Jojo memberhentikan skuternya di
persimpangan lampu isyarat apabila lampu bertukar merah. Lampu ni pun, time aku
nak lalu la dia bertukar merah. Jojo merungut. Mana taknya, perutnya dah
menyanyi lagu rock. Aku langgar karang, kena saman ngan sarjan misai naya aku.
So, behave. Jadilah pemandu berhemah. Pemandu ? aku naik skuter la. Jadilah
penunggang berhemah. Macam dalam iklan kat tv, merah tanda berhenti.
Hehehehe!!!
Dari sini, Jojo boleh nampak kedai
makan kat depan sana. Hanya kena tunggu lampu hijau je. Kepalanya mula
membayangkan maggi ketam yang sedap dengan ketam saiz besar dan terbaik dari
laut. Bukan terbaik dari ladang ye, harap maklum sebab kat ladang mana ada
ketam. Tak gitu? Hehehehe!!!
Lepas pergi kedai makan ni , nak
singgah kedai tujuh sebelas kejap. Stok cadburry, toblerone dan hershey’s
kisses aku kat dalam fridge tu dah tinggal lima peratus je lagi. Jojo mula
merancang agenda kat dalam kepalanya. For your information, kedai tujuh sebelas
tu adalah kedai 7 – eleven. Kitaorang memang sejak dulu lagi panggil kedai
franchaise tu sebagai kedai tujuh sebelas.
Bunyi brek yang membinggitkan
telinga dari arah belakangnya membuatkan dia tersentak ke alam nyata dan
menghilangkan gambaran kedai tujuh sebelas kesayangannya dari minda. Belum
sempat Jojo menoleh ke belakang untuk melihat apa yang berlaku, tubuhnya terasa
ringan melayang sebelum jatuh macam nangka busuk atas jalan raya.
“ADDOOOIIII!!!!!”
Jojo menyerigai kesakitan. Binawei!
Setan mana yang langgar aku ni. Cis!!! Dia dah menyumpah dalam hati.
Dalam keadaan terbaring tu, Jojo
nampak Hummer hitam tak jauh darinya. Mesti benda tu yang langgar dia tadi.
Kena langgar dengan Hummer siot, wow!! Di hadapan Hummer bodoh tu, terdapat
skuter warna white pearl tersadai elok je atas jalan dengan bahagian belakang
skuter sedikit kemek dan lampu brek belakang pecah.
Oh! No… no… not my scooter. Jojo mula rasa nak menangis tapi cepat cepat dia kawal memandangkan bukan dia yang bersalah. Damn! Jojo mula menyinga.
Oh! No… no… not my scooter. Jojo mula rasa nak menangis tapi cepat cepat dia kawal memandangkan bukan dia yang bersalah. Damn! Jojo mula menyinga.
Sakitnya badan aku. Makhluk mana
yang langgar ni? Aku dah tak sabar nak berunding dengan dia. Jojo menggagahkan
diri untuk bangun dan dalam susah payah dia nak berdiri, Jojo ternampak driver
Hummer tu keluar dari kenderaan tu. Muka driver tu Nampak macam cuak sikit.
Siap kau! You’ll dead, demon!
“Err… Cik. Saya tak sengaja, cik.
Saya mintak maaf cik. Cik okey ke?” Tanya Jason pada Jojo yang muka macam singa
nak beranak. Mampus la kau Jason. Kerajaan dah pesan, ‘no texting while
driving’. Haa… Sekarang kau tengok apa dah jadi. Entah anak sapa yang kau
langgar ni. Jason mengutuk diri sendiri.
Ngilu lubang telinga Jojo mendengar
ayat drama swasta Jason. Kalau orang accident je mesti tanya okey ke tak.
Mestilah tak okey. Bodoh betul! Aku ni nampak macam okey ke? sengal satu badan
ni okey ke? Huhh!!! Meluat aku.
“Kau ni buta ke? kau tak nampak ke
aku static kat sini tunggu lampu isyarat ni? Setan betul kau ni.” Tanpa
membuang masa, Jojo terus melaser.
“Saya mintak maaf, cik. Saya tahu ni
semua salah saya. Saya betul – betul tak sengaja cik. Saya tadi sebenarnya…..”
belum sempat Jason menghabiskan bicara, Jojo terlebih dahulu memotong
percakapannya.
“Hei apek, I didn’t ask you sengaja
ke tak. Why on earth you hit me? Are you drunk? Ke kau ada masalah penglihatan?
Buta warna? Who knows? Kot kau nampak lampu isyarat merah tu warna hijau sebab
tu kau jalan sampaikan aku ni jadi mangsa kau. Kot ye pun buta warna, kenapa
aku jugak yang kau langgar? Langgar la tiang elektrik ke pokok ke, takde la aku
cedera jiwa raga cenggini!!!!” turun naik dada Jojo menahan marah.
Jason bungkam seketika. Dia panggil
aku apek? Drunk? DRUNK?!! What the hell is wrong with this cik kak sengal? Apa
muka aku ni muka orang kaki teguk tequila ke? Oh my dear lady, don’t you know
that you’re a way out of line. Aku minta maaf elok – elok sesenang je dia kata
aku mabuk. Jason mula naik angin. “That’s an insulted! I told ya that I mean no
harm. Hei cik kak sengal, kau dengar sini. Apa kau ingat aku ni takde kerja ke
nak buat selain daripada langgar kau hah? Kau ingat langgar orang ni best ke,
silap – silap kena jail tau tak?”
Jojo terpaku. Cik kak sengal? SENGAL?!! Makin menyirap
darah Jojo apabila digelar sebegitu. “Amboi cik abang, banyak hensem muka kau panggil
aku sengal. Kau tu yang sengal. Memang bagus sangat la kau yang sengal ni masuk
jail. At least, takde la buat sakit mata menyemak kat sini!!!” suaranya naik
satu oktaf lagi.
“Oh my dear, you better don’t…..” belum sempat Jason
menghabiskan kata, seoarang lelaki dating menghampiri mereka berdua. Jason
tersenyum. Nangis la kau lepas ni, pompuan.
“What happened, Jason?”
Jason baru je nak membuka mulut Jojo terlebih dahulu memintas. “Can’t you see what’s happening here? I’m sure enough you didn’t have problem with your eyes, dude.” Ujarnya. Jojo memandang tajam lelaki yang datang menyibuk tu.
Ben hanya ternganga. Boleh tahan cik kak ni melaser. Belum sempat aku perkenalkan diri, dah kena sembur. Sabar je la.
“Aku terlanggar minah ni tadi. Aku dah mintak maaf
tapi kena sembur dengan ‘Molotov’, dawg!”
Ben menggangukkan kepala tanda memahami maksud
‘Molotov’ yang Jason cakapkan sebab dia pun kena jugak sedikit sebanyak. “How…”
dia ingin bertanya sesuatu tetapi Jojo terus memotong. Potong cakap orang je dia
ni.
“Senang la kau cakap sebab kau yang
melanggar tak rasa apa –apa. Aku yang kena langgar ni la yang sakit sana –
sini. Cuba kau tengok apa dah jadi dengan skuter aku tu? Dah kemek kena rempuh
dengan Hummer buruk kau tu.” Jojo menempelak. Sengaja mencurah minyak tanah
kepada Jason yang tengah terbakar .
Jason yang mendengar makin mendidih
darahnya . Ben yang berdiri ditepinya dilihat sedang menahan tawa. Ada kawan
pun bukannya nak back – up aku. Ingat datang tadi nak tolong apa yang patut
tapi hampeh. “Hummer buruk kau cakap? That Hummer is half a million tau.” Ujar
Jason dengan nada riak. “Aku tau kau sebenarnya jealous kan? Yelah, naik skuter
hampeh aje.”dia tersenyum sinis.
“Jealous? Puh – lease la! Setakat
Hummer buruk yang kau cakap harga half a million cenggitu, aku boleh beli cash
la. Rumah aku ada la Enzo yang harga over a million tapi aku ni takde la riak
macam kau ni. Entah – entah Hummer ni kau pinjam anak tauke punya.” Giliran
Jojo pula menarik senyum sinis siap dengan pakej buat kening double – jerk for
that jerk lagi. Ahaks!
“Hei sengal, you don’t mess with me.
You don’t know yet who am i.” Jason tak mau kalah.
“Kalau kau nak cakap kau anak
menteri pun aku tak kesah la. You don’t know who am I either. So, jangan nak
berlagak la. Kau dengar baik – baik ya, kalau kau datang sini setakat nak
tunjuk kerek, blah la wei!”
Baik punya komen. Ben mengomel sendirian.
“Kau cabar aku ke minah?”
Baik punya komen. Ben mengomel sendirian.
“Kau cabar aku ke minah?”
“We’ll see then.”
“Fine!! You leave me no choice. What
you wanna….”
“ENOUGH!!!” Ben berteriak kerana
sudah mula hilang sabar. Mukanya tegang dan serius. Muka Jason dan Jojo
dipandang silih berganti. “If both of you duk bertekak macam ni, sampai besok
pun tak habis. Cik, my name is Syed Benjamin and I’m a medical doc. Now, I’m
begging both of you to stop these children – like argument and let settle this
in peace. Miss, could you please follow me to my clinic over there? You need a
medical treatment A.S.A.P ‘cause you look terrible.” Dia mengalih pandangan
kepada Jason. “Dude, I wanna you to uh, clean this mess. Bring her scooter to
my clinic. I wanna call a mechanic. By the way, move your Hummer aside. You
cause a traffic jam here. Let settle this before cops arrive and you’ll know
it.” Terang Ben. Jason dan Jojo hanya memandangnya dengan mulut sedikit
ternganga.
Jojo melihat dirinya apabila Ben
mengatakan dia terrible, baru dia perasan yang memang dia terrible. Tangannya
tercalar. Dahinya luka dan berdarah. Aisehmen… Patut la rasa pening. Nasib baik
helmetnya tak pecah. Kalau tak, entah apa la yang jadi. Dia rasa bersyukur
sangat yang dia tidak parah dan dia akur dengan keputusan Ben. I really need a
treatment.
Jason sedikit tersentak dengan
kenyataan Ben dan ingin membantah tetapi bila difikirkan dia yang bersalah
dalam hal ni dan tidak mahu kes berpanjangan, dia akur saja.
“Shall we?”
Jojo memulakan langkah dengan terhincut-hincut sambil dibantu Ben ke arah kliniknya.