it again. Apa la bala yang kau bawak ni Jason? Asyik langgar orang aje. Tak dengan Hummer, dengan troli pun jadi lah ya?
One more things, kenapa mesti minah ni? Takde orang lain ke dalam dunia ni. Juga, dalam banyak banyak Tesco, kenapa mesti dia datang Tesco ni juga? Kat KL ni berlambak la supermarket. Suratan atau kebetulan? Minda Jason dipenuhi dengan persoalan persoalan yang tak dapat dirungkaikan. Dia tidak menghiraukan telefonnya yang terjatuh ke lantai dek kerana momentum perlanggaran tadi. Dan… kenapa mesti setiap kali kau tengah balas mesej Whatsapp kau berlanggaran dengan dia? No texting while driving.
Matanya masih terpaku kepada raut wajah gadis di hadapannya. Jelas benar nampak marahnya. Mukanya dah gaya macam Undertaker aku tengok. 
Say sorry la. Satu suara dalam otaknya berbunyi tapi hatinya berbelah bahagi. Mau jatuh ego nanti. Hatinya pula berbisik. Ngek la kau ni, gentleman la sikit. Pompuan tu kot. Tak ke kesian tengok kat dia. Muka gaya cam nak leleh aje.
Baru mulutnya nak bersuara, gadis di depan terus menunduk mengutip Iphone 6 putihnya yang jatuh dan terus berlalu pergi. Akhirnya, Minah Molotov jadi Silenced Vector. Senyap. Sepi. Tapi, pandangan tajam membunuh. Tembus jantung.
Sorry.” Kata-kata itu hanya terluah kepada angin lalu. Jason menghela nafas panjang.  

***

Memori Cinta Kita Bab 5

sorry la ya. Jo baru update blog. jenuh, 3 bulan sekali baru nak update. huhu. ni pun sebab ada yang request nak baca MCK. sila lah ya, buat macam rumah sendiri...
Jojo leka menonton Oggy & Cockroches di TV. Sesekali dia tergelak sendiri. Geli hati dengan kenakalan si lipas tiga ekor tu pedajalkan Si Oggy. Ada ke patut diorang tu cabut hidung si kucing biru tu bawak lari keliling rumah. Di lengannya, terlilit Si johnny yang tengah selesa baru lepas mandi.
“Ni je la yang kamu reti buat. Tengok kartun, layan Running Man, pastu mengadap segala komik yang ada. Mengalahkan budak sekolah. Umur dah lanjut. Cuba la belajar buat perkara berfaedah sikit.”
Tu dia… dia dah mai dah! ‘Motivasi’ mama yang terbaik dari ladang. Sangat segar dan berkualiti. Tahap tertinggi punya sentap. Lebih sentap daripada kata-kata dalam buku Tarbiyah Sentap karya Adnin Roslan. Ucapan mama tu macam kilat berdesup terpanah hati. Menanah jugak telinga ni mendengar.
Jojo mula buat muka seposen. “Alaa… rileks la ma. Cuba mama cadangkan apa yang Jojo boleh buat. Masak? I was forbidden to do so, ma. F-O-R-B-I-D-D-E-N.  Sapu lantai? Mama tak kasi sebab Mama cakap Jojo sapu tak cuci, still ada habuk. Siram pokok? Nak sentuh pun tak boleh koleksi bunga ros mama kat taman tu, nikan pulak nak siram bunga.  Then, what should I do?”
Amboiii… panjangnya lebar anak dara sorang ni menjawab. Laju je mulut tu. “Pergi la tolong papa kat office tu. Ada jugak faedahnya. Takde la terperuk je kat rumah ni jadi pekasam.” Puan Julia menyambung nasihatnya.
Jojo dah buat muka bosan. Johnny yang melingkar di lenggannya dirungkai lilitan dan dibiarkan haiwan tu menjalar di leher. Naik seriau Puan Julia melihat. “Ma… Jojo ni graduan TESL, kerjanya mengajar orang bahasa Inggeris. Takkan la Jojo nak pergi mengajar kat office Papa kot?” hujahnya.
“Yalah… ya… bab menjawab dan bela diri, nombor satu. Mama banyak lagi kerja nak buat ni.”
Yes…! Aku tahu kemenangan akan berpihak pada aku kerana aku dan kemenangan adalah best friend sejak kecik. Muehehe…
“Ni mama nak kamu teman mama pergi Tesco kejap lagi. Beli barang dapur. Stok dah nak habis.”
Jojo hanya menggangguk setuju. Bab berjalan dia memang A+!
One more thing, pergi naik bilik ambik Momo. Mama nak campak dia masuk dalam mesin basuh…” lipat maut Jojo memandang mamanya. Dah tak hirau pada Oggy kat TV. Hal ni lagi penting.
“Maa…” Jojo mula merengek.
Puan Julia yang memegang bakul pakaian kebalkan hatinya. Tak nak terkesan dengan rengekan anaknya. “Momo tu dah bau macam belacan, kamu tau. Mama janji Momo sempat kering sebelum malam. Dah pergi cepat.”
Puan Julia hanya menggeleng kepala melihat perangai anaknya yang itu. Jojo sengaja menapak lambat-lambat ke biliknya. Puan Julia tahu dalam hati Jojo sebenarnya tak rela Momo tu dimandikan sebab dulu pernah berlaku kejadian Momo yang dibasuh tak sempat kering. Memang mengamuk tak ingat dunia time dia nak tidur malam tu.
Jojo tu sayang betul dengan Si Momo tu. Hadiah istimewa daripada… ah! Lupakan. Tak usahlah ingat kisah lama. Kang tak pasal-pasal naik darah.
***
Ting! Tong! Bunyi menandakan mesej whatsapp masuk. Jojo mengagau Iphone 6 putihnya di tepinya dengan mata still tak beralih dari TV. Kali ni punya la focus.
‘Woiiii!!! Wat ape tu? J

Jojo tersengih sendiri. Terus sahaja dia memandang jam yang tergantung di dinding. Pukul 8.30 pagi, tolak 13 jam. Maknanya, kat sana pukul 7.30 malam la. Lincah aje tangan membalas mesej Whatsapp.
‘Apa woiii2? Bg salam la, cik adik.’

            Selang dua minit kemudian, Iphone berbunyi lagi.

‘Ehehehe. Sorry la, sis… Assalamulaikum. Kabare?’

‘Waras! Terlebih waras. Ko apa cer? ^.^’

‘Byk la ko punya waras. Asal ko xcident xkasi tau aq? Ni yg wat berapi ni.’

            Aduss…! Jojo menepuk dahinya setelah membaca mesej di Iphone. Ni kompem kena bebel dengan minah ni. Mana pulak dia tahu pasal citer ni? Kalau tak mama, mesti Angah yang kepoh sebar citer sampai orang benua lain pon tahu. Hishhh….

‘Citer dah basi la. -.-‘

Jassie yang  berada nun di Boston terasa makin menyirap dengan jawapan selamba badak kembarnya tu. Boleh pulak dia jawab macam tu.

            ‘Ya Allah… bengangnya aq! kalau Angah xkasi tau, smpai sdh aq n Along kat sini xtau citer. Sampai ati eh ko xciter kat aku.’

Aku dah agak dah. Kepoh betul Si Angah. Sejak bila pulak dia ni ambik kerja part-time jadi reporter tak bergaji ni?

‘Kecoh je ko. Aq dh ok la. Xyah la ko nk risau. Ko tu tgh watpe?’

‘Aq baru smpai rumah ni. Along xbalik lg. Xyah la ko nk tukar topic. Try la citer sikit kat aku even citer dh basi.’

Jojo menjuling mata ke atas. Nak tahu jugak. Memang tak kenal erti putus asa la minah ni sorang.

‘Xde apa la. Aq OTW kdai mamak. Masa tu aq stop kat traffic light, trus kena lnggr dgn Hummer.’

‘Hummer? Bestnya. *_*’

Jojo bulat mata. Sakit betul hati baca mesej dari kembarnya itu.

‘Agak2 la weiii… Best mendanya? Sakit la ngek. Dah la. Malas aq nk mlayan ko. Buat sakit hati je. Aq nk g siap2. Mama sruh aq tman dia pergi Tesco. Ciao luh!’

Iphone 6 dicampak ke tilam. Jojo bangun dari baring dan terus ke almari pakaian. Dress-up macam mana ya? Cuaca panas sekarang. El nino. Memang bercinta la aku dengar berita kat TV kat Alor Setar cecah suhu sampai 40 darjah Celcius. Standard padang pasir kot.
Jojo menarik sehelai blouse hitam berbermotifkan bunga sakura berwarna pink. Cantik jugak. Tapi, kalau aku pakai yang ni nanti alamatnya macam masuk oven aje rasenya nanti. Berbahang! Waktu inilah, segala ilmu fizik yang dipelajari sewaktu sekolah menengah dulu diguna pakai walaupun ilmunya ciput sahaja dapat dada. Hitam adalah mengalir haba yang baik. Baik aku pakai warna putih. 
Lantas itu, dia menarik keluar sehelai blouse putih plain. Nak dipadankan dengan apa ya? Skirt? Seluar? Penatnya jadi perempuan, nak kena pilih pakai itu ini. Kang tak kena pakai, mama marah.
“Seorang anak gadis mesti sentiasa kelihatan anggun dengan pakaian yang cantik.” Jojo cuba mengajuk cara mamanya bercakap. Mama sangat mementingkan kecantikan dan kebersihan dan kekemasan dan kerapian dan… dan… ahh!!! Pokoknya mama tu wanita melayu terakhir, dan kemudiannya diwarisi oleh Si Jasmine tu. Cantik, sopan dan penuh gemalai.
Sangat berbeza dengan aku yang lasak dan ganas. Tambah lagi, nakal dan degil. Senang cerita, ciri wanita melayu terakhir tiada dalam gen badan aku. Semuanya dah tercampak kat Jassie. Mama pun dah letih dan putus asa dengan perangai aku. Dah pelbagai usaha dia cuba nak mewanita-Melayukan aku tapi semuanya gagal.
“Mama yakin dan percaya yang Mama pernah mengandungkan 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Hakikatnya, anak lelaki Mama adalah 3 orang dan perempuan sorang je.”
Hahahahahahaha… maaflah Mama. Jojo tak boleh ubah diri Jojo jadi orang lain. This is me. This is who I am. I know that I not your typical ladies you wish me to be but I’m still your daughter. I prefer red than pink. Taekwando is better than ballet. I prefer sneakers than heels. Ballet flats are girly enough to me. Polis-sentri is the best and masak-masak is the worst. BMX is my bike. Gundam or Barbie doll? Of course, I choose gundam.
Tapi, sedikit sebanyak aku mula boleh menerima benda-benda ni semua. Mungkin usia dan persekitaran mendewasakan aku. Aku dah tak strict macam dulu. Kalau dulu, if it’s a no, means a total NO. A big No. Semenjak berginjak ke alam dewasa, pemikiran mula matang walaupun masih lagi ada telur separuh masak.
Aku dah boleh terima warna pink pastel. Tidak lagi terasa kekok memakai skirt. Tahu nak lilit shawl walaupun tak cantik sangat. Kalau nak keluar, tangan mengoles bedak compak dan mencalit lip-tint ke bibir. Semuanya hasil usaha si Jassie yang paksa aku sepanjang 5 tahun berada di Boston. Dalamanku masih sama, tiada satu pun berubah. Lasak. Aktif. Degil. Nakal. Aku seorang Joanna Adlisya, once I set something on my mind, it should works on my way!

***

Wednesday 15 June 2016

Saya penghidap Otitis Media

Assalamualaikum dan salam Ramadhan karim. Macam mana berpuasa? Ok tak? Jo harap semuanya berjalan dengan lancar & mendapat rahmatNYA.
Jo dah lama lama lama lama.... sangat tak berblog. Bersawang dah blog ni. Entah nape tangan tak tergerak nak post entry baru. Padahal banyak yang nak diceritakan. Jo akan usahakan agar lebih kerap post entry.
Keyyy... first thing first, Jo nak pesan. Entry ni sangat panjang. Better buat preparation la. Sediakan jajan...
Jo ada bad new la nak sampaikan. Jo sekarang ni penghidap Otitis Media.
Apa pulak tu?
Perkara ni takde kaitan dengan Media Prima mahupun Buku Prima. Senang cerita tak yah pening-pening, Otitis Media ni gegendang telinga pecah.
Bunyi macam serius kan? Agak serius la jugak sebab doktor diagnosiskan Jo sebagai 'chronic Otitis Media'. Highlight sikit CHRONIC...
MACAM MANA KISAHNYA...?
Suatu Subuh, time Jo baru bangun tido, Jo perasan satu hal. Telinga kiri Jo pekak sebelah. Rasa berdengung macam tu. Rasa penuh dan tersumbat pun ada.  Telinga belah kanan ok aje.
Jo tak terkejut sangat la sebab dulu pernah ada history sakit telinga. Fungus Infection. Tapi, tu hal tahun 2012. So, Jo ingat xde la teruk mana kan. Then, Jo buat bodoh je la. Sakit dan tak selesa tu ada.
Alkisahnya, esok hari telinga Jo makin sakit. Siap dengan rasa sakit gigi sekali. Muka tegang aje macam cucuk botox. Rasa tersumbat dan pekak sebelah tu takyah cerita la, memang tak hilang.
Kak Tirah nasihatkan gi jumpa doktor. Sayang jugak nak pergi sebab taknak tinggal kelas. Tapi, macam mana nak mengajar lau dah sakit macam ni. Thus, Jo dgn Kak Ayu merempit la pergi KK Bestari Jaya.
Check2, DR cakap gegendang telinga  Jo pecah. Teruk pulak tu keadaannya. DR bagi antibiotic amoxicillin tu matikan kuman dan postan untuk tahan sakit. Dia bg TCA suruh dtg balik minggu depan. Nak check lg sekali. Kalau tak ok, kena refer pakar.
Balik Ansar, colleagues tanya la mcam mana gi klinik kan... Jo cakap la eardrum pecah. Bapak terkejut diorang. *haha*
Long story short, time TCA minggu dpn tu, telinga Jo xokey jugak & mmg kena refer pakar. Mula2, DR nk refer kat hosp. Sg Buloh xpi time tu dah nak tutup sekolah, cuti mid-year. Kompem2 la Jo balik Kelantan. So, Jo mintak refer kat HUSM sebab mmg selama ni pun Jo under ORL sana. DR bg je la refer sana.
HUSM KBG KERIAN ...
Jo pergi la HUSM dgn penuh rasa happy dan rindu. HUSM is my kesayangan sebab since kecik lg Jo duk situ. Dulu, satu hospital tu Jo tawaf, siap dengan bangunan kampus tempat student medic belajar Jo redah.
Masuk jumpa DR, dia suggest suruh operate. Masa tu Jo macam 'arkkk? Operate?'*gulp* sebab benda ni dah lama sangat. 4 tahun dah. Jo curious kenapa smpai 4 tahun? Apa yg berlaku dulu?
4 tahun dulu, before my ear was infected by fungus, eardrum Jo pernah pecah sekali. A week after balik dr Cameron highland. Bila sembuh sekali hilang fungus2 tu semua, Jo though everything went back to normal but actually it doesn't...
Eardrum Jo yg pecah 4 years back tak pernah tertutup pun and Jo unaware 'bout that matter. Seyes, tak tahu LANGSUNG... 
DR told Jo, normally a year or two, eardrum tu tertutup dgn sendiri tapi dalam kes Jo ni dah 4 tahun, dia tak akan tertutup sndiri dah. Mmg kena operate la. Tampal lubang tu.
Mmg Jo soal habis-habisan la DR time tu...
'It's just a minor operation, isn't it, doc?'
'Yes... just a minor one.'
'How will the operation be? How they close the eardrum?'
'Well, they will botakkan you punya kepala. Take your inner kulit kepala dan tampal dalam your punya ear lah...'
What the heckkk...? Botak? Ambik kulit kepala? Ouchhhh... *seram*
'It's gonna be hurt a lot, isn't it,?'
Dgn tersengih lebar dan penuh ceria serta yakin tahap tertinggi, DR tu jawab, 'of course.. !'

Wassalam...