Saturday 30 July 2016

Aq sayang Mek

Aq berdiri kaku di depan dewan bedah. Mataku hanya merenung kosong pintu dewan bedah yang tertutup kemas. Aq berdiri agak lama sehinggakan kakiku terasa lenguh. Lantas, aq duduk di sebuah kerusi yang berderetan di depan dewan bedah ini.

Aku hanya menunggu dan setia menunggu kerana tiada apa yang aq boleh lakukan sekarang selain daripada menanti. Hatiku tidak putus-putus berdoa dan berzikir kepada dia yang sedang di bedah.

Dia adalah Mek aq. Mek adalah panggilan kepada seorang ibu dalam dialek Kelantan. Mek bukanlah ibu kandungku tapi aq sayangkannya umpama ibu sendiri. Sedang aq duduk sendiri, segala memori lama terbayang di minda.

Kecil dulu, aq tidak ingat sejak dari umur berapa aq berada dalam jagaan dan asuhan Mek. Sama ada aq masih lagi bayi atau peringkat umur awal bertatih aku sendiri tidak tahu, tapi apa yang pasti sewaktu aq berumur 2 tahun, aq sudah kenal Mek.

Ming (ibu kandungku) seorang jururawat. Oleh sebab itu,  Ming sangat sibuk. Mungkin kerana dia adalah satu2nya jururawat bidan yang berada di Klinik Desa Perupok. Ya, klinik itu merupakan rumahku. Di situlah aq membesar bersama adik-beradikku yang seramai 6 orang.

RBK, rumah bantuan kerajaan atau Pa lebih suka panggil rumah buruk kerajaan. *gelak*
Rumah itu rumah papan yang bersambungan dengan klinik tempat ming berkerja. Setiap hari, aq & adik beradik selalu aje mendengar suara tangisan bayi akibat disuntik oleh Ming. Nanti lah, dalan entry yang lain aq menceritakan pasal Rumah Buruk Kerajaan tu.

Sambung cerita pasal Mek, oleh sebab Ming seorang ibu yang berkerja, Ming mengaji Mek untuk mengasuhku pada siang hari Ming bekerja. Pada petang, Long, Ngah & Kak Yo yang pulang dari sekolah boleh tengok2 kan aq. Pukul 5 petang, Pa akan pulang dari kerja.

Pada dasarnya, Ming bekerja umpama jururawat2 yang lain tapi hakikatnya, Ming bekerja 24/7. Tengah2 malam pun ada orang kampung datang mengatakan ada isteri mereka mahu bersalin. Maka, korbanlah waktu tidurnya.

Jadi, masa aq bersama Ming tidak banyak dan tidak mampu nak bermanja-manja dengan Ming. Mek lah menjadi tempat untuk aq bermanja dan bergurau-senda.

Setiap hari, aq berlari ke rumah Mek yang selang sebuah rumah dari klinik. Dalam keadaan yang riang, aq terkinjal-kinjal dan kadang kala melompat-lompat menuju ke rumah Mek. Sampai aje di pintu dapurnya, aq dengan sepenuh hati menjerit,

"MEK...!!!"

Selalunya Mek terkejut dan membebel kepadaku.

"Datang rumah orang lain kali bagi salam. Kita orang Islam. Tak elok anak dara terpekik terlolong. Nati takde orang nak buat menantu baru tau..."

Sambil tersengeh, aq menjawab. "Baguslah. Lagipun Uni taknak kahwin. Uni nak duduk dgn Mek aje."

Mek hanya mengukir senyum padaku.

Masaku hari2 banyak dihabiskan di rumah Mek. Bermain dengan anak-anak jiran yang lebih kurang bayaku. Makan dan mandi pun di situ juga. Sampai la salah sorang dari abangku datang untuk membawaku pulang.

"Uni, Pa suruh balik rumah." Ayat ni lah aq paling benci dengar.

Mek merupakan balu anak 6. Ayah meninggal akibat sakit jantung. Waktu tu aq tak lahir lagi, jadi aq tak pernah kenal Ayah. Hanya melihat wajahnya di dalam album gambar. Untuk menyara anak-anaknya, Mek melakukan pelbagai kerja antaranya membuat menginang untuk dijual.

Menginang tu sejenis jajan macam keropok ikan yang dibuat dari beras pulut. Beras pulut tu dikukus menjadi pulut dan dibentukkan jadi bulat dan rata macam duit syiling. Kemudian, pulut itu dijemur  sehingga kering. Setelah petang atau betul2 kering dan keras, Mek angkat dari jemuran dan bungkus untuk jualan. Mek selalu goreng menginang dalam minyak panas dan simpan dalam balang plastik untuk aq makan.

Sewaktu aq sekolah PASTI dan juga Pra-sekolah, aku selalu pesan kat Mek, "simpankan sikit pulut kukus manis untuk Uni. Nanti Uni balik sekolah Uni nak makan."

Aq suka makan pulut kukus manis tu sebab warna nya cantik. Ada hari warna merah, esoknya warna kuning, lusanya jingga tapi ade saja hari putih kosong tanpa pewarna. Aq makan saja.

Balik sekolah, selalunya Ming jemput dengan motorsikal. Ming pakai uniform misi warna putih terkial-kial bawak motor. Sampai aje di rumah, letak beg terus aje aq pecut pergi rumah mek tanpa tukar baju sekolah. Kalau aq rajin, aku tukar la. Biasanya, aq tak rajin. *gelak*

Petang hari selepas Asar, Mek selalunya pergi ke rumah jiran takpun ke rumah kakaknya di hilir kampung. Aq sibuk nak mengekor sama. Maka, berjalan lah aq dan Mek dalam kampung. Walaupun lenguh dan penat berjalan kaki namun aku suka hati aje. Sebab aku boleh tengok lembu, tengok padang rumput mahupun padang orang tanam tembakau.

Sewaktu jalan di depan tangga rumah orang, Mek selalu bertegur sapa dengan orang kampung. Apabila ada yang bertanya,

"Kak Sah bawak anak sapa tu?"

Belum sempat Mek jawab, aq terlebih dulu memotong, "Ni anak bongsu Mek la."

Bingung semua orang kampung dengar jawapanku. *gelak*

Mek hanya tersenyum sebelum menerangkan, "Ni anak Kak Mah Misi yang kita mengasuh."

Begitulah kehidupanku sehinggalah aq berumur 12 tahun. Rumah buruk kerajaan nak dirobohkan dan digantikan dengan rumah baru kerajaan. Aq sekeluarga berpindah ke kampung sebelah. Walaupun masih berada dekat dengan rumah Mek, tapi tidaklah sedekat yang aq boleh lari2 ke rumah Mek seperti biasa.

Semakin meningkat usiaku, semakin jauh aq darinya. Demi secebis ilmu, aq harus merantau dan neninggalkan keluarga di kampung halaman termasuk juga Mek.

Namun, aq sering bertanya khabar Mek kerana itu merupakan tanggungjawabku sebagai seorang anak. Walaupun tiada apa-apa ikatan tapi dia menjagaku umpama anaknya sendiri.

Kak Yo selalu menasihatiku, "Kau kena ingat, Ning. Esok-esok kau besar kau dah ada kerjaya, kau kena ingat kat Mek. Kena bagi duit kat dia. Jaga dia kalau dia sakit. Cuci berak kencing dia. Mek tu ibarat mak kandung kau sendiri. Waktu kau kecik dulu, Mek yang jaga kau. Dukung kau walaupun berat nak patah pinggang dia. Belikan apa aje yang kau nak. Kau nak mainan, Mek belikan. Kau nak baju, Mek belikan. Kau kena jaga Mek sama macam kau jaga Ming..."

Nasihat itu selalu aq semat dalam hati. Kalau Ming tanggungjawab aku maka Mek pun sama. Tiada apa yang membezakan antara duanya. Mereka sama membesarkan aq menjadi seorang manusia.

Maka, Alhamdulillah hari ini di sinilah aku, depan Dewan Bedah Fairuz HRPZ II. Setia menanti Mek disorong keluar. Jika tadi aq yang sorong Mek masuk ke Dewan Bedah maka keluarpun haruslah aq sorong. Moga2 pembedahan Mek berjalan lancar.

Sekian nukilan,
Nurul Husni Mohd Nari
(JoJoAnne Rant)
Depan pintu Dewan Bedah Fairuz, HRPZ II, Kota Bharu

Friday 29 July 2016

Memori Cinta Kita bab 6

memandangkan Jo dah lama xupdate, Jo belanja satu lagi entry novel. MCK bab 6. :)
Mini Cooper S bergerak 120km/h membelah lorong paling kanan lebuhraya. Mata Jojo hanya fokus ke hadapan. Beberapa meter dihadapan, terdapat persimpangan lampu isyarat. Lampu isyarat yang berwarna merah bertukar hijau. Cantiklah! Tepat pada masanya.
“Allah…!”
Pedal minyak makin ditekan. Mini makin laju. Isyarat belok ke kanan diberikan agar pemandu kereta lain peka. Sampai di persimpangan, handbrake ditarik dan stereng dipulas rakus.
 “Allahuakbar…!”
“Ashadu a’la ilaha illallah! Waashhadu Muhammad Rasulullah!”
Puan Julia sudah hilang jantung. Kedua-dua belah tangannya bergayutan memegang pemegang di bahagian atas kereta. Mukanya pucat tak berdarah. Seram dengan cara pemanduan anak ‘perempuannya’. Kat mana la si Jojo ni belajar memandu ni? Tersangat Fast N Furious
Jojo buat tak endah dengan jeritan mamanya. Dibiarkan sahaja mamanya menambahkan pahala dengan berzikir mengigati Allah yang satu. Jarum meter kelajuan tetap pada nombor 120 km/h. Sedang enak memecut, terdapat sebuah kereta Beetle lama warna hijau merangkak dengan amat perlahan.
“Aishhh… Kura-kura ni. Dah tau nak merangkak, duk la lane kiri. Lane kanan ni orang nak pecut.” Tanpa sedar mulut berbunyi menyuarakan isi hatinya. Baru keluar paya gamaknya kura-kura ni. Dah la warna hijau, merangkak pulak. Memang sahihlah kereta kura-kura.
Jojo bagi isyarat lampu. Tapi, kura-kura tu buat tak endah. Menonggek punya sombong kura-kura ni. Aisehmen… aku ke ni yang kena beralah? Mau tergores maruah…
Ahhh… lantak la maruah. Aku tengah kejar masa ni. Jojo beralah. Kaki menekan pedal minyak dan stereng dipusingkan sikit ke kiri. Kereta bergerak memasuki lane sebelah. Mini terus memecut laju sambil menjerit marah. Hon ditekan sekuat hati dengan kepala menoleh memandang si kura-kura kat sebelah. Terlihatlah oleh Jojo kepada sepasang manusia sedang  bertepuk tampar sambil bergelak ketawa dalam kereta tu. Ni dah bukan kura-kura tapi belangkas!
***
Gear ditukar dan handbrake ditarik. Mini dah selamat masuk petak parkir di tempat letak kereta di pasaraya Giant.
“Alhamdulillah… Alhamdulillah…”

Puan Julia mengurut dada lega. Rasa sangat bersyukur kerana selamat sampai tanpa berlaku apa-apa. Bila dah jantung sudah berdegup normal seperti sedia kala, dia menoleh kepada Jojo disebelah yang sibuk matikan radio dan pendingin hawa. Tangan laju aje mengutil lengan anaknya.
Auch… Apa ni, Ma? Sakit la!” Jojo memandang mamanya sambil merungut marah.
“Kamu tu perangai tak semegah. Bawak kereta macam pelesit. Suka sangat buat jantung mama luruh.” Puan Julia mula membebel. Dah tak tau nak buat apa dengan perangai anaknya yang… Allah! Mohon kesabaran. Tarik nafas, hembus… tarik lagi, hembus. Menjadi seorang ibu memang sangat mencabar. Kalau diikutkan bilangan anaknya tak ramai, empat orang sahaja. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Dalam ramai-ramai tu, membesarkan Jojo yang paling menguji iman dan kesabaran. Nakalnya, ya ampun… mengalahkan Si Along dan Si Angah yang lelaki. Dia percaya kepada kebenaran kata-kata ‘menjaga lembu sekandang lebih senang daripada jaga anak perempuan seorang’ kerana dia pernah mengalaminya. Semput…!
Haihhh… Jojo menghela nafas panjang. Tangan menarik cermin mata hitam yang dipakainya, terus diletak dalam laci di dashboard. “Kalau bawak slow nanti, lambat la sampai. Lagipun, tak fun la Mama drive slow-slow ni. Gaya macam nak pergi makan angin aje. Tak rare langsung!”
Nak jatuh terguling Puan Julia mendengar si anak menjawab. Allah… strok haba! Panas! Panas! Better safe than sorry, Jojo oiii! We had sorry before and we didn’t want it happened twice. Ya Allah, have merci on us and please protect us from any harm…
***
Dingin udara dari penghawa dingin menerpa muka tatkala kaki melangkah masuk ke dalam pasaraya Giant. Terasa nyaman sekali apabila dingin itu menghilangkan segala bahang yang memanaskan tubuh. Fenomena El Nino yang melanda Malaysia sekarang betul-betul menguji keimanan umat manusia.
Tanpa sedar, inilah sebenarnya ujian daripada Allah. Tapi, masih ramai lagi yang tidak tahu yang fenomena ini merupakan satu petunjuk kiamat kecil.  Manusia sememangnya masih lagi lalai dan hanyut dalam hal-hal dunia. Ya Allah Ya Rabbi, janganlah aku bersama orang-orang yang lalai. Ameen!
“Ambik troli tu cepat.” Arah Puan Julia kepada Jojo yang begitu statik berdiri menikmati pengdingin hawa.
Ai’ai, Ma’am!” jawab Jojo sambil menarik sebuah troli yang disusun di suatu sudut. Lantas, troli itu ditolak mengekori Mamanya. inilah, rutin aku semenjak menjejakkan kaki ke Tanah Melayu ni.
“Jojo, tolong mama…”
Jojo bersegera membantu Mamanya mengangkat satu beg beras basmathi yang seberat 10kg dan diletakkan dalam troli. Fuhhh…! Akak sado! Jojo terus mengekori Mamanya. Kali ini, mereka memasuki lorong makanan dalam tin.
“Mama… susu pekat manis dah nak habis. Tinggal setin je lagi dalam kabinet dapur kat rumah. Jojo ambik ya, Ma?” soalnya lembut.
Puan Julia mengangkat kepala dari telefon pintarnya, HTC Desire 8 yang mengandungi senarai barang-barang yang hendak dibeli.  “Memang dah tersenarai pun dalam list Mama ni. Ambik la yang tu, yang setengah dozen tu. Ambik sekali dengan susu sejat. Dah habis stok. Susu sejat terakhir dah Mama guna buat pengat pisang semalam.”
Mentol lampu dalam otak Jojo menyala. “Ma…” Jojo merengek cukup enam harkat sambil memandang Mamanya dengan pandangan penuh mengharap.
“Hmmm…” Jawab Puan Julia tanpa mengangkat muka dari membaca label di belakang tin yang mengandungi cendawan butang.
Alang-alang beli susu sejat ni, Cream Caramel Pudding for dinner sounds best, Ma…” Waa… faveret aku sepanjang zaman.
Puan Julia menoleh kepada anak daranya yang tengah tersengeh gaya meminta. “Boleh aje. Semalam pun Papa ada sebut, lama dah tak makan pencuci mulut tu.”
Yes…! Jojo bersorak dalam hati. Badannya mula rasa nak berjoget tapi otaknya sempat menegah. Buat malu aje nanti kat tengah public macam ni.
Ting-tong! Bunyi loceng menandakan mesej Whatsapp masuk. Siapa pulak yang rajin meWhatsapp aku ni? Detik hati Jojo sambil tangannya mengagau poket seluarnya. Iphone 6 putih dikeluarkan. Jarinya berlari di skrin telefon pintar itu.
‘Angah Poyo’ tertera di skrin. Angah? Terus sahaja dia membuka mesej itu.
‘Kat mane 2?’
‘Tesco dgn Mama. Nape?’
Iphone 6 putihnya kembali ke dalam poket seluar setelah dia membalas mesej Syazwan. Jojo cepat-cepat menolak trolinya mengejar mamanya. Laju betul Mama ni, baru seminit aku mengadap phone, dia dah sepelaung berjalan. Berstamina sungguh!
Ting-tong!
‘Bagus. Do me a favour, please?’
‘What?’ Jojo hantar emoticon menyampah.
Please la, Jo… Angah busy ni. Xsempat nak keluar. Jap lg ada meeting dgn pembekal kain dari Jepun.’ Emoticon muka sedih dan menangis.
‘yalah… yalah… nkpe?’
toiletries. Semuanya dh nk habis. Beli : Deodorant nivea for men, shokubutsu shower cream, darlie toothpaste, garnier for men oil control. Guna duit Jojo dulu, nati claim ngan Angah. Btw, ckp kat Ma that I want mee calong for dinner.’
Ceh. Mengada sungguh! But, frankly speaking, mee calong sounds good. Rindu betul dengan Mama punya mee calong. Masa kat Boston dulu, tak merasa la Mama punya mee calong. Pernah juga aku paksa Si Jassie masak, yalah sebab dia je yang pandai masak. Kalau suruh Si Angah atau Along, alamatnya makan senduk kayu la aku. Tapi, Jassie punya mee calong tak sama dengan mama punya. Sedap tu memang sedap, tapi ada something yang kurang. Air tangan ibu!
“Jojo…” laju sahaja kepalanya menoleh kepada suara yang menyeru.
“Buat apa termenung situ, meh sini.” Puan Julia menggamit anak daranya.
Tanpa melengahkan masa, iphone 6 putihnya dikembalikan ke dalam poket seluarnya dan dia terus mengorak langkah mendapatkan Mamanya. “Ma… Angah mintak tolong belikan toiletries untuk dia. Angah kata dia nak makan mee calong malam ni.”
“Mee calong?”
Jojo mengangguk mengiakan.
“Kalau macam tu Mama kena pergi cari ikan la. Kita separate la, Jo. Jimat masa sikit. Jojo pergi cari toiletries untuk Angah. Mama nak pergi kat bahagian basah. Call?”
Call! Mama bawak la troli tu. Barang Angah tak banyak pun. Nanti lepas siap semua, Jojo jumpa Mama kat bahagian basah.” Ujarnya sebelum berjalan menuju lorong bahagian toiletries. Tangannya pula mengagau Iphone 6 dalam poket. Membuka Whatsapp, cari balik senarai yang Syazwan mintak dia beli.
Ni la hakikat orang yang pelupa. Nyanyuk betul aku sekarang ni. Bukannya banyak pun yang Angah suruh beli tadi. Sambil berjalan, sambil membelek Iphone. Kejap2, dia angkat kepala tengok jalan.  Melilau mencari destinasi ditujunya. Pusing punya pusing, tetap tak jumpa. Last, dia pergi tanya kepada pekerja Tesco yang tengah susun barang di bahagian rempah ratus.
“Kak, bahagian toiletries kat mana ya?” sopan Jojo bertanya. Jangan malu bertanya, kalau tidak sesat jalan. Peribahasa kena sangat dengan aku yang sesat kat dalam Tesco ni.
“Hujung sebelah kanan.” Jawab si pekerja Tesco tu tanpa mengangkat muka. Nada suara pun dingin sahaja seperti Grim Reaper. Jojo berlalu pergi. Sombong menonggek. Tau la dia kerja kat Tesco.
Mata kembali kepada skrin Iphone 6. Deodorant Nivea for Men, Shokubutsu Shower Cream, Darlie toothpaste, Garnier for Men Oil Control. Dalam otaknya, asyik diulang empat barangan tu. Oh! Dah nampak dah bahagian toiletries. Oh yeah, berjaya jumpa tanpa guna Waze.
Deodorant Nivea for Men, Shokubutsu Shower Cream, Darlie toothpaste, Garnier for Men Oil Control.” Mulutnya terkumat kamit mengulang barangan tersebut.
Deodorant Nivea for Men, Shokubutsu Shower Cream, Darlie toothpaste, Garnier for Men Oil Control.
Sewaktu otaknya sarat dengan senarai toiletries tersebut, tidak semena-mena dia dilanggar troli membuatkan Iphone 6 putihnya tercampak ke lantai. Betul-betul di sebelah kiri tayar troli. Jojo terkaku. Terkejut. Aku punya… Iphone 6… baru bulan lepas aku beli. Bau kedai lagi tu!
Darah terasa menyirap naik. Badan mengigil menahan marah. Hatinya panas. Mukanya merah. Setan betul! Dia mendongak, ingin melihat binawei buta mana yang langgar dia. Melihat wajah insan di hadapannya membuatkan Jojo bulat mata. Tidak tersangka dia…!  
“You…? Once again?!
 Hampir menjerit suaranya. Jason tak menduga yang dia akan sekali lagi berjumpa dengan Minah Molotov ni. Dalam… keadaan yang serupa. Opps…! I did it again. Apa la bala yang kau bawak ni Jason? Asyik langgar orang aje. Tak dengan Hummer, dengan troli pun jadi lah ya?
One more things, kenapa mesti minah ni? Takde orang lain ke dalam dunia ni. Juga, dalam banyak banyak Tesco, kenapa mesti dia datang Tesco ni juga? Kat KL ni berlambak la supermarket. Suratan atau kebetulan? Minda Jason dipenuhi dengan persoalan persoalan yang tak dapat dirungkaikan. Dia tidak menghiraukan telefonnya yang terjatuh ke lantai dek kerana momentum perlanggaran tadi. Dan… kenapa mesti setiap kali kau tengah balas mesej Whatsapp kau berlanggaran dengan dia? No texting while driving.
Matanya masih terpaku kepada raut wajah gadis di hadapannya. Jelas benar nampak marahnya. Mukanya dah gaya macam Undertaker aku tengok. 
Say sorry la. Satu suara dalam otaknya berbunyi tapi hatinya berbelah bahagi. Mau jatuh ego nanti. Hatinya pula berbisik. Ngek la kau ni, gentleman la sikit. Pompuan tu kot. Tak ke kesian tengok kat dia. Muka gaya cam nak leleh aje.
Baru mulutnya nak bersuara, gadis di depan terus menunduk mengutip Iphone 6 putihnya yang jatuh dan terus berlalu pergi. Akhirnya, Minah Molotov jadi Silenced Vector. Senyap. Sepi. Tapi, pandangan tajam membunuh. Tembus jantung.
Sorry.” Kata-kata itu hanya terluah kepada angin lalu. Jason menghela nafas panjang.  

***

Memori Cinta Kita Bab 5

sorry la ya. Jo baru update blog. jenuh, 3 bulan sekali baru nak update. huhu. ni pun sebab ada yang request nak baca MCK. sila lah ya, buat macam rumah sendiri...
Jojo leka menonton Oggy & Cockroches di TV. Sesekali dia tergelak sendiri. Geli hati dengan kenakalan si lipas tiga ekor tu pedajalkan Si Oggy. Ada ke patut diorang tu cabut hidung si kucing biru tu bawak lari keliling rumah. Di lengannya, terlilit Si johnny yang tengah selesa baru lepas mandi.
“Ni je la yang kamu reti buat. Tengok kartun, layan Running Man, pastu mengadap segala komik yang ada. Mengalahkan budak sekolah. Umur dah lanjut. Cuba la belajar buat perkara berfaedah sikit.”
Tu dia… dia dah mai dah! ‘Motivasi’ mama yang terbaik dari ladang. Sangat segar dan berkualiti. Tahap tertinggi punya sentap. Lebih sentap daripada kata-kata dalam buku Tarbiyah Sentap karya Adnin Roslan. Ucapan mama tu macam kilat berdesup terpanah hati. Menanah jugak telinga ni mendengar.
Jojo mula buat muka seposen. “Alaa… rileks la ma. Cuba mama cadangkan apa yang Jojo boleh buat. Masak? I was forbidden to do so, ma. F-O-R-B-I-D-D-E-N.  Sapu lantai? Mama tak kasi sebab Mama cakap Jojo sapu tak cuci, still ada habuk. Siram pokok? Nak sentuh pun tak boleh koleksi bunga ros mama kat taman tu, nikan pulak nak siram bunga.  Then, what should I do?”
Amboiii… panjangnya lebar anak dara sorang ni menjawab. Laju je mulut tu. “Pergi la tolong papa kat office tu. Ada jugak faedahnya. Takde la terperuk je kat rumah ni jadi pekasam.” Puan Julia menyambung nasihatnya.
Jojo dah buat muka bosan. Johnny yang melingkar di lenggannya dirungkai lilitan dan dibiarkan haiwan tu menjalar di leher. Naik seriau Puan Julia melihat. “Ma… Jojo ni graduan TESL, kerjanya mengajar orang bahasa Inggeris. Takkan la Jojo nak pergi mengajar kat office Papa kot?” hujahnya.
“Yalah… ya… bab menjawab dan bela diri, nombor satu. Mama banyak lagi kerja nak buat ni.”
Yes…! Aku tahu kemenangan akan berpihak pada aku kerana aku dan kemenangan adalah best friend sejak kecik. Muehehe…
“Ni mama nak kamu teman mama pergi Tesco kejap lagi. Beli barang dapur. Stok dah nak habis.”
Jojo hanya menggangguk setuju. Bab berjalan dia memang A+!
One more thing, pergi naik bilik ambik Momo. Mama nak campak dia masuk dalam mesin basuh…” lipat maut Jojo memandang mamanya. Dah tak hirau pada Oggy kat TV. Hal ni lagi penting.
“Maa…” Jojo mula merengek.
Puan Julia yang memegang bakul pakaian kebalkan hatinya. Tak nak terkesan dengan rengekan anaknya. “Momo tu dah bau macam belacan, kamu tau. Mama janji Momo sempat kering sebelum malam. Dah pergi cepat.”
Puan Julia hanya menggeleng kepala melihat perangai anaknya yang itu. Jojo sengaja menapak lambat-lambat ke biliknya. Puan Julia tahu dalam hati Jojo sebenarnya tak rela Momo tu dimandikan sebab dulu pernah berlaku kejadian Momo yang dibasuh tak sempat kering. Memang mengamuk tak ingat dunia time dia nak tidur malam tu.
Jojo tu sayang betul dengan Si Momo tu. Hadiah istimewa daripada… ah! Lupakan. Tak usahlah ingat kisah lama. Kang tak pasal-pasal naik darah.
***
Ting! Tong! Bunyi menandakan mesej whatsapp masuk. Jojo mengagau Iphone 6 putihnya di tepinya dengan mata still tak beralih dari TV. Kali ni punya la focus.
‘Woiiii!!! Wat ape tu? J

Jojo tersengih sendiri. Terus sahaja dia memandang jam yang tergantung di dinding. Pukul 8.30 pagi, tolak 13 jam. Maknanya, kat sana pukul 7.30 malam la. Lincah aje tangan membalas mesej Whatsapp.
‘Apa woiii2? Bg salam la, cik adik.’

            Selang dua minit kemudian, Iphone berbunyi lagi.

‘Ehehehe. Sorry la, sis… Assalamulaikum. Kabare?’

‘Waras! Terlebih waras. Ko apa cer? ^.^’

‘Byk la ko punya waras. Asal ko xcident xkasi tau aq? Ni yg wat berapi ni.’

            Aduss…! Jojo menepuk dahinya setelah membaca mesej di Iphone. Ni kompem kena bebel dengan minah ni. Mana pulak dia tahu pasal citer ni? Kalau tak mama, mesti Angah yang kepoh sebar citer sampai orang benua lain pon tahu. Hishhh….

‘Citer dah basi la. -.-‘

Jassie yang  berada nun di Boston terasa makin menyirap dengan jawapan selamba badak kembarnya tu. Boleh pulak dia jawab macam tu.

            ‘Ya Allah… bengangnya aq! kalau Angah xkasi tau, smpai sdh aq n Along kat sini xtau citer. Sampai ati eh ko xciter kat aku.’

Aku dah agak dah. Kepoh betul Si Angah. Sejak bila pulak dia ni ambik kerja part-time jadi reporter tak bergaji ni?

‘Kecoh je ko. Aq dh ok la. Xyah la ko nk risau. Ko tu tgh watpe?’

‘Aq baru smpai rumah ni. Along xbalik lg. Xyah la ko nk tukar topic. Try la citer sikit kat aku even citer dh basi.’

Jojo menjuling mata ke atas. Nak tahu jugak. Memang tak kenal erti putus asa la minah ni sorang.

‘Xde apa la. Aq OTW kdai mamak. Masa tu aq stop kat traffic light, trus kena lnggr dgn Hummer.’

‘Hummer? Bestnya. *_*’

Jojo bulat mata. Sakit betul hati baca mesej dari kembarnya itu.

‘Agak2 la weiii… Best mendanya? Sakit la ngek. Dah la. Malas aq nk mlayan ko. Buat sakit hati je. Aq nk g siap2. Mama sruh aq tman dia pergi Tesco. Ciao luh!’

Iphone 6 dicampak ke tilam. Jojo bangun dari baring dan terus ke almari pakaian. Dress-up macam mana ya? Cuaca panas sekarang. El nino. Memang bercinta la aku dengar berita kat TV kat Alor Setar cecah suhu sampai 40 darjah Celcius. Standard padang pasir kot.
Jojo menarik sehelai blouse hitam berbermotifkan bunga sakura berwarna pink. Cantik jugak. Tapi, kalau aku pakai yang ni nanti alamatnya macam masuk oven aje rasenya nanti. Berbahang! Waktu inilah, segala ilmu fizik yang dipelajari sewaktu sekolah menengah dulu diguna pakai walaupun ilmunya ciput sahaja dapat dada. Hitam adalah mengalir haba yang baik. Baik aku pakai warna putih. 
Lantas itu, dia menarik keluar sehelai blouse putih plain. Nak dipadankan dengan apa ya? Skirt? Seluar? Penatnya jadi perempuan, nak kena pilih pakai itu ini. Kang tak kena pakai, mama marah.
“Seorang anak gadis mesti sentiasa kelihatan anggun dengan pakaian yang cantik.” Jojo cuba mengajuk cara mamanya bercakap. Mama sangat mementingkan kecantikan dan kebersihan dan kekemasan dan kerapian dan… dan… ahh!!! Pokoknya mama tu wanita melayu terakhir, dan kemudiannya diwarisi oleh Si Jasmine tu. Cantik, sopan dan penuh gemalai.
Sangat berbeza dengan aku yang lasak dan ganas. Tambah lagi, nakal dan degil. Senang cerita, ciri wanita melayu terakhir tiada dalam gen badan aku. Semuanya dah tercampak kat Jassie. Mama pun dah letih dan putus asa dengan perangai aku. Dah pelbagai usaha dia cuba nak mewanita-Melayukan aku tapi semuanya gagal.
“Mama yakin dan percaya yang Mama pernah mengandungkan 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Hakikatnya, anak lelaki Mama adalah 3 orang dan perempuan sorang je.”
Hahahahahahaha… maaflah Mama. Jojo tak boleh ubah diri Jojo jadi orang lain. This is me. This is who I am. I know that I not your typical ladies you wish me to be but I’m still your daughter. I prefer red than pink. Taekwando is better than ballet. I prefer sneakers than heels. Ballet flats are girly enough to me. Polis-sentri is the best and masak-masak is the worst. BMX is my bike. Gundam or Barbie doll? Of course, I choose gundam.
Tapi, sedikit sebanyak aku mula boleh menerima benda-benda ni semua. Mungkin usia dan persekitaran mendewasakan aku. Aku dah tak strict macam dulu. Kalau dulu, if it’s a no, means a total NO. A big No. Semenjak berginjak ke alam dewasa, pemikiran mula matang walaupun masih lagi ada telur separuh masak.
Aku dah boleh terima warna pink pastel. Tidak lagi terasa kekok memakai skirt. Tahu nak lilit shawl walaupun tak cantik sangat. Kalau nak keluar, tangan mengoles bedak compak dan mencalit lip-tint ke bibir. Semuanya hasil usaha si Jassie yang paksa aku sepanjang 5 tahun berada di Boston. Dalamanku masih sama, tiada satu pun berubah. Lasak. Aktif. Degil. Nakal. Aku seorang Joanna Adlisya, once I set something on my mind, it should works on my way!

***