Monday 6 July 2015

amore a Margherita Dolce Caffe (cinta di cafe Daisy Kecil)

Hari minggu yang sangat mendamaikan. Semua orang sukakan weekend. Aku pun sama. Tak kira la weekend ke hapa, tapi kalau bunyi je cuti, memang aku bersorak tepuk tangan la. Kalau time tu aku rajin sikit, aku buat joget lambak.

Sepanjang 19 tahun aku hidup, hari ini merupakan weekend yang paling disaster! Mana taknya, sekarang ni dah masuk dua jam aku bertapa dekat National Library ni. Untung ada Reena, kalau tak memang aku tido je dalam ni. Ni semua assignment punya pasal! Habis musnah hari cuti aku. Tau tak, cuti umpama syurga bagi aku. Tak payah bangun awal pagi. Tak payah mandi pepagi (habit yang aku tak suka sebab sejuk kot pepagi).


Malangnya nasib aku, pepagi buta lagi Si Reena dah tercongok depan pintu café (o’course café pun tak bukak lagi). Dia yang pergi kejut aku tido. Minah tu memang aci redah buat macam rumah sendiri je rumah kedai aku tu. Si Reena tu pelepak tegar kat café tu. Kalau satu hari tak nampak muka dia memang tak sah. Untung aje dia dapat makan free!

Asus Zenfone 5 bergetar dalam saku seluar. Gadjet itu sengaja dibiarkan dalam silent mode. Dalam library ni kot, takkan la nak biar je bunyi lagu Ah Yeah cam selalu bila ada call masuk. Tu namanya nanti ada buku melayang hinggap kepala. Tangan diseluk ke dalam saku jeans dan telefon dibawa keluar.
Papa… nama yang tertera di skrin. Nape pulak papa call? Bukannya dia tak tahu aku pergi library dengan Reena.
“Helo…”
“Yvonne kat mana tu?” cemas saje bunyi suara papa. Ada perkara dah berlaku ke?
“Yvonne kat library la dengan Reena. Nape?” dengan blur aku bertanya. Pelik sungguh papa ni.
“Yvonne balik sekarang! Balik ke café Margherita Dolce sekarang!” tegas sekali suara papa di hujung talian.
Aku semakin bingung. “Yvonne akan balik. Tapi kenapa tetiba je, papa?” soalku lagi.
“We’ve a new Barista for Margherita Dolce!”
#####

 Aku tergesa-gesa keluar dari National Library dengan beberapa buku untuk rujukan assignment di tangan. Kaki aku atur dengan langkah yang panjang-panjang agar cepat sampai ke stesen monorel. Tujuan di mindaku hanyalah satu. Tiba di café Margherita Dolce secepat yang boleh. Kalaulah aku mampu terbang, dah lama dah aku gunakan kepak aku macam Maleficient tu.
“Yvonne, slow la wei! Pancit aku.” Si Reena dah termengah-mengah di belakang. Tak mampu nak menyaingi kelajuan aku. Nampak je aku ni petite tapi macam lipas kudung kalau dah mula buka langkah. Hehehe…
Aku menoleh ke belakang memandang Reena dengan kaki tidak berhenti daripada melangkah.
“Aku tak boleh slow sekarang ni. Aku kena cepat ni sebelum Barista baru tu sampai ke café. Kalau tak mampus la aku. Sejak Barista lama berhenti, café papa tak berapa nak untung tau. Hanya bergantung kepada skil memasak masakan Itali papa je nak hidup. Nasib baik tak ling…”
BBUUUKKKK!
Adoiii! Berpinar mata aku. Buku di tangan aku dah selamat mencium lantai. Orang tengah kejar masa ni, ada je hal yang nak dibuat drama. Clumsy betul la kau ni, Yvonne! Aku mula mengutuk diri sendiri. Aku duduk mengambil buku-buku yang jatuh tadi. Dah la buku pinjam, kalau rosak cam na kau nak jawab dengan library nanti? Huwaarghh… papa, nak nangis!
Aku bangun perlahan-lahan dengan buku kembali dalam dakapan. Dalam masa yang sama, mata aku menyoroti seseorang di hadapan. Black midriff. Black slack. White shirt. Black vest. Kemas! Mata aku naik memandang pula ke mukanya. Oh papa, Grim Reaper!

“sorry!” lemah je suara aku. Mana taknya, mata tajam macam nak bunuh aku je. Cuak!
Mukanya sangat dingin. Tanpa perasaan. Bak seorang Assassin! Matanya tepat ke dalam mataku yang mendongak memandang dia yang melangit itu. “jalan tengok depan la, cik adik!” tanpa nada, dia bersuara. Kemudian, berlalu pergi. As simple as that!
Si Reena dah buntang mata melihat Mr. Assassin yang melangkah pergi tu.
“Gila macho! Pedas siot! Air… mana air?”
#####
Akhirnya sampai jugak aku kat café. Dengan nafas yang tercungap-cungap. Gila! Keluar je pintu monorel, aku pecut macam orang marathon kat Olimpik. Kalau Usain Bolt ada sekali, konfem dia ternganga tengok aku lari lagi laju daripada dia. Huhh! Berpeluh ketiak.
Si Reena pun dua kali lima je dengan aku cuma dia ambik masa la sikit nak sampai café ni sebab lari-lari ni bukan bidang dia, aku je yang terlebih lipas kudung. Aku dan Reena menarik kerusi tinggi di kaunter bar. Papa hanya tersengeh melihat kitaorang.
“Uncle… disebabkan perangai anak uncle yang pelik ni… Reena nak mintak ganti rugi… dia buat Reena jadi Asthma, uncle tau! Reena nak Spaghetti Alle Vongole and Iced Macchiato!”
Cis… hampeh punya kawan! Itu jugak yang ada dalam kepala otak dia. Bab makan nombor satu. Setelah segala lelah dan semputku yang macam lembu naik minyak, deru nafasku kembali normal, aku bangun menuju ke bilik persalinan. Aku menyarungkan apron putih ke badan. Maka, bermulalah kerjaku sebagai seorang pelayan di café Margherita Dolce. Rambut yang lurus panjang hingga ke pinggang, aku ikat ponytail agar lebih kemas dan tidak menggangu kerjaku. Setelah semuanya siap dan rapi, aku keluar.
Mataku menangkap Si Reena dah melantak Spaghetti Alle Vongole. Sejenis makanan Itali iaitu spageti yang dimasak dengan kepah dalam sos putih yang mengandungi bawang putih, minyak zaiton dan lada hitam. Minah tu kalau bab makan memang nombor satu.
Aku terus ke kaunter dimana Reena dan papa berada.
“Papa, mana Barista baru yang papa cakap tadi? Takde sampai pun.” Soalku. Mataku melilau di sekeliling café kot ada nampak seseorang macam Barista tapi hampeh, hanya ada beberapa orang pelanggan yang sedang menjamu selera.
“Entah la. Tadi dia cakap dah nak sampai. Mungkin dia sesat kot. Tapi café kita ni bukannya tersorok. Tempat pun strategic. Kejap ya… biar papa keluar ke depan café mana tau dia ada sekitar ni.” Ujar papa sebelum keluar ke depan café.
Reena mengangkat muka dari pinggannya. Garfu ditangan tidak dilepaskan. “Tengok… kan aku dah cakap. Si Barista tu bukannya dah ada kat sini. Buat penat je kau marathon tadi sampai aku pun terikut sama. Cuba kau tengok keadaan aku sekarang, terpaksa aku makan spageti ni sebab nak tambah tenaga. Nasib baik papa kau masak sedap.”
“Membebel la kau! Makan je la.” Aku menolak perlahan bahu Reena. Geram! Suka je sindir aku.
Aku menghirup Iced Macchiato Si Reena. Haus!
“Wei… air aku kot!” marah Reena tapi aku buat tak kesah.
Aku menjeling Reena di sebelah. “Sikit je aku minum. Gila kedekut kau!” sindirku.
“O’course la. Kalau kau nak minum, pergi buat sendiri. Ni aku punya!”
Sedang kitaorang asyik duk berbalah kata, pintu loceng berbunyi menandakan ada orang masuk.
“YVONNE!”
Mendengar suara papa yang kuat dan excited, aku dan Reena menoleh ke belakang.
“Here’s our new Barista.”
Terus saja empat pasang mata melihat lelaki yang berdiri di sebelah papa. Reena sudah bulat mata manakala aku dah ternganga…
“Oh, papa…!”
…Mr. Assasin!
#####

 “Evan!”
“Yv…Yvonne!” huluran tangannya aku sambut. Terasa panas sentuhan tangannya, nampak sangat tangan aku yang sejuk beku. Aku cuba untuk bertentang mata dengan dia tapi tak mampu nak melawan panahan matanya yang tajam. Tertusuk tepat ke dalam hatiku. Kakiku menjadi menggeletar.
Aku dan Reena berdiri bertentangan dengannya yang berdiri disebelah papa.
Aku melihat papa yang sedari tadi tersengih tak lekang di wajahnya. Happy benar mendapat seorang Barista baru. “Evan ni seorang Barista yang sangat professional despite his young age. He’s good at grinding the coffee beans, extracting the coffee, frothing the milk and pourin. Besides, he’s also good in latte art.” Aku hanya diam mendengar penerangan papa.
Tak sangka pula Mr. Assassin ni seorang Barista yang mahir. Mataku terpaku di wajahnya. Matanya hitam dan tajam penuh misteri. Hidungnya mancung. Mulutnya… bibirnya… rambutnya hitam pekat agak kusut tapi sangat stailo. Betul cakap Si Reena, dia sangat macho!
Aku rasakan dunia sekeliling sudah kehilangan bunyi. Aku juga rasakan dunia sekeliling sudah kehilangan manusia. Hanya aku dan dia yang tinggal. Itu yang ada dalam pandanganku. Aku juga tidak faham apa yang terjadi sekarang. Sungguh membingungkan. Tadi aku amat takut terhadapnya tapi dalam dirinya terdapat sesuatu yang membuatkan aku rasa tertarik kepadanya. Pandangan matanya yang penuh misteri seolah-olah memanggilku menerokainya, cuba untuk merungkai segala misteri yang tersimpan. Apa yang sudah terjadi? Kenapa aku rasa begini?
“Yvonne?”
Aku kembali ke dunia nyata saat namaku dipanggil. Aku tercari-cari mereka. Rupa-rupanya mereka sudah berada di kaunter bar. Reena kembali ke tempat di mana dia menikmati spaghetti tadi manakala papa dan Mr. Assassin tu berdiri disebalik kaunter, dihadapan mesin espresso.
Aku melangkah menuju ke arah mereka dan duduk di kerusi tinggi di sebelah Reena. Mataku masih lagi lekat pada Mr. Assassin itu. Sekali lagi situasi aku menjadi seperti tadi, dalam duniaku sendiri di mana hanya aku dan dia yang wujud. Aku memandang tanpa berkelip cara dia menyediakan secawan latte. Dia membancuh latte kedalam cawan terus dari mesinnya.
 
Perlahan-lahan dia menambah cream ke dalam cawan yang mengandungi latte pekat. Setelah itu, dia menggunakan frothing milk untuk membuat latte art yang cantik. Tau-tau je dah sampai secawan depan aku.

Aku memandangnya. Macam tak percaya.
“Rasa!” ujarnya sepatah dengan muka yang tidak berperasaan.
Aku hanya menurut perintah. Rasanya… Oh My God, maha sedap!

#####
Hari demi hari, café Margherita Dolce semakin mendapat perhatian ramai dan keuntungan juga semakin bertambah. Aku juga semakin senang dengan kehadiran Si Mr. Assassin itu. Dia turut tinggal di sini, di sebuah bilik di belakang café yang dilengkapi dengan bilik air. Aku dan papa tinggal di tingkat atas di bilik masing-masing. Sebuah lagi bilik adalah milik Abang Sam yang sekarang ni berada di luar negara, mengambil kursus pastry dan dessert.
Pada mulanya, terdapat ura-ura papa ingin menumpangkan Mr. Assassin itu di bilik Abang Sam tapi memandangkan tuan punya bilik sudah mahu pulang tidak lama lagi, papa membatalkan niat ‘murni’nya itu.
Aku kemain lagi mengurut dada setelah seberapa ketika jantung aku hilang entah kemana mendengar niat ‘murni’ papa tu. takkan la aku, seorang  anak dara yang naïve and petite ni nak tinggal satu tingkat dengan dia. Dah la bilik air di bilik aku tu berkongsi dengan bilik Abang Sam. Memang ngeri la kalau di tinggal dalam bilik Abang Sam tu. So, duduk la dia kat bawah tu.   
Kes aku ni pulak sekarang… Huargghhh! Papa, nak nangis. Dateline assignment aku minggu depan. 3 hari dari sekarang. Banyak lagi yang tak siap lagi ni kot! Stress! Aku dah stuck, habis idea nak susun ayat tulis assignment tu. Sekarang ni dah pukul 1 pagi. Nasib baik esok hari Sabtu. Cuti! Boleh la aku qada tido. Kalau Si Reena tu datang buat kacau, memang aku tendang dia sampai Sungai Gombak.
Aku fed-up! Turun bawah cari kopi lagi bagus. Segarkan mata dan lapangkan otak. Lepas tu sambung tulis. Aku dah janji takmau tido malam ni. Apa nak jadi pun jadi la. Aku tak kesah!
Sampai saja tingkat bawah, aku terpandang lampu di kaunter bar masih lagi terpasang. Papa tak tutup lampu ke? Mentang-mentang la café Margherita Dolce ni maju sekarang tapi takkan la banyak duit sampai boleh nak membazir elektrik bagai.
Dengan baju tidur warna putih dipenuhi gambar biji kopi warna coklat, selipar Domo-kun warna coklat di kaki dan rambut yang diikat ponytail aku menapak menuju ke kaunter bar.
Sejurus itu, terpacul seorang lelaki dengan singlet hitam di kaunter bar itu. Aku terkejut dan sedikit menjerit. Dia menoleh terhadapku.
“Awak buat apa kat sini malam nak ke pagi ni?” laju aje aku menyoal dia.
“Jual pistachio!” tanpa perasaan seperti biasa, dia menjawab.
“Pistachio? Mana? Nak beli boleh? Saya suka makan pistachio!” selamba je aku menjawab sambil mata memandangnya. Kemudian, melilau mencari pistachio. “Takde pun.” luahku.
Dia memandangku pelik. “Kenapa la awak ni blur sangat, Yvonne. Awak sangat naïve. Sepatutnya nama café ni Naïve Margherita, bukannya Margherita Dolce.” Jawabnya.
“Kenapa pulak?” Tanyaku sambil duduk di kerusi tinggi di kaunter bar.
“Sebab awak sangat naïve.” Luahnya.
Naïve? Aku? Betul ke? Aku hanya memandang mukanya. Sangat macho dan sangat kelakian. Perhatian aku semakin tertumpu kepada dirinya. Rambutnya yang hitam dan kusut tapi aku merasakannya stailo. Dia memakai singlet hitam yang mendedahkan bahu dan lengannya yang nampak gagah di mataku. Aku tak nampak dia pakai seluar pendek ke panjang sebab dia berada di sebalik kaunter bar. Tapi, aku perasaan di lehernya ada tergantung rantai bertali hitam dan terdapat dua bentuk cincin di gantung di situ. Dan, aku juga perasaan yang rantai tu selalu bergantung di lehernya, tak pernah dibuang.
Aku tersedar apabila seseorang memetik jarinya di hadapan mataku. Aku bertanya kepadanya melalui pandangan mata. Apa? Dia hanya memandang ke bawah. Oh..! secawan Bicerin dah terhidang depan mata aku. Patut la hidung aku tadi terhidu baunya. Bicerin sejenis minuman campuran kopi dan chocolate yang diletakkan whipped cream diatasnya dan minuman ini berasal dari Turin, Itali.

Rezeki… memang niat aku turun ke café ni nak minum Bicerin. Tup-tup dah ada depan mata tanpa perlu aku order. “Awak ada six-sense ke?” lurus sekali aku bertanya.
“Kenapa?”
“Macam mana awak tahu yang saya nak minum Bicerin?”
Kulihat dia tersenyum. Aku sedikit tergamam. Walaupun senyumnya penuh misteri dan ada gaya macam Assassin, tapi aku rasa senyumannya sangat menawan dan menambat hati. Ya… aku suka! Sukakan senyumannya!
“Saya tahu awak suka minum Bicerin. Sebab selama dua minggu saya di sini, tiap-tiap malam awak order Bicerin. Lagipun, Mr. Lau yang cakap awak sukakannya.” Jawabnya.
“Awak perasan?” Tanyaku setelah beberapa saat diam kerana terkejut mendengar luahannya yang terus sampai ke jantung. Entah kenapa, aku sukakan perasaan yang bertandang ini.
Dia hanya tersenyum tanpa memberi sebarang jawapan. Kenapalah Mr. Assassin ni murah senyuman malam ni. Dah la kelihatan sangat macho dan gagah dalam singlet hitam tu. mata aku hanya menyoroti dia yang menuju ke arah aku dan duduk di kerusi tinggi di sebelahku. Dia menghirup cappuccino kemudiannya menoleh kepadaku.
“Kenapa awak selalu pakai rantai tu?” soalku sambil jari telunjuk menunjuk pada rantai yang tergantung di lehernya. “Girlfriend bagi, eh?”
Mukanya sedikit tegang. Betul-betul macam Mr. Assassin. Eh? Aku salah cakap ke? Aku memandang anak matanya, cuba mencari kebenaran.
Kedengaran dia menghela nafas panjang. Dia memegang rantainya. “Yes… cincin girlfriend saya.” Luahnya perlahan.
Aduh… sakitnya! Pahit rasanya. Penangan dari Bicerin mungkin. Aku sudah tidak mahu menyoalnya.
“Cincin yang saya ambik daripada cinta hati saya as known as mama saya saat dia meninggal dunia 15 tahun dulu. Ni adalah cincin kahwin mama dan papa saya. Mereka meninggal dalam kemalangan jalan raya, kereta diorang bertembung dengan lori ketika dalam perjalanan ingin mengambil saya dari sekolah.”
Aku tergamam…! Sungguh menyedihkan. “saya minta maaf. Saya tak sepatutnya tanya pasal rantai tu tadi.”
“it’s not your fault…! Waktu tu saya berusia 10 tahun dan kejadian itu berlaku di Turin. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Turin. Kesayangan saya dulu mempunyai sebuah café kerana papa saya seorang Barista. Lepas mereka meninggal, café itu diserahkan kepada kawan baik mereka dan saya pula dibawa pulang ke Malaysia oleh datuk saya. Selepas lima tahun, datuk saya meninggal dan tinggal la saya sebatang kara.”
Airmataku mengalir tanpa henti. Sangat tersentuh dengan ceritanya. Rupanya inilah misteri yang terpantul dari matanya. Hidupnya penuh sunyi. Kalau nak dibandingkan dengan hidup aku yang hanya kehilangan seorang ibu, tapi aku masih mempunyai papa dan Abang Sam. Tapi dia…? Sebatang kara! Hidup sorang-sorang selama 10 tahun setelah datuknya meninggal. Huhuhuhu… sedihnya! Sobs… sobs…
Kulihat Evan (tak baik tau panggil Mr. Assassin kepada orang sebatang kara) terkejut, mungkin kerana dia melihat aku menangis. “Kenapa awak menangis?” soalnya pelik.
Tanganku mengesat pelupuk mata. “Kisah hidup awak sedih sangat…” sayu dan perlahan sekali aku menjawab.
Dia tersenyum manis dan sungguh menawan di mataku.
“Awak seorang gadis yang naïve dan jujur sekali tentang perasaan awak, Yvonne… sebab itu saya suka kat awak.”
#####

Hurray..! Hari ni café tutup kerana kami semua pergi menyambut Abang Sam yang pulang dari Italy. Dia belajar di Italian Chef Academy dan mengambil jurusan pastry chef. Sudah hampir dua tahun aku tidak bertemu dengan Abang Sam. Macam nama la agaknya dia sekarang? Masih seperti dahulu ataupun sudah matang?
Kami (aku, papa, Evan dan Reena) menunggu di balai ketibaan. Ya… aku tahu! Si Reena memang kepoh nak datang sekali. Katanya dah lama tak jumpa dengan Abang Sam. Aku si adik ni tak kesah pun, dia pulak yang melebih-lebih.
“Nah…!”
Gelas plastik berisi minuman disuakan oleh Evan di hadapan mukaku. Aku hanya tersenyum tanda terima kasih kepadanya. Aku menyedut. Ermm… Iced Americano! Suka! Semenjak kejadian luahan perasaan dan aku menangis di depannya (malu), hubungan aku dan dia semakin erat.
Dia tidak seperti yang aku sangkakan. Mungkin dia seorang yang tidak berperasaan dan muka tidak bereaksi serta pandangan mata yang tajam, tapi setelah aku mengenalinya dia seorang yang mengambil berat dan mesra. Dia juga sering tersenyum tatkala melihatku sekarang ini. Mungkin dek kerana dia hidup sebatang kara dalam tempoh masa yang lama, perwatakannya menjadi seperti Mr. Assassin. Mungkin untuk keselamatan dirinya. Banyak sangat ‘mungkin’ dalam otakku bila berfikir tentang Evan. Hehehe…
“Lambat lagi ke Abang Sam ni, papa?” keluhku sambil merenung jam di tangan.
“Tu…” papa menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang berjalan keluar sambil menolak troli dan menuju kepada kami di balai ketibaan. Dia tersenyum lebar.
Aku terus menerpa ke arahnya dan memeluknya erat! Dia pun berbuat sedemikian. Ya Tuhan, lamanya tak jumpa. Kemudian, dia memeluk papa dan bersalaman dengan Reena dan mengatakan yang minah tu dah besar dan semakin cantik.
Abang Sam terpandang kepada Evan yang berdiri sebelah papa. Isyarat matanya bertanya kepada papa.
Dengan sengih melebar dan menepuk bahu Evan, papa berkata…
“Bakal menantu papa…!”
#####
 Perkembangan café Margherita Dolce semakin baik dan bertambah maju. Lebih-lebih lagi sejak kepulangan Abang Sam, café ni mempunyai seorang pastry chef. Ini membuatkan menu di café ini bertambah kerana Abang Sam bertindak menyediakan pastry dan dessert sebagai hidangan sampingan yang boleh dimakan dengan pelbagai minuman  yang berasaskan espresso di café ini. Terdapat juga pelanggan yang tidak mahu memakan pasta kerana ianya makanan berat.
Pada kebiasaannya, ramai pelanggan datang ke café ini untuk menikmati masakan Itali pada waktu tengah hari dan malam. Hidangan pastry Abang Sam pula tertumpu pada waktu rehat antaranya 10 pagi dan 4 petang. Pastry dan dessert lebih terkenal di kalangan pelajar sekolah dan ramai juga pelajar dari sekolah aku yang singgah makan di sini. Terima kasih kepada Reena yang jadi tukang promote.
Hidup aku berjalan seperti biasa. Pagi,pergi sekolah. Balik sekolah, tolong papa di café dan selalunya aku ulang kaji bersama Reena di café. Reena lagi la suka sebab papa selalunya bagi dia makan free dek dia study sekali dengan anak dia ni. Heh!
Hal aku dan Evan pula semakin banyak kemajuan. Aku sangat suka…! Suatu petang…
Aku tengah asyik ulang kaji di satu sudut di dalam café. Berseorangan kerana Reena baru je melangkah pulang. Aku saja je nak sambung study sikit je lagi sementara mood study aku tengah membara. Kedengaran kerusi dihadapanku ditarik. Aku menangkat muka.
Evan berteleku di meja. Penat agaknya. Dia sangat workaholic, katanya demi menjadi seorang Barista terkenal dunia.
“Reena mana?” Tanyanya setelah beberapa lama berteleku.
Aku mengangkat muka dari esei Pengajian Am. “Dia dah balik tadi.” Jawabku sambil mengurut belakang leher dan pelipis bagi menghilangkan lenguh kerana asyik mengahadap kerja.
“Penat ke?” dia merenungku.
Aku hanya mengangguk sambil memejam mata. Sikit je lagi nak siap. Bertahan, Yvonne. Bertahan! Pantang datuk nenek moyang aku orang yang menyerah sebelum bertanding. Cliché…! Setelah beberapa seketika bertafakur merehatkan mata, dengan mata yang masih terpejam, aku bersuara… “Awak…”
“Hmmm…?”
“Saya nak secawan latte boleh tak?”
“Yvonne…” serunya.
“Hmmm…?”
Buka mata dan aku akur. Aku lihat…

Speechless…!
“Amore a Margherita Dolce Caffé…!”
Aku tersenyum mengenangkan hal itu. Sudah 4 bulan dia kerja di sini. Aku menjeling jam di dinding. Pukul 11 malam. Aku dah tak hadap nak tengok buku-buku ni semua…! Fed-up!
Turun mengadu dekat Evan pun best jugak. Mintak dia buat Bicerin takpun hot chocolate pun terangkat! Hehehe…
Aku melangkah turun tangga. Belum kakiku menyentuh anak tangga yang terakhir. Aku terdengar suara orang berbicara. Aku tersenyum simpul. Evan…! Tapi senyumanku mati serta merta tatkala telingaku terdengar…
“Abang Sam, saya rasa saya nak berhenti…”
Aku terpana dan terkaku. Apa yang dikatakan olehnya sudah tidak kuhiraukan. Berhenti? Air mata perlahan-lahan menuruni pipi dan seleraku yang berkehendakkan Bicerin sudah lumpuh.
#####
Sudah seminggu aku cuba mengelakkan diri dari Evan. Aku sengaja pulang lewat petang dari sekolah. Aku hanya ulang kaji di sekolah dan bukannya di café seperti biasa. Setelah pulang, aku hanya berkurung di bilik. Alasan aku, study untuk exam yang semakin hampir. Walhal, exam masih masih lambat lagi. Aku juga sering menangis. Kesedihan bila memikirkan Evan akan meninggalkan aku. Aku ingin mengetahui sebabnya tapi aku takut nanti aku juga yang kecewa nanti.
Hari isnin, café ditutup. Aku pulang dari sekolah tapi aku tidak pulang ke café. Sebaliknya aku merayau-rayau di taman. Nak ulang kaji, aku tiada mood. Sudah seminggu aku berlalu sejak aku mendengar perbualan Evan dan Abang Sam. Kesedihan aku masih lagi tidak hilang.
Aku duduk di sebuah bangku di bawah sepohon pokok rendang. Suasana di sini sangat tenang dan nyaman. Hatiku masih berbelah-bagi. Hatiku rindu pada Evan tapi otakku melarang aku daripada berjumpanya. Masuk hari ini, sudah seminggu aku tidak merasa air tangannya. Aku sudah kempunan tapi aku jugak tidak mengetahui kenapa aku harus bertindak sedemikian.
Bodohkah aku? Ya… Gilakah aku? Ya… aku gilakan Evan! Matikah aku? Ya… jika dia berjauhan denganku. Tapi, aku takut…
“Sampai bila awak nak lari dari saya?”
Aku terkejut dan bangun berdiri. Aku melihat Evan sedang berdiri di belakang bangku yang aku duduki tadi. Aku rindu dia…!
“Apa salah saya?”
Soalan darinya aku tidak mampu jawab, hanya boleh diam sahaja.
“Kenapa?” soalnya dalam nada tegas. Aku terkejut.

“Saya sedih sebab awak dah nak pergi. Awak nak berhenti dari Margherita Dolce. Awak nak tinggalkan saya. Macam mana saya nak hadapi perkara ni sedangkan saya cintakan awak… Saya cintakan awak, Evan! Saya tak sanggup nak berjauhan dengan awak.” Luahku dengan penuh sayu. Air mata sudah bergenangan dan menunggu masa nak menitis.
“Kenapa awak naïve sangat, Yvonne?” soalnya lagi. “Siapa cakap yang saya nak pergi? Siapa cakap yang saya nak berhenti dan tinggalkan awak?” sambungnya.
Airmataku sudah tumpah. Aku tidak hirau nak lapkannya. Hanya membiarkannya begitu, menuruni pipiku mengikut hukum gravity.“suatu malam minggu lepas saya ada dengar awak cakap dengan Abang Sam yang awak nak berhenti.” Aku cuba pertahankan hujah aku.


Dia merenungku tajam. Dia kembali bertukar menjadi Mr. Assassin. “Sebab itulah saya kata awak naïve. Awak tak tahu cerita sebenar, Yvonne! You jump into your own conclusion without bother to ask me!!!” marahnya.
“Habis tu apa cerita sebenar? Now, I’m asking you…!” tegasku.
Dia menghela nafas panjang… “Saya cuma mintak pendapat Abang Sam adakah saya ni sudah diiktiraf sebagai Barista professional. Layak ke saya nak ambik dan uruskan café mama dan papa saya di Turin? Saya hanya mintak pendapat dia. Memang saya akan pergi menuntut hak saya di Turin suatu hari nanti dan saya pastikan yang saya bawak awak bersama sebab SAYA CINTAKAN AWAK, YVONNE!” dia berteriak…!
Mendengar luahan hatinya yang sangat tulus itu, terus saja aku berlari menuju ke dakapannya. Aku berasa sangat bersalah. Aku sudah salah sangka.

“I’m sorry that I doubt you. I love you too, Evan!”
#####
Beberapa bulan kemudian…
Aku duduk di kaunter bar. Muka Evan aku tatap dengan penuh rasa.
“Awak…” seruku.
“Hmmm…?”
“Saya nak secawan latte boleh” aku senyum.
“wait aa…”
Setelah beberapa minit, terhidanglah secawan latte yang dipesan. Melihatkan latte itu, buntang mataku dan rahangku terjatuh. Aku terkejut melihat…

#####
Enam bulan kemudian…
Hidupku sudah lengkap dan bahagia. Aku sangat bersyukur. aku sekarang tinggal di Turin, Italy kerana mengikut suamiku yang mempunyai sebuah café di Turin. Aku sekarang sedang menjalani kursus bahasa Itali di samping membantu Evan di café. Dia sebagaimana dahulu, seorang Barista. Cuma status dirinya sahaja yang berubah, seorang suami kepada Yvonne Lau yang sekarang berubah menjadi Yvonne Cho! (malu) Hahaha…
Aku juga belajar menjadi seorang Barista daripada Evan. Kelas percuma dan boleh juga bermesra, dua dalam satu, sangat menguntungkan. Ya… aku dah tak berapa naïve dah sekarang. Salahkan Si Evan tu yang ajar aku perkara pelik-pelik. (kutuk suami sendiri).
“Lao kong.” Seruku.
“Wei she ma, lao po?”
“Nak latte tak?” Tanyaku dan dia hanya mengangguk setuju.
Beberapa minit kemudian, aku menghidangkan secawan latte kepadanya yang sedang berehat di beranda tingkat atas café. Melihat latte itu, dia tergamam dan terkejut. Terus sahaja dia meluru memelukku kerana…

 


THE END