Saturday 30 July 2016

Aq sayang Mek

Aq berdiri kaku di depan dewan bedah. Mataku hanya merenung kosong pintu dewan bedah yang tertutup kemas. Aq berdiri agak lama sehinggakan kakiku terasa lenguh. Lantas, aq duduk di sebuah kerusi yang berderetan di depan dewan bedah ini.

Aku hanya menunggu dan setia menunggu kerana tiada apa yang aq boleh lakukan sekarang selain daripada menanti. Hatiku tidak putus-putus berdoa dan berzikir kepada dia yang sedang di bedah.

Dia adalah Mek aq. Mek adalah panggilan kepada seorang ibu dalam dialek Kelantan. Mek bukanlah ibu kandungku tapi aq sayangkannya umpama ibu sendiri. Sedang aq duduk sendiri, segala memori lama terbayang di minda.

Kecil dulu, aq tidak ingat sejak dari umur berapa aq berada dalam jagaan dan asuhan Mek. Sama ada aq masih lagi bayi atau peringkat umur awal bertatih aku sendiri tidak tahu, tapi apa yang pasti sewaktu aq berumur 2 tahun, aq sudah kenal Mek.

Ming (ibu kandungku) seorang jururawat. Oleh sebab itu,  Ming sangat sibuk. Mungkin kerana dia adalah satu2nya jururawat bidan yang berada di Klinik Desa Perupok. Ya, klinik itu merupakan rumahku. Di situlah aq membesar bersama adik-beradikku yang seramai 6 orang.

RBK, rumah bantuan kerajaan atau Pa lebih suka panggil rumah buruk kerajaan. *gelak*
Rumah itu rumah papan yang bersambungan dengan klinik tempat ming berkerja. Setiap hari, aq & adik beradik selalu aje mendengar suara tangisan bayi akibat disuntik oleh Ming. Nanti lah, dalan entry yang lain aq menceritakan pasal Rumah Buruk Kerajaan tu.

Sambung cerita pasal Mek, oleh sebab Ming seorang ibu yang berkerja, Ming mengaji Mek untuk mengasuhku pada siang hari Ming bekerja. Pada petang, Long, Ngah & Kak Yo yang pulang dari sekolah boleh tengok2 kan aq. Pukul 5 petang, Pa akan pulang dari kerja.

Pada dasarnya, Ming bekerja umpama jururawat2 yang lain tapi hakikatnya, Ming bekerja 24/7. Tengah2 malam pun ada orang kampung datang mengatakan ada isteri mereka mahu bersalin. Maka, korbanlah waktu tidurnya.

Jadi, masa aq bersama Ming tidak banyak dan tidak mampu nak bermanja-manja dengan Ming. Mek lah menjadi tempat untuk aq bermanja dan bergurau-senda.

Setiap hari, aq berlari ke rumah Mek yang selang sebuah rumah dari klinik. Dalam keadaan yang riang, aq terkinjal-kinjal dan kadang kala melompat-lompat menuju ke rumah Mek. Sampai aje di pintu dapurnya, aq dengan sepenuh hati menjerit,

"MEK...!!!"

Selalunya Mek terkejut dan membebel kepadaku.

"Datang rumah orang lain kali bagi salam. Kita orang Islam. Tak elok anak dara terpekik terlolong. Nati takde orang nak buat menantu baru tau..."

Sambil tersengeh, aq menjawab. "Baguslah. Lagipun Uni taknak kahwin. Uni nak duduk dgn Mek aje."

Mek hanya mengukir senyum padaku.

Masaku hari2 banyak dihabiskan di rumah Mek. Bermain dengan anak-anak jiran yang lebih kurang bayaku. Makan dan mandi pun di situ juga. Sampai la salah sorang dari abangku datang untuk membawaku pulang.

"Uni, Pa suruh balik rumah." Ayat ni lah aq paling benci dengar.

Mek merupakan balu anak 6. Ayah meninggal akibat sakit jantung. Waktu tu aq tak lahir lagi, jadi aq tak pernah kenal Ayah. Hanya melihat wajahnya di dalam album gambar. Untuk menyara anak-anaknya, Mek melakukan pelbagai kerja antaranya membuat menginang untuk dijual.

Menginang tu sejenis jajan macam keropok ikan yang dibuat dari beras pulut. Beras pulut tu dikukus menjadi pulut dan dibentukkan jadi bulat dan rata macam duit syiling. Kemudian, pulut itu dijemur  sehingga kering. Setelah petang atau betul2 kering dan keras, Mek angkat dari jemuran dan bungkus untuk jualan. Mek selalu goreng menginang dalam minyak panas dan simpan dalam balang plastik untuk aq makan.

Sewaktu aq sekolah PASTI dan juga Pra-sekolah, aku selalu pesan kat Mek, "simpankan sikit pulut kukus manis untuk Uni. Nanti Uni balik sekolah Uni nak makan."

Aq suka makan pulut kukus manis tu sebab warna nya cantik. Ada hari warna merah, esoknya warna kuning, lusanya jingga tapi ade saja hari putih kosong tanpa pewarna. Aq makan saja.

Balik sekolah, selalunya Ming jemput dengan motorsikal. Ming pakai uniform misi warna putih terkial-kial bawak motor. Sampai aje di rumah, letak beg terus aje aq pecut pergi rumah mek tanpa tukar baju sekolah. Kalau aq rajin, aku tukar la. Biasanya, aq tak rajin. *gelak*

Petang hari selepas Asar, Mek selalunya pergi ke rumah jiran takpun ke rumah kakaknya di hilir kampung. Aq sibuk nak mengekor sama. Maka, berjalan lah aq dan Mek dalam kampung. Walaupun lenguh dan penat berjalan kaki namun aku suka hati aje. Sebab aku boleh tengok lembu, tengok padang rumput mahupun padang orang tanam tembakau.

Sewaktu jalan di depan tangga rumah orang, Mek selalu bertegur sapa dengan orang kampung. Apabila ada yang bertanya,

"Kak Sah bawak anak sapa tu?"

Belum sempat Mek jawab, aq terlebih dulu memotong, "Ni anak bongsu Mek la."

Bingung semua orang kampung dengar jawapanku. *gelak*

Mek hanya tersenyum sebelum menerangkan, "Ni anak Kak Mah Misi yang kita mengasuh."

Begitulah kehidupanku sehinggalah aq berumur 12 tahun. Rumah buruk kerajaan nak dirobohkan dan digantikan dengan rumah baru kerajaan. Aq sekeluarga berpindah ke kampung sebelah. Walaupun masih berada dekat dengan rumah Mek, tapi tidaklah sedekat yang aq boleh lari2 ke rumah Mek seperti biasa.

Semakin meningkat usiaku, semakin jauh aq darinya. Demi secebis ilmu, aq harus merantau dan neninggalkan keluarga di kampung halaman termasuk juga Mek.

Namun, aq sering bertanya khabar Mek kerana itu merupakan tanggungjawabku sebagai seorang anak. Walaupun tiada apa-apa ikatan tapi dia menjagaku umpama anaknya sendiri.

Kak Yo selalu menasihatiku, "Kau kena ingat, Ning. Esok-esok kau besar kau dah ada kerjaya, kau kena ingat kat Mek. Kena bagi duit kat dia. Jaga dia kalau dia sakit. Cuci berak kencing dia. Mek tu ibarat mak kandung kau sendiri. Waktu kau kecik dulu, Mek yang jaga kau. Dukung kau walaupun berat nak patah pinggang dia. Belikan apa aje yang kau nak. Kau nak mainan, Mek belikan. Kau nak baju, Mek belikan. Kau kena jaga Mek sama macam kau jaga Ming..."

Nasihat itu selalu aq semat dalam hati. Kalau Ming tanggungjawab aku maka Mek pun sama. Tiada apa yang membezakan antara duanya. Mereka sama membesarkan aq menjadi seorang manusia.

Maka, Alhamdulillah hari ini di sinilah aku, depan Dewan Bedah Fairuz HRPZ II. Setia menanti Mek disorong keluar. Jika tadi aq yang sorong Mek masuk ke Dewan Bedah maka keluarpun haruslah aq sorong. Moga2 pembedahan Mek berjalan lancar.

Sekian nukilan,
Nurul Husni Mohd Nari
(JoJoAnne Rant)
Depan pintu Dewan Bedah Fairuz, HRPZ II, Kota Bharu

No comments:

Post a Comment