Friday 29 July 2016

Memori Cinta Kita bab 6

memandangkan Jo dah lama xupdate, Jo belanja satu lagi entry novel. MCK bab 6. :)
Mini Cooper S bergerak 120km/h membelah lorong paling kanan lebuhraya. Mata Jojo hanya fokus ke hadapan. Beberapa meter dihadapan, terdapat persimpangan lampu isyarat. Lampu isyarat yang berwarna merah bertukar hijau. Cantiklah! Tepat pada masanya.
“Allah…!”
Pedal minyak makin ditekan. Mini makin laju. Isyarat belok ke kanan diberikan agar pemandu kereta lain peka. Sampai di persimpangan, handbrake ditarik dan stereng dipulas rakus.
 “Allahuakbar…!”
“Ashadu a’la ilaha illallah! Waashhadu Muhammad Rasulullah!”
Puan Julia sudah hilang jantung. Kedua-dua belah tangannya bergayutan memegang pemegang di bahagian atas kereta. Mukanya pucat tak berdarah. Seram dengan cara pemanduan anak ‘perempuannya’. Kat mana la si Jojo ni belajar memandu ni? Tersangat Fast N Furious
Jojo buat tak endah dengan jeritan mamanya. Dibiarkan sahaja mamanya menambahkan pahala dengan berzikir mengigati Allah yang satu. Jarum meter kelajuan tetap pada nombor 120 km/h. Sedang enak memecut, terdapat sebuah kereta Beetle lama warna hijau merangkak dengan amat perlahan.
“Aishhh… Kura-kura ni. Dah tau nak merangkak, duk la lane kiri. Lane kanan ni orang nak pecut.” Tanpa sedar mulut berbunyi menyuarakan isi hatinya. Baru keluar paya gamaknya kura-kura ni. Dah la warna hijau, merangkak pulak. Memang sahihlah kereta kura-kura.
Jojo bagi isyarat lampu. Tapi, kura-kura tu buat tak endah. Menonggek punya sombong kura-kura ni. Aisehmen… aku ke ni yang kena beralah? Mau tergores maruah…
Ahhh… lantak la maruah. Aku tengah kejar masa ni. Jojo beralah. Kaki menekan pedal minyak dan stereng dipusingkan sikit ke kiri. Kereta bergerak memasuki lane sebelah. Mini terus memecut laju sambil menjerit marah. Hon ditekan sekuat hati dengan kepala menoleh memandang si kura-kura kat sebelah. Terlihatlah oleh Jojo kepada sepasang manusia sedang  bertepuk tampar sambil bergelak ketawa dalam kereta tu. Ni dah bukan kura-kura tapi belangkas!
***
Gear ditukar dan handbrake ditarik. Mini dah selamat masuk petak parkir di tempat letak kereta di pasaraya Giant.
“Alhamdulillah… Alhamdulillah…”

Puan Julia mengurut dada lega. Rasa sangat bersyukur kerana selamat sampai tanpa berlaku apa-apa. Bila dah jantung sudah berdegup normal seperti sedia kala, dia menoleh kepada Jojo disebelah yang sibuk matikan radio dan pendingin hawa. Tangan laju aje mengutil lengan anaknya.
Auch… Apa ni, Ma? Sakit la!” Jojo memandang mamanya sambil merungut marah.
“Kamu tu perangai tak semegah. Bawak kereta macam pelesit. Suka sangat buat jantung mama luruh.” Puan Julia mula membebel. Dah tak tau nak buat apa dengan perangai anaknya yang… Allah! Mohon kesabaran. Tarik nafas, hembus… tarik lagi, hembus. Menjadi seorang ibu memang sangat mencabar. Kalau diikutkan bilangan anaknya tak ramai, empat orang sahaja. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Dalam ramai-ramai tu, membesarkan Jojo yang paling menguji iman dan kesabaran. Nakalnya, ya ampun… mengalahkan Si Along dan Si Angah yang lelaki. Dia percaya kepada kebenaran kata-kata ‘menjaga lembu sekandang lebih senang daripada jaga anak perempuan seorang’ kerana dia pernah mengalaminya. Semput…!
Haihhh… Jojo menghela nafas panjang. Tangan menarik cermin mata hitam yang dipakainya, terus diletak dalam laci di dashboard. “Kalau bawak slow nanti, lambat la sampai. Lagipun, tak fun la Mama drive slow-slow ni. Gaya macam nak pergi makan angin aje. Tak rare langsung!”
Nak jatuh terguling Puan Julia mendengar si anak menjawab. Allah… strok haba! Panas! Panas! Better safe than sorry, Jojo oiii! We had sorry before and we didn’t want it happened twice. Ya Allah, have merci on us and please protect us from any harm…
***
Dingin udara dari penghawa dingin menerpa muka tatkala kaki melangkah masuk ke dalam pasaraya Giant. Terasa nyaman sekali apabila dingin itu menghilangkan segala bahang yang memanaskan tubuh. Fenomena El Nino yang melanda Malaysia sekarang betul-betul menguji keimanan umat manusia.
Tanpa sedar, inilah sebenarnya ujian daripada Allah. Tapi, masih ramai lagi yang tidak tahu yang fenomena ini merupakan satu petunjuk kiamat kecil.  Manusia sememangnya masih lagi lalai dan hanyut dalam hal-hal dunia. Ya Allah Ya Rabbi, janganlah aku bersama orang-orang yang lalai. Ameen!
“Ambik troli tu cepat.” Arah Puan Julia kepada Jojo yang begitu statik berdiri menikmati pengdingin hawa.
Ai’ai, Ma’am!” jawab Jojo sambil menarik sebuah troli yang disusun di suatu sudut. Lantas, troli itu ditolak mengekori Mamanya. inilah, rutin aku semenjak menjejakkan kaki ke Tanah Melayu ni.
“Jojo, tolong mama…”
Jojo bersegera membantu Mamanya mengangkat satu beg beras basmathi yang seberat 10kg dan diletakkan dalam troli. Fuhhh…! Akak sado! Jojo terus mengekori Mamanya. Kali ini, mereka memasuki lorong makanan dalam tin.
“Mama… susu pekat manis dah nak habis. Tinggal setin je lagi dalam kabinet dapur kat rumah. Jojo ambik ya, Ma?” soalnya lembut.
Puan Julia mengangkat kepala dari telefon pintarnya, HTC Desire 8 yang mengandungi senarai barang-barang yang hendak dibeli.  “Memang dah tersenarai pun dalam list Mama ni. Ambik la yang tu, yang setengah dozen tu. Ambik sekali dengan susu sejat. Dah habis stok. Susu sejat terakhir dah Mama guna buat pengat pisang semalam.”
Mentol lampu dalam otak Jojo menyala. “Ma…” Jojo merengek cukup enam harkat sambil memandang Mamanya dengan pandangan penuh mengharap.
“Hmmm…” Jawab Puan Julia tanpa mengangkat muka dari membaca label di belakang tin yang mengandungi cendawan butang.
Alang-alang beli susu sejat ni, Cream Caramel Pudding for dinner sounds best, Ma…” Waa… faveret aku sepanjang zaman.
Puan Julia menoleh kepada anak daranya yang tengah tersengeh gaya meminta. “Boleh aje. Semalam pun Papa ada sebut, lama dah tak makan pencuci mulut tu.”
Yes…! Jojo bersorak dalam hati. Badannya mula rasa nak berjoget tapi otaknya sempat menegah. Buat malu aje nanti kat tengah public macam ni.
Ting-tong! Bunyi loceng menandakan mesej Whatsapp masuk. Siapa pulak yang rajin meWhatsapp aku ni? Detik hati Jojo sambil tangannya mengagau poket seluarnya. Iphone 6 putih dikeluarkan. Jarinya berlari di skrin telefon pintar itu.
‘Angah Poyo’ tertera di skrin. Angah? Terus sahaja dia membuka mesej itu.
‘Kat mane 2?’
‘Tesco dgn Mama. Nape?’
Iphone 6 putihnya kembali ke dalam poket seluar setelah dia membalas mesej Syazwan. Jojo cepat-cepat menolak trolinya mengejar mamanya. Laju betul Mama ni, baru seminit aku mengadap phone, dia dah sepelaung berjalan. Berstamina sungguh!
Ting-tong!
‘Bagus. Do me a favour, please?’
‘What?’ Jojo hantar emoticon menyampah.
Please la, Jo… Angah busy ni. Xsempat nak keluar. Jap lg ada meeting dgn pembekal kain dari Jepun.’ Emoticon muka sedih dan menangis.
‘yalah… yalah… nkpe?’
toiletries. Semuanya dh nk habis. Beli : Deodorant nivea for men, shokubutsu shower cream, darlie toothpaste, garnier for men oil control. Guna duit Jojo dulu, nati claim ngan Angah. Btw, ckp kat Ma that I want mee calong for dinner.’
Ceh. Mengada sungguh! But, frankly speaking, mee calong sounds good. Rindu betul dengan Mama punya mee calong. Masa kat Boston dulu, tak merasa la Mama punya mee calong. Pernah juga aku paksa Si Jassie masak, yalah sebab dia je yang pandai masak. Kalau suruh Si Angah atau Along, alamatnya makan senduk kayu la aku. Tapi, Jassie punya mee calong tak sama dengan mama punya. Sedap tu memang sedap, tapi ada something yang kurang. Air tangan ibu!
“Jojo…” laju sahaja kepalanya menoleh kepada suara yang menyeru.
“Buat apa termenung situ, meh sini.” Puan Julia menggamit anak daranya.
Tanpa melengahkan masa, iphone 6 putihnya dikembalikan ke dalam poket seluarnya dan dia terus mengorak langkah mendapatkan Mamanya. “Ma… Angah mintak tolong belikan toiletries untuk dia. Angah kata dia nak makan mee calong malam ni.”
“Mee calong?”
Jojo mengangguk mengiakan.
“Kalau macam tu Mama kena pergi cari ikan la. Kita separate la, Jo. Jimat masa sikit. Jojo pergi cari toiletries untuk Angah. Mama nak pergi kat bahagian basah. Call?”
Call! Mama bawak la troli tu. Barang Angah tak banyak pun. Nanti lepas siap semua, Jojo jumpa Mama kat bahagian basah.” Ujarnya sebelum berjalan menuju lorong bahagian toiletries. Tangannya pula mengagau Iphone 6 dalam poket. Membuka Whatsapp, cari balik senarai yang Syazwan mintak dia beli.
Ni la hakikat orang yang pelupa. Nyanyuk betul aku sekarang ni. Bukannya banyak pun yang Angah suruh beli tadi. Sambil berjalan, sambil membelek Iphone. Kejap2, dia angkat kepala tengok jalan.  Melilau mencari destinasi ditujunya. Pusing punya pusing, tetap tak jumpa. Last, dia pergi tanya kepada pekerja Tesco yang tengah susun barang di bahagian rempah ratus.
“Kak, bahagian toiletries kat mana ya?” sopan Jojo bertanya. Jangan malu bertanya, kalau tidak sesat jalan. Peribahasa kena sangat dengan aku yang sesat kat dalam Tesco ni.
“Hujung sebelah kanan.” Jawab si pekerja Tesco tu tanpa mengangkat muka. Nada suara pun dingin sahaja seperti Grim Reaper. Jojo berlalu pergi. Sombong menonggek. Tau la dia kerja kat Tesco.
Mata kembali kepada skrin Iphone 6. Deodorant Nivea for Men, Shokubutsu Shower Cream, Darlie toothpaste, Garnier for Men Oil Control. Dalam otaknya, asyik diulang empat barangan tu. Oh! Dah nampak dah bahagian toiletries. Oh yeah, berjaya jumpa tanpa guna Waze.
Deodorant Nivea for Men, Shokubutsu Shower Cream, Darlie toothpaste, Garnier for Men Oil Control.” Mulutnya terkumat kamit mengulang barangan tersebut.
Deodorant Nivea for Men, Shokubutsu Shower Cream, Darlie toothpaste, Garnier for Men Oil Control.
Sewaktu otaknya sarat dengan senarai toiletries tersebut, tidak semena-mena dia dilanggar troli membuatkan Iphone 6 putihnya tercampak ke lantai. Betul-betul di sebelah kiri tayar troli. Jojo terkaku. Terkejut. Aku punya… Iphone 6… baru bulan lepas aku beli. Bau kedai lagi tu!
Darah terasa menyirap naik. Badan mengigil menahan marah. Hatinya panas. Mukanya merah. Setan betul! Dia mendongak, ingin melihat binawei buta mana yang langgar dia. Melihat wajah insan di hadapannya membuatkan Jojo bulat mata. Tidak tersangka dia…!  
“You…? Once again?!
 Hampir menjerit suaranya. Jason tak menduga yang dia akan sekali lagi berjumpa dengan Minah Molotov ni. Dalam… keadaan yang serupa. Opps…! I did it again. Apa la bala yang kau bawak ni Jason? Asyik langgar orang aje. Tak dengan Hummer, dengan troli pun jadi lah ya?
One more things, kenapa mesti minah ni? Takde orang lain ke dalam dunia ni. Juga, dalam banyak banyak Tesco, kenapa mesti dia datang Tesco ni juga? Kat KL ni berlambak la supermarket. Suratan atau kebetulan? Minda Jason dipenuhi dengan persoalan persoalan yang tak dapat dirungkaikan. Dia tidak menghiraukan telefonnya yang terjatuh ke lantai dek kerana momentum perlanggaran tadi. Dan… kenapa mesti setiap kali kau tengah balas mesej Whatsapp kau berlanggaran dengan dia? No texting while driving.
Matanya masih terpaku kepada raut wajah gadis di hadapannya. Jelas benar nampak marahnya. Mukanya dah gaya macam Undertaker aku tengok. 
Say sorry la. Satu suara dalam otaknya berbunyi tapi hatinya berbelah bahagi. Mau jatuh ego nanti. Hatinya pula berbisik. Ngek la kau ni, gentleman la sikit. Pompuan tu kot. Tak ke kesian tengok kat dia. Muka gaya cam nak leleh aje.
Baru mulutnya nak bersuara, gadis di depan terus menunduk mengutip Iphone 6 putihnya yang jatuh dan terus berlalu pergi. Akhirnya, Minah Molotov jadi Silenced Vector. Senyap. Sepi. Tapi, pandangan tajam membunuh. Tembus jantung.
Sorry.” Kata-kata itu hanya terluah kepada angin lalu. Jason menghela nafas panjang.  

***

1 comment:

  1. Casino City - Mapyro
    Hotel Map 의정부 출장샵 & Directions to Casino City - Harrah's Cherokee Casino in Cherokee, 충청남도 출장안마 North Carolina 영천 출장안마 Hotel Map & Directions. 김포 출장안마 Casino City 천안 출장안마 - Harrah's Cherokee Casino

    ReplyDelete