Tuesday 22 March 2016

Memori Cinta Kita Bab 4

assalamualaikum!!! 

first of all, saya nak mintak maaf bebanyak sebab lama tak post. nah bab 4. enjoylah ya. dan harap sangat2 korang semua komen. :)

“What is your name, miss?” Dr. Ben bertanya.
“Adlisya.”
Hanya sepatah yang keluar dari mulut Jojo. Kepalanya pening.
 “Tadi you nak pergi mana, Cik Adlisya?” Tanya Dr. Ben lagi.
“Ermmm… I’m on my way to kedai makan before I was ‘gedegumm’ by that mad jerky jerk.” Jojo menjeling ke arah orang yang berkenaan di sebelah sana. Nampak jugak la muka si dia tu agak bengang berasap tapi nasib baik tak meletup.
Okeyy… she remembers her name and what was happened. “Good!”
Kening Jojo terangkat sebelah. “Good?! I’ve been in a car crash and you said it’s good? Are you losing your mind, doc?”
Perrrggghhh…! Pedas punya awek ni bagi. Nasib baik aku ni doctor yang terbaik dari ladang, sabar je la… “That’s not what I mean. You remember your name and what was happened as well. That’s a good sign. No head-concusion, skull-crack or what-so-ever-that-may-cause- bad-injuries. Thanks to your helmet, miss. No need for CT scan.” Hahh… Panjang lebar aku bercerita. Tak paham lagi, tak tahu la nak kata apa. Kang kalau aku cakap standard buku medic, kau jugak yang nganga nanti, cik adik oiii..! She’s quite tempered, no offended.
Ben melirik mata kearah Jason yang berpeluk tubuh di sudut dinding. Dia hanya memandang kosong kepada Jojo yang dilanggarnya tadi. Macam tak percaya je yang dia langgar anak orang. Nasib baik tak parah ke meninggal ke apa. Lau tak, tak tau la apa yang jadi. Ngeri sungguh..!
***
“Ouchhh!!!”
Jojo sedikit menyeringai sambil menahan kesakitan. Kepalanya masih lagi pening. Diam hanya diam membiarkan Dr. Ben menjalankan kerjanya, menjahit luka yang agak dalam di tapak tangan. Mungkin kerana jatuh tergolek tadi.
“Tahan sikit ya… Nasib baik luka tak dalam sangat. Kalau tak, memang banyak la kena jahit.” Ben memandang wajah si gadis yang pucat dan masih terkejut dengan kejadian yang berlaku. Cun jugak budak ni. Mata bundar. Hazel eyes… wow! Hidung pun boleh tahan, sederhana mancung. Bibir pulak mungil dan kecik cam Jang Nara punya. Cuma agak pucat. Camne la si Jason tu boleh langgar budak cute ni. Tak paham aku…
 “Ok… Done!”
Fuhh… lega. Akhirnya! Jojo senang hati. Almaklum la, orang anti-jarum memang cam tu. Dia hanya melihat kepada Dr. Ben yang tengah membuang sarung tangan getah yang dipakai dan juga swob yang digunakan tadi ke dalam tong sampah. Kemudian, dia mencuci tangan dengan sabun sebelum menghilang ke bilik sebelah.
Jojo rasa canggung. Berduaan dengan si apek yang sejak dari tadi tidak kedengaran suaranya. Dah bisu agaknya. Api kemarahan jojo masih belum padam tetapi sedikit berkurang jika nak dibandingkan dengan tadi. Hatinya masih sakit. Maggi ketam dan jus epal entah ke mana, alih-alih dia tercongok dalam klinik ni bahana si apek tu. Geram betul… Perutnya semakin pedih. Gastrik kang susah nanti. Semuanya salah si apek cilakak tu la.
Beberapa minit kemudian, Ben kembali dengan ubat-ubatan di tangannya, diserahkan kepada Jojo. Dia melabuhkan punggung di kerusi. “Ni postan, pain-killer. 2 biji 3 kali sehari. Makan bila you rasa sakit or jika perlu sahaja. Tapi, ubat ni you kena makan sekali dengan Gelusil. Yang ni pulak, cecair pencuci luka. Luka dan calar-calar kat tangan you tu kena dicuci 3 kali sehari to prevent jangkitan kuman.” Terangnya sambil tangannya laju memasukkan sampul-sampul ubat tu ke dalam beg plastik warna putih yang tertera nama dan alamat kliniknya.
Beg plastik itu bertukar tangan. “Thanks, doc. Berapa ringgit ye?” Jojo mengeluarkan pursenya, nak membayar harga ubat dan perkhidmatan Dr. Ben berikan.
Ben hanya tersenyum manis. “It’s okay. You don’t have to pay.” Katanya sambil mata melirik ke Adlisya di depannya.
Ehh..? Percuma ke? Biar betul doctor ni. Hari ni hari rawatan doctor percuma sedunia ke? “Tak boleh macam ni, doc. Saya harus bayar harga ubat ni. Sekali dengan rawatan yang saya dapat tadi.” Kalau free pun apa salahnya… Muahahaha (evil laugh)!!!      
“Takpe la, Cik Adlisya. Jason yang bayar semuanya.”
Ehh..? Aku? Baru aje dia ingin membuka mulut, Ben dah memotong. “Ni tanggungjawab kau. Kau yang bersalah hal ni. Ni kira sikit je daripada dia yang berjahit sana-sini. Tak kira lagi bab sakit-sakit badan.” Diplomasi la sikit… gentleman la kot ye pon! Dengan pompuan kecik ni pun nak berkira ke? Ben hanya bagi isyarat mata menyampaikan kata-katanya kepada Jason.
“Ye la… It’s on me. You had enough, girl. By the way, you’re welcomed.” Ujar Jason setelah setengah jam membisu.
Yeah..! Itu la yang aku nak dengar sebenarnya. Selamat duit aku. Hati Jojo dah melonjak kegembiraan tapi pandai je pompuan ni cover. Ye la, tak kan nak meloncat kat tengah-tengah klinik ni kot! Agak-agak la happy pun. Jojo tersenyum simpul dalam hati.
“Macam tu la. Lagi satu, bukan ubat je yang kau harus bayar. Skuter Cik Adlisya ni pun kau kena settlekan.”
“WHAT..?!!” suara Jason bergema di tengah-tengah klinik. Terkejut kot! “Do I have to?” setakat ubat okey lagi, ni skuter pon bawah aku jugak? Kopak la aku…
“Dude… you’re the one who started it and it’s you who going to end it.”  Nak aje aku ketuk-ketuk kepala Si Jason ni bagi berfikir biar matang sikit. Jatuh saham aku sebagai kawan. Tangan Ben laju menulis sesuatu di memo pad dan menyerahkannya kepada Adlisya.
“Saya dah called mechanic tadi. Diorang pun dah datang ambik you punya skuter masuk bengkel. Bila dah siap, tauke tu akan call saya and I’ll inform you. According to him, you’ll get your skuter back in a week. Kat memo pad tu, alamat bengkel tu. Number phone tauke tu saya sertakan sekali. In case, you wanna call him.” Ben tersenyum. Si Jason tu bukannya tak mampu. Kalau mintak beli skuter baru pun boleh je.
Cantik..! I like!!! Selamat duit aku dalam akaun. Kalau tengokkan kerosakan Speedy tadi, mau dua ke tiga ratus melayang. Tapi, boleh caya ke? Kang tergadai Speedy aku tu, mau nangis aku sebulan. Kesayangan aku tu kot! Kalau jadi apa-apa yang kat Speedy aku tu, memang hangus terbakar la klinik ni aku kerjakan.
“Are you sure, doc?” Jojo ragu-ragu meminta kepastian daripada Dr. Ben. Dari tadi aku tengok si doctor arab ni je yang duk pot-pet-pot-pet itu ini. Si tuan punya badan asyik duk berpeluk tubuh kat hujung sana. Nak tayang body la tu. Ingat hang tu sado ke? Kalau sado pun, ada aku kesah? Puh-lease…  
“No worries, Cik Adlisya. Kalau dia tak nak bayar, saya akan buatkan sampai dia bayar. By hook or by crook.” Mata Ben menjeling ke arah Jason. Memberontak la tu.
“Well, it’s a deal then.”
Ben mengangguk bersetuju. “Deal!” tegasnya. Tapi… “Jason?”
Jason perasan empat pasang mata tengah merenungnya. Isshhh…! “Ye la. Ye la. Deal!”
“Ermm… kalau macam tu, I’m better get going. It’s getting late.” Jojo ingin mengundur diri. Lapar… lapar… dah tahap infiniti punya lapar ni!
“Okey... tapi, you nak balik dengan apa Cik Adlisya? Maksud saya, skuter you dah masuk bengkel. Ke nak suruh Jason tolong hantarkan?” Ben sekali lagi menghulurkan pertolongan.
Err…? “No thanks. I texted my bro. He’ll be here soon.” Nak suruh apek ni hantar aku? Selisih malaikat 44 la, aku tak mau. Buatnya dia jual aku kat Siam, tak ke gila namanya tu? Nauzubillah!!! Papa, mama, tak rela…      
Jojo membuka langkah ke pintu. Sampai situ, pintu dikuak. Dia menoleh ke belakang, memandang Jason.
“Thanks. By the way, I hope you’ll safely home. Tak langgar mana- mana orang dah lepas ni. Kalau you gatal nak langgar sangat, you langgar la pokok ke tiang elektrik ke lembu ke. Ehh… no! Lembu tak boleh. Dia tak boleh nak berhujah like I did to you. Got it? See you soon, apek. Ciao!”
Jojo melangkah keluar meninggalkan Ben yang bagai nak putus nafas ketawa dan Jason yang dah nak keluar laser merah dari matanya menahan marah. Berani betul la, pompuan ni. Siap kau kalau aku jumpa kau lepas ni. Geramnya aku!!!
***
Sebuah kereta Nissan Fairlady putih memasuki perkarangan klinik. Jojo laju aje membuka pintu di sebelah pemandu lalu memasuki kereta itu tanpa berlengah. Kepala masih pening. Badan sengal-sengal dan agak pedih di bahagian luka berjahit di tangannya. Pandangan penuh persoalan daripada angahnya dibuat tak nampak je.
“Gimme something to eat first and I’ll tell you what the damn hell happened!” dingin sekali kata-kata Jojo.
Seribu persoalan yang bermain di minda Syazwan dibiarkan tanpa dijawab walaupun hati bergelojak inginkan satu kebenaran. Mata turun naik, melilau melihatkan pada keadaan adiknya yang agak kusut-masai. Calar di pelipis kiri dan tangan kanan. Tangan kiri pula berjahit. Berjahit? Teruk sangat ke? Bau iodin kuat menusuk hidung. Rasa bersalah menyelubungi diri Syazwan.
“What you wanna eat?” Gear ditukar, pedal minyak ditekan dan Fairlady putih perlahan-lahan keluar daripada perkarangan parkir klinik.
“Something fast and yummy ‘cause I’m grumbling to death right now.” Suara pun keluar cam nak tak nak je. Kepalaku pening. Pening kepalaku. Pening… pening…
“KFC nak?”
Hanya anggukan kepala menjadi jawapan sebelum seat kereta itu direbahkan. Jojo berbaring dengan tangan diletakkan di kepala. Dah tak lalu nak cakap apa… mode nak berhuha-huha dah hilang bersama Si Speedy yang dah selamat masuk workshop.
Binawei punya apek. Harapkan muka je hensem, tapi perangai hempeh! Siap la kalau aku jumpa kau lagi. Memang dogol semua tayar Hummer buruk kau tu. Ahh… pedajal la apek tu. Makin pening kepala aku fikir pasal dia. Fikir pasal ayam KFC lagi bagus. Papa, mama, lapar...
***
“Kenapa sampai jadi macam tu, Ngah?” suara papa jelas kedengaran risau. Terbeliak biji mata Encik Jasman setelah berita kemalangan Jojo sampai di telingannya. Pagi tadi tinggal elok aje. Alih – alih dah berlaku macam ni. Ya Allah, anak aku…
Syazwan hanya kelu lidah tak tahu nak cakap apa. Rasa terkejut dan berdebar masih lagi berbaki dalam dada. “Entah la, pa. Angah tinggal kejap aje. Pergi tengok bola dengan Si Zam dan Megat kat kedai mamak. Tup – tup Jojo mesej suruh ambik dia kat klinik.” Syazwan bersuara lemah.
“Nape Angah… Mama… Mama…” Puan Julia sudah teresak – esak, tak mampu nak meneruskan kata. Kepalanya disandarkan di bahu suaminya. Encik Jasman mengusap belakang badan untuk menenangkan isterinya yang tidak mampu mengawal emosi.
“Maa… Jangan la nangis macam tu ma.” Syazwan bersuara memujuk. Mata terpejam cuba menahan air yang mula bergenang daripada menitis ke pipi. Sebelah tangan diletakkan di kepala yang mula berdenyut. Ya Allah… berdosanya aku sebagai anak membiarkan ibu sendiri mengalirkan air mata kerana kekhilafan diri sendiri.
“Then what should I do Syazwan Ariff? My daughter had been crashed by car! How do you think I could feel?” dingin sekali suara Puan Julia.
Syazwan menelan liur. Bila mama speaking, maknanya mama sangat serious. Dia sedikit tersentap mendengar bahasa mamanya. “Ma… I am sorry. I know this is all my fault.” Dia sedar semua ini terjadi kerana dia. Mama dan papa tinggalkan Jojo bawah jagaannya sementara pulang ke kampung. Tapi, dia tinggalkan pulak adiknya kat rumah sensorang. Allah… bodohnya kau, Syazwan!
“Mama dah pesan banyak kali kan? Jaga Jojo betul – betul. Tengok – tengokkan dia. Mama tak nak perkara macam ni la yang jadi. Kalau peristiwa 13 tahun dulu berulang lagi macam mana?”
Buntang mata Syazwan. “Nauzubillah Mama…! Angah tak sanggup nak hadap lagi kejadian dulu, ma! Angah tahu mama ni semua salah Angah. Angah gagal jaga Jojo. Angah mintak ampun ma… Pa…!”
“Astagfirullah Ju..! Bawak mengucap. Benda dah nak jadi kan. Tak usah la nak saling menuding jari. Jangan awak nak salahkan Angah dalam hal ini. Ni dah memang takdir Allah buat Jojo.” Tegur Encik Jasman apabila melihat isterinya semakin tenggelam dalam emosi. “Jadikan apa yang berlaku ni sebagai iktibar agar semua ni tidak berulang lagi. Kita sepatutnya mohon dengan Allah supaya mintak dijauhkan segala bala bencana.” Isterinya dipeluk kemas. Tangan kiri masih lagi memegang telefon bimbit yang dalam mode pembesar suara.
“Kejadian 13 tahun dulu kita kuburkan. Jangan sesekali sesiapa pun ungkit balik fasala benda tu.” Encik Jasman bersuara tegas. Air liur terasa amat pahit untuk ditelan. “Macam mana keadaan Jojo, Angah?” soalnya lagi.
Syazwan membaringkan badannya di atas sofa. Telefon masih lagi terlekat di telinga kiri. “Okay. Takde serius sangat. Dia cakap doctor kat klinik kata takde apa – apa. Lagipun, Angah bukannya reti sangat bab2 medic ni.” Ujarnya. “Tapi telapak tangannya ada luka berjahit. Ada la jugak calar situ – sini. Lagi, dia cakap kepalanya pening.” Sambungnya.
“Ada patah – patah tak, Ngah?” Puan Julia menyoal lanjut.
“Alhamdulillah takde ma…” Syazwan amat bersyukur hal itu. Buatnye ada patah kaki ke, patah tangan ke memang naya.
Encik Jasman menarik nafas lega. “Takpe la Angah. Kitaorang balik pagi esok. Kalau ada apa – apa, terus call.” Pesannya.
“Angah, check semua pintu dan tingkap. Make sure semua kunci. Mama risau.”
Syazwan memejam mata. Perit terasa mencengkam dada tatkala peristiwa lampau terimbau kembali. Sebak mula menguasai diri. “ Okey, Ma. Assalamualaikum.” Dan… talian terus dimatikan. Air mata terus mengalir.
Sesungguhnya, peristiwa itu amat pahit untuk diterima tapi harus jua ditelan. Kenapa peristiwa itu perlu diungkit kembali? Semakin ingin dilupakan, semakin segar ianya datang menjengah. Peristiwa itu yang mengubah semua. Peristiwa itu telah menelan semua kenangan manis.
Peristiwa itulah yang ingin aku kuburkan!

***

No comments:

Post a Comment