Thursday 4 August 2016

memori cinta kita Bab 7

Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, Jojo cepat-cepat keluar dari Mini Cooper S merahnya. Mulutnya masih diam membisu. Sejak kejadian yang mematahkan modenya, sepatah perkataan pun tak keluar dari mulutnya.
Puan Julia tercungap-cungap mencari nafas. Lelah. Terkejut. Terpaku. Terkedu. Terkentut dengan cara pemanduan anak daranya yang semakin gila dari tadi. Dalam perjalanan pergi kelajuan hanyalah 120 km/j tapi bila pulang, 140 km/j!  Nasib baik abang pedas takde. Bukan apa, takut abang pedas tak terkejar sebab Mini terlebih laju. Alamatnya, sehari dua lagi sampai la kat rumah saman speed track. Mana taknya, jarak perjalanan yang memakan masa 20 minit menjadi 10 minit.
Mata Puan Julia mengekori langkah anaknya yang luas kaki melangkah ke pintu rumah. Terus dihempas pintu sebelum hilang masuk ke dalam rumah. Mak Wan yang menyaksikan kejadian tu mengurut dada yang berdebar. Dia menapak mendekati adik sepupunya yang baru sebelah kaki keluar dari kereta.
“Kenapa tu, Ju?” soalnya.
“Entah la, Kak Wan. Ju pun hairan. Pagi tadi elok aje. Senyum. Tersengeh-sengeh mengusik orang. Tup-Tup, time nak balik terus senyap bisu macam tu. Entah apa yang tak kena dengan dia. Makin menjadi-jadi perangai Si Jojo ni sekarang. Tak boleh silap sikit. Mula la meruap. Baran betul. Entah menurun perangai siapa la. Bawak kereta pun laju tahap tak sudah macam nak masuk kubur. Alhamdulillah la selamat sampai. Kalau tidak, tak tahu la nak cakap apa.” Membebel panjang Puan Julia. 
“Ada la tu yang tak kena dengan angin dia.” Ujar Mak Wan sambil menggeleng kepala. “Meh Kak Wan tolong angkat barang.”
“Memang Ju nak suruh Kak Wan tolong pun, barangnya banyak. Lutut Ju masih lembik ni.” Jelas Puan Julia. Mukanya masih lagi pucat tak berdarah kesan dari pemanduan lagak ngeri anak daranya.
Dalam hatinya terjentik oleh satu perasaan. Firasat seorang ibu merasakan ada benda yang akan berlaku nanti. Sesuatu yang besar. Apa yang berlaku di Tesco tadi? Kenapa Jojo marahnya sampai begitu sekali. Dah lama dia tak marah sebegitu. Sejak… ah! Lupakan, Ju. Jangan kau ungkit balik kisah tu. Nanti kau sendiri yang sakit!
***
Pintu biliknya dihempas kuat. Bergegar satu rumah. Iphone 6 putihnya dikeluarkan dari poket seluar terus dicampak ke atas tilam. Entah jatuh kemana. Dah tak lihat telefonnya tu. Badannya dihempas ke tilam empuk tu. Nasib baik katilnya diperbuat daripada kayu yang kukuh. Tidak patah dengan impak hempasan badan Si Jojo budak senget tu.
Bantal diambil dan ditumbuk-tumbuk. Dia membayangkan muka si Apek mabuk tu. Marah? Ya… Panas? Sangat… Berapi? Sudah semestinya. No, worse, rentung… penumbuk dihayun lagi ke bantal. Kalaulah bantal ni betul-betul muka dia. Konfem, terbaik. Class A punya penumbuk ni.          
Jojo bangkit dari baring. Bantal yang hampir pecah perut kena belasah dicampak tepi. Dia berjalan keluar dari bilik. Kakinya laju melangkah. Tangannya menggenggam penumpuk. Riak muka masih tak berubah. Beku… Dingin… Tegang tanpa senyum!
Kakinya mengorak langkah ke tangga yang menuju ke tingkat atas. Sampai di anak tangga yang terakhir, dia pergi ke arah kanan dan terus berjalan sehingga sampai ke penghujung. Di situ terletak satu bilik. Tombol pintu bilik berkenaan dipulas dan dikuak. Dia memasuki ruang berkenaan dan seperti tadi, pintu dihempas kasar.
Inilah mini gim dan juga gelanggang taekwando diorang. Sejak kecil lagi, kitaorang berempat, Along, Angah, Aku dan Jassie diajar dengan seni mempertahankan diri. Tapi, yang konsisten dengan seni bela diri ini adalah Along, Angah dan aku. Si Jassie tak lepas belt kuning pun lagi, dah merengek-rengek tak nak. Susah menurutnya. Lagipun, katanya, dia tak perlu belajar taekwando sebab abang-abang dan kakaknya ada. Dah menjadi kewajipan diorang bertiga lindungi keselamatan adik bongsu. Mintak pelempang betul jawapan.
Disebabkan Jassie ni suka memasak, so Mama benarkan aje dia sepahkan dapur masak itu ini tapi mostly cake and dessert sekali dengan pastry. Itulah majornya!
Jojo menapak terus ke arah suatu sudut di mana terdapat sebuah beg pasir besar tergantung. Dia mematah-matahkan jari jemarinya dan melakukan sedikit regangan badan. Bila badan dah agak panas, dia mula menumbuk beg pasir tersebut. Nafas dalam di hela keluar. Seraya dengan angin panas dalam hati cuba dikeluarkan.
Jojo mengangkat kaki tinggi dan menyepak tinggi bahagian atas beg pasir. Kemudian, dia membuat ‘tornado kick’ dengan berpusing tiga ratus enam puluh darjah lalu mengangkat kaki tinggi menyepak beg pasir tersebut.
Tidak cukup dengan high kick, spin kick, dan 180 degree kick yang keluar. Side kick, back kick, serta front kick pun terbit sama. Pokok pangkalnya, segala jenis teknik tendangan yang dipelajari semuanya digunapakai.
Setelah beberapa seketika membelasah si beg pasir, Jojo berhenti melepaskan lelah. Dia terbaring di lantai dengan tangan didepakan seluas mungkin. Matanya tajam menikam syiling. Rasa yang membahang dalam hatinya sedikit berkurang. Dia menarik nafas dan dihela secara perlahan. Dia mengulang perbuatan yang sama berulang kali. Sehingga panas dalam hatinya semakin hilang. Tanpa dia sedari, dia terlelap.
***
“Kau jangan lupakan aku tau…! Kalau tak nanti, aku debik kau sampai tercabut gigi.” Dia mengugut dengan suara yang tertahan-tahan. Jelas kelihatan mata yang mula berair sedang menahan sebak yang mengila.
“Hey… kau tak percaya aku ke?” dia bersuara lembut. Berbisik memujuk. “Aku takkan pernah lupakan kau sebab kau kan Sunshine aku.” Dia mengoyakkan senyuman manis.
Mendengar perkataan ‘Sunshine’ itu, mata yang berair tadi mula menitis.
“Weh… asal hujan pulak ni? Tak rare la camni.” Ujarnya sambil menyapu tangisan si dia. Elok aje cerah memancar. Dan-dan, hujan lebat turun…
Si dia terus menumbuk perlahan bahu orang yang mengutuknya. “Aku tengah sedih ni, kau kenapa buat lawak terencat macam ni? Bangang betul.” Si dia meletus marah dengan air mata yang semakin lebat. Kedua-dua tangannya merangkuk erat leher orang dihadapannya dan menumpahkan segala air mata kedukaan buat kali terakhir.
Mata Jason terus terbuka luas. Hilang terus bayangan si dia yang menangis tadi. Ya Allah…! Mimpi rupanya. Astagfirullahhalazim… Dia bingkas bangun dari baringnya seraya itu dia meraup mukanya. Deru nafas yang tidak teratur jelas dibuktikan dengan dada yang berombak turun-naik. Tangan kanan dibawa ke dada, cuba mengawal dan menenangkan debaran jantung yang menggila.                                                                                                          Jason hanya kaku di atas katilnya. Otaknya kosong. Tidak tahu bagaimana harus dia bereaksi akan mimpi tadi. Apa yang dia tahu, mimpi itu semakin kerap menghantui dirinya kebelakangan ini. Bila diamati, semenjak tiga minggu yang lalu mimpi ini kerap melanda ketika tidurnya.
Pada awalnya, Jason menyangkakan ianya hanyalah perkara biasa. Tambah lagi, mimpi ini bukanlah pertama kali mengganggu kerana paling kurang, dalam sebulan mesti dia akan bermimpikan budak tu. Walaubagaimanapun, sekarang ni mimpi itu hadir dua ke tiga kali dalam seminggu.
Itu yang memelikkannya. Apa yang berlaku? Adakah segala mimpi yang berkaitan dengan budak itu hanyalah gurauan tidur? Jika benar begitu, dia berharap sangat akhirilah mimpi itu kerana fikirangnya hanya dipenuhi dengan budak itu. Kerja pun selalu tergendala.Tapi, andainya mimpi itu adalah satu petunjuk, dia berharap apa tersirat di sebalik mimpi itu segera terungkai. Jangan biarkan dirinya tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu.
Sesungguhnya, penantian itu amat memeritkan. Perit dengan harapan bilakah ianya berakhir…                                                                                                                                          Sunshine, where are you, babe? I’m back. Yeah… for good! But, you’re nowhere to be found. I’m right here waiting for you. Waiting for you, Sunshine…!
Jason semakin tenggelam dengan bayangannya sendiri. Hanyut dibawa arus memori. Kembali kepada kehidupannya yang dahulu. Kehidupan yang ‘cerah’, penuh dengan warna pelangi. Saat dimana ‘mataharinya’ menyinar indah. Dia seolah-olah tidak mahu kembali kepada reality hidupnya sekarang yang gelap dan suram, umpama hari hujan. Penuh kesedihan. Kesunyian. Kesepian. Dan selalu disapa kerinduan…
Ya Allah! Aku perit. Aku sakit. Aku derita…
***
"Abang…”
Sayup-sayup, telinganya terdengar suatu bunyian.
“Abang…”
Suara itu makin jelas kedengaran.
“Abang…!”
Mata Jason terbuka luas. Terus terpandang seorang anak gadis di tepinya. Mukanya kelihatan agak marah dengan pandangan mata yang tajam dan tanpa senyuman.
“Kenapa? Buat apa dalam bilik abang ni?” Jason menyoal hairan. Bila masa pulak budak ni masuk. Siap bersila atas katil sebelah aku lagi. “Abang takde dengar orang ketuk pintu pun…”
Vivi mencemik. “Adik dah ketuk macam nak roboh pintu bilik abang tadi, takde jawapan. So, adik masuk aje la. Ingatkan abang tengah tidur, rupa-rupanya tengah tenung dinding macam nak tembus.”
Oh my… kantoi mengelamun. Si budak ni pun… “Ade abang suruh adik masuk? Soalnya tegas dengan muka garang. Saja nak mengusik budak kecik ni. Tangannya didepakan seraya memaut leher budak bertuah tu dan sepantas kilat Vivi dijatuhkan ke tilam. Smackdown…! Dan-dan, badan kecik Vivi dipusing terlentang dan tangan dikilas ke belakang. Jason mengunci segala pergerakan pihak musuh.  
“ABANG…!” Vivi berteriak lantang. “Sakit… sakit…” dia mengaduh.
“Nak masuk bilik abang lagi tak?”
Vivi mengerutkan muka menahan sakit. “Tak mau dah. Sorry… Ampun… Abang… Sakit…!” dia mengaduh bila kilasan diperkemaskan oleh abangnya. “Ibu… tolong…!” Vivi berteriak dengan lebih lantang. “Lepaskan adik, abang…” Vivi mula merengek gaya nak menangis.
Seraya itu, dia dilepaskan. Dengan sepantas kilat, dia bergerak menjauhi abangnya yang kejam itu. “Benci abang tau. Suka buli adik. Ibu suruh adik panggil abang turun minum petang aje. Kalau la adik tau jadi macam ni, tak nak adik panggil abang. Buang masa aje. Abang kejam... ” Vivi meletup marah. Bengang betul dia. Dia mencapai sebiji bantal terus dicampak ke arah abangnya. Elok aje bantal itu terkena dagu si abang.
“Padan muka. Lain kali, Vivi tak nak dah buat baik dengan abang.” Sambungnya lagi. Dia menapak ke pintu. Menggonggek sombong gaya jalannya dengan kaki dihempas kuat ke lantai sehingga berbunyi. Memprotes…!
“Adik…”
Vivi menoleh ke belakang, “Apa?” soalnya tak puas hati.
Jason nak tergelak dengan kelakuan adiknya sorang ni. Marah aku. Benci aku. Tapi, bila dipanggil, berpaling pulak. “Cakap kat Ibu, abang nak solat Asar kejap. Lepas siap, baru abang turun.
“Tak nak…! Cakap la sendiri. Huhhh…!”

***

No comments:

Post a Comment