Hari minggu yang
sangat mendamaikan. Semua orang sukakan weekend. Aku pun sama. Tak kira la
weekend ke hapa, tapi kalau bunyi je cuti, memang aku bersorak tepuk tangan la.
Kalau time tu aku rajin sikit, aku buat joget lambak.
Sepanjang 19 tahun
aku hidup, hari ini merupakan weekend yang paling disaster! Mana taknya,
sekarang ni dah masuk dua jam aku bertapa dekat National Library ni. Untung ada
Reena, kalau tak memang aku tido je dalam ni. Ni semua assignment punya pasal!
Habis musnah hari cuti aku. Tau tak, cuti umpama syurga bagi aku. Tak payah
bangun awal pagi. Tak payah mandi pepagi (habit yang aku tak suka sebab sejuk
kot pepagi).
Malangnya nasib
aku, pepagi buta lagi Si Reena dah tercongok depan pintu café (o’course café
pun tak bukak lagi). Dia yang pergi kejut aku tido. Minah tu memang aci redah
buat macam rumah sendiri je rumah kedai aku tu. Si Reena tu pelepak tegar kat
café tu. Kalau satu hari tak nampak muka dia memang tak sah. Untung aje dia
dapat makan free!
Asus Zenfone 5
bergetar dalam saku seluar. Gadjet itu sengaja dibiarkan dalam silent mode.
Dalam library ni kot, takkan la nak biar je bunyi lagu Ah Yeah cam selalu bila
ada call masuk. Tu namanya nanti ada buku melayang hinggap kepala. Tangan
diseluk ke dalam saku jeans dan telefon dibawa keluar.
Papa… nama yang
tertera di skrin. Nape pulak papa call? Bukannya dia tak tahu aku pergi library
dengan Reena.
“Helo…”
“Yvonne kat mana
tu?” cemas saje bunyi suara papa. Ada perkara dah berlaku ke?
“Yvonne kat library
la dengan Reena. Nape?” dengan blur aku bertanya. Pelik sungguh papa ni.
“Yvonne balik
sekarang! Balik ke café Margherita Dolce sekarang!” tegas sekali suara papa di
hujung talian.
Aku semakin
bingung. “Yvonne akan balik. Tapi kenapa tetiba je, papa?” soalku lagi.
“We’ve a new
Barista for Margherita Dolce!”
#####
Aku tergesa-gesa keluar dari National Library
dengan beberapa buku untuk rujukan assignment di tangan. Kaki aku atur dengan
langkah yang panjang-panjang agar cepat sampai ke stesen monorel. Tujuan di
mindaku hanyalah satu. Tiba di café Margherita Dolce secepat yang boleh.
Kalaulah aku mampu terbang, dah lama dah aku gunakan kepak aku macam
Maleficient tu.
“Yvonne, slow la
wei! Pancit aku.” Si Reena dah termengah-mengah di belakang. Tak mampu nak
menyaingi kelajuan aku. Nampak je aku ni petite tapi macam lipas kudung kalau
dah mula buka langkah. Hehehe…
Aku menoleh ke
belakang memandang Reena dengan kaki tidak berhenti daripada melangkah.
“Aku tak boleh
slow sekarang ni. Aku kena cepat ni sebelum Barista baru tu sampai ke café.
Kalau tak mampus la aku. Sejak Barista lama berhenti, café papa tak berapa nak
untung tau. Hanya bergantung kepada skil memasak masakan Itali papa je nak
hidup. Nasib baik tak ling…”
BBUUUKKKK!
Adoiii! Berpinar
mata aku. Buku di tangan aku dah selamat mencium lantai. Orang tengah kejar
masa ni, ada je hal yang nak dibuat drama. Clumsy betul la kau ni, Yvonne! Aku
mula mengutuk diri sendiri. Aku duduk mengambil buku-buku yang jatuh tadi. Dah
la buku pinjam, kalau rosak cam na kau nak jawab dengan library nanti? Huwaarghh…
papa, nak nangis!
Aku bangun
perlahan-lahan dengan buku kembali dalam dakapan. Dalam masa yang sama, mata
aku menyoroti seseorang di hadapan. Black midriff. Black slack. White shirt.
Black vest. Kemas! Mata aku naik memandang pula ke mukanya. Oh papa, Grim
Reaper!
“sorry!” lemah je
suara aku. Mana taknya, mata tajam macam nak bunuh aku je. Cuak!
Mukanya sangat
dingin. Tanpa perasaan. Bak seorang Assassin! Matanya tepat ke dalam mataku
yang mendongak memandang dia yang melangit itu. “jalan tengok depan la, cik
adik!” tanpa nada, dia bersuara. Kemudian, berlalu pergi. As simple as that!
Si Reena dah
buntang mata melihat Mr. Assassin yang melangkah pergi tu.
“Gila macho! Pedas
siot! Air… mana air?”
#####
Akhirnya sampai
jugak aku kat café. Dengan nafas yang tercungap-cungap. Gila! Keluar je pintu
monorel, aku pecut macam orang marathon kat Olimpik. Kalau Usain Bolt ada
sekali, konfem dia ternganga tengok aku lari lagi laju daripada dia. Huhh!
Berpeluh ketiak.
Si Reena pun dua
kali lima je dengan aku cuma dia ambik masa la sikit nak sampai café ni sebab
lari-lari ni bukan bidang dia, aku je yang terlebih lipas kudung. Aku dan Reena
menarik kerusi tinggi di kaunter bar. Papa hanya tersengeh melihat kitaorang.
“Uncle… disebabkan
perangai anak uncle yang pelik ni… Reena nak mintak ganti rugi… dia buat Reena jadi
Asthma, uncle tau! Reena nak Spaghetti Alle Vongole and Iced Macchiato!”
Cis… hampeh punya
kawan! Itu jugak yang ada dalam kepala otak dia. Bab makan nombor satu. Setelah
segala lelah dan semputku yang macam lembu naik minyak, deru nafasku kembali
normal, aku bangun menuju ke bilik persalinan. Aku menyarungkan apron putih ke
badan. Maka, bermulalah kerjaku sebagai seorang pelayan di café Margherita Dolce.
Rambut yang lurus panjang hingga ke pinggang, aku ikat ponytail agar lebih
kemas dan tidak menggangu kerjaku. Setelah semuanya siap dan rapi, aku keluar.
Mataku menangkap
Si Reena dah melantak Spaghetti Alle Vongole. Sejenis makanan Itali iaitu
spageti yang dimasak dengan kepah dalam sos putih yang mengandungi bawang
putih, minyak zaiton dan lada hitam. Minah tu kalau bab makan memang nombor
satu.
Aku terus ke
kaunter dimana Reena dan papa berada.
“Papa, mana Barista
baru yang papa cakap tadi? Takde sampai pun.” Soalku. Mataku melilau di
sekeliling café kot ada nampak seseorang macam Barista tapi hampeh, hanya ada
beberapa orang pelanggan yang sedang menjamu selera.
“Entah la. Tadi
dia cakap dah nak sampai. Mungkin dia sesat kot. Tapi café kita ni bukannya
tersorok. Tempat pun strategic. Kejap ya… biar papa keluar ke depan café mana
tau dia ada sekitar ni.” Ujar papa sebelum keluar ke depan café.
Reena mengangkat
muka dari pinggannya. Garfu ditangan tidak dilepaskan. “Tengok… kan aku dah
cakap. Si Barista tu bukannya dah ada kat sini. Buat penat je kau marathon tadi
sampai aku pun terikut sama. Cuba kau tengok keadaan aku sekarang, terpaksa aku
makan spageti ni sebab nak tambah tenaga. Nasib baik papa kau masak sedap.”
“Membebel la kau!
Makan je la.” Aku menolak perlahan bahu Reena. Geram! Suka je sindir aku.
Aku menghirup Iced
Macchiato Si Reena. Haus!
“Wei… air aku
kot!” marah Reena tapi aku buat tak kesah.
Aku menjeling
Reena di sebelah. “Sikit je aku minum. Gila kedekut kau!” sindirku.
“O’course la.
Kalau kau nak minum, pergi buat sendiri. Ni aku punya!”
Sedang kitaorang
asyik duk berbalah kata, pintu loceng berbunyi menandakan ada orang masuk.
“YVONNE!”
Mendengar suara
papa yang kuat dan excited, aku dan Reena menoleh ke belakang.
“Here’s our new
Barista.”
Terus saja empat
pasang mata melihat lelaki yang berdiri di sebelah papa. Reena sudah bulat mata
manakala aku dah ternganga…
“Oh, papa…!”
…Mr. Assasin!
#####
“Evan!”
“Yv…Yvonne!” huluran tangannya aku sambut.
Terasa panas sentuhan tangannya, nampak sangat tangan aku yang sejuk beku. Aku
cuba untuk bertentang mata dengan dia tapi tak mampu nak melawan panahan
matanya yang tajam. Tertusuk tepat ke dalam hatiku. Kakiku menjadi menggeletar.
Aku dan Reena berdiri bertentangan dengannya
yang berdiri disebelah papa.
Aku melihat papa yang sedari tadi tersengih tak
lekang di wajahnya. Happy benar mendapat seorang Barista baru. “Evan ni seorang
Barista yang sangat professional despite his young age. He’s good at grinding the coffee beans, extracting
the coffee, frothing the milk and pourin. Besides, he’s also good in latte art.” Aku hanya diam
mendengar penerangan papa.
Tak sangka pula Mr. Assassin ni seorang Barista
yang mahir. Mataku terpaku di wajahnya. Matanya hitam dan tajam penuh misteri.
Hidungnya mancung. Mulutnya… bibirnya… rambutnya hitam pekat agak kusut tapi
sangat stailo. Betul cakap Si Reena, dia sangat macho!
Aku rasakan dunia sekeliling sudah kehilangan
bunyi. Aku juga rasakan dunia sekeliling sudah kehilangan manusia. Hanya aku
dan dia yang tinggal. Itu yang ada dalam pandanganku. Aku juga tidak faham apa
yang terjadi sekarang. Sungguh membingungkan. Tadi aku amat takut terhadapnya
tapi dalam dirinya terdapat sesuatu yang membuatkan aku rasa tertarik
kepadanya. Pandangan matanya yang penuh misteri seolah-olah memanggilku
menerokainya, cuba untuk merungkai segala misteri yang tersimpan. Apa yang
sudah terjadi? Kenapa aku rasa begini?
“Yvonne?”
Aku kembali ke dunia nyata saat namaku
dipanggil. Aku tercari-cari mereka. Rupa-rupanya mereka sudah berada di kaunter
bar. Reena kembali ke tempat di mana dia menikmati spaghetti tadi manakala papa
dan Mr. Assassin tu berdiri disebalik kaunter, dihadapan mesin espresso.
Aku melangkah menuju ke arah mereka dan duduk
di kerusi tinggi di sebelah Reena. Mataku masih lagi lekat pada Mr. Assassin
itu. Sekali lagi situasi aku menjadi seperti tadi, dalam duniaku sendiri di
mana hanya aku dan dia yang wujud. Aku memandang tanpa berkelip cara dia
menyediakan secawan latte. Dia membancuh latte kedalam cawan terus dari
mesinnya.
Perlahan-lahan dia menambah cream ke dalam
cawan yang mengandungi latte pekat. Setelah itu, dia menggunakan frothing milk
untuk membuat latte art yang cantik. Tau-tau je dah sampai secawan depan aku.
Aku memandangnya. Macam tak percaya.
“Rasa!” ujarnya sepatah dengan muka yang tidak
berperasaan.
Aku hanya menurut perintah. Rasanya… Oh My God,
maha sedap!
#####
Hari demi hari, café Margherita Dolce semakin
mendapat perhatian ramai dan keuntungan juga semakin bertambah. Aku juga
semakin senang dengan kehadiran Si Mr. Assassin itu. Dia turut tinggal di sini,
di sebuah bilik di belakang café yang dilengkapi dengan bilik air. Aku dan papa
tinggal di tingkat atas di bilik masing-masing. Sebuah lagi bilik adalah milik
Abang Sam yang sekarang ni berada di luar negara, mengambil kursus pastry dan
dessert.
Pada mulanya, terdapat ura-ura papa ingin
menumpangkan Mr. Assassin itu di bilik Abang Sam tapi memandangkan tuan punya
bilik sudah mahu pulang tidak lama lagi, papa membatalkan niat ‘murni’nya itu.
Aku kemain lagi mengurut dada setelah seberapa
ketika jantung aku hilang entah kemana mendengar niat ‘murni’ papa tu. takkan
la aku, seorang anak dara yang naïve and
petite ni nak tinggal satu tingkat dengan dia. Dah la bilik air di bilik aku tu
berkongsi dengan bilik Abang Sam. Memang ngeri la kalau di tinggal dalam bilik
Abang Sam tu. So, duduk la dia kat bawah tu.
Kes aku ni pulak sekarang… Huargghhh! Papa, nak
nangis. Dateline assignment aku minggu depan. 3 hari dari sekarang. Banyak lagi
yang tak siap lagi ni kot! Stress! Aku dah stuck, habis idea nak susun ayat
tulis assignment tu. Sekarang ni dah pukul 1 pagi. Nasib baik esok hari Sabtu.
Cuti! Boleh la aku qada tido. Kalau Si Reena tu datang buat kacau, memang aku
tendang dia sampai Sungai Gombak.
Aku fed-up! Turun bawah cari kopi lagi bagus.
Segarkan mata dan lapangkan otak. Lepas tu sambung tulis. Aku dah janji takmau
tido malam ni. Apa nak jadi pun jadi la. Aku tak kesah!
Sampai saja tingkat bawah, aku terpandang lampu
di kaunter bar masih lagi terpasang. Papa tak tutup lampu ke? Mentang-mentang
la café Margherita Dolce ni maju sekarang tapi takkan la banyak duit sampai
boleh nak membazir elektrik bagai.
Dengan baju tidur warna putih dipenuhi gambar
biji kopi warna coklat, selipar Domo-kun warna coklat di kaki dan rambut yang
diikat ponytail aku menapak menuju ke kaunter bar.
Sejurus itu, terpacul seorang lelaki dengan
singlet hitam di kaunter bar itu. Aku terkejut dan sedikit menjerit. Dia
menoleh terhadapku.
“Awak buat apa kat sini malam nak ke pagi ni?”
laju aje aku menyoal dia.
“Jual pistachio!” tanpa perasaan seperti biasa,
dia menjawab.
“Pistachio? Mana? Nak beli boleh? Saya suka
makan pistachio!” selamba je aku menjawab sambil mata memandangnya. Kemudian,
melilau mencari pistachio. “Takde pun.” luahku.
Dia memandangku pelik. “Kenapa la awak ni blur
sangat, Yvonne. Awak sangat naïve. Sepatutnya nama café ni Naïve Margherita, bukannya
Margherita Dolce.” Jawabnya.
“Kenapa pulak?” Tanyaku sambil duduk di kerusi
tinggi di kaunter bar.
“Sebab awak sangat naïve.” Luahnya.
Naïve? Aku? Betul ke? Aku hanya memandang
mukanya. Sangat macho dan sangat kelakian. Perhatian aku semakin tertumpu
kepada dirinya. Rambutnya yang hitam dan kusut tapi aku merasakannya stailo.
Dia memakai singlet hitam yang mendedahkan bahu dan lengannya yang nampak gagah
di mataku. Aku tak nampak dia pakai seluar pendek ke panjang sebab dia berada
di sebalik kaunter bar. Tapi, aku perasaan di lehernya ada tergantung rantai
bertali hitam dan terdapat dua bentuk cincin di gantung di situ. Dan, aku juga
perasaan yang rantai tu selalu bergantung di lehernya, tak pernah dibuang.
Aku tersedar apabila seseorang memetik jarinya
di hadapan mataku. Aku bertanya kepadanya melalui pandangan mata. Apa? Dia
hanya memandang ke bawah. Oh..! secawan Bicerin dah terhidang depan mata aku.
Patut la hidung aku tadi terhidu baunya. Bicerin sejenis minuman campuran kopi
dan chocolate yang diletakkan whipped cream diatasnya dan minuman ini berasal
dari Turin, Itali.
Rezeki… memang niat aku turun ke café ni nak
minum Bicerin. Tup-tup dah ada depan mata tanpa perlu aku order. “Awak ada
six-sense ke?” lurus sekali aku bertanya.
“Kenapa?”
“Macam mana awak tahu yang saya nak minum
Bicerin?”
Kulihat dia tersenyum. Aku sedikit tergamam.
Walaupun senyumnya penuh misteri dan ada gaya macam Assassin, tapi aku rasa
senyumannya sangat menawan dan menambat hati. Ya… aku suka! Sukakan
senyumannya!
“Saya tahu awak suka minum Bicerin. Sebab
selama dua minggu saya di sini, tiap-tiap malam awak order Bicerin. Lagipun,
Mr. Lau yang cakap awak sukakannya.” Jawabnya.
“Awak perasan?” Tanyaku setelah beberapa saat
diam kerana terkejut mendengar luahannya yang terus sampai ke jantung. Entah
kenapa, aku sukakan perasaan yang bertandang ini.
Dia hanya tersenyum tanpa memberi sebarang
jawapan. Kenapalah Mr. Assassin ni murah senyuman malam ni. Dah la kelihatan
sangat macho dan gagah dalam singlet hitam tu. mata aku hanya menyoroti dia
yang menuju ke arah aku dan duduk di kerusi tinggi di sebelahku. Dia menghirup
cappuccino kemudiannya menoleh kepadaku.
“Kenapa awak selalu pakai rantai tu?” soalku
sambil jari telunjuk menunjuk pada rantai yang tergantung di lehernya.
“Girlfriend bagi, eh?”
Mukanya sedikit tegang. Betul-betul macam Mr.
Assassin. Eh? Aku salah cakap ke? Aku memandang anak matanya, cuba mencari
kebenaran.
Kedengaran dia menghela nafas panjang. Dia
memegang rantainya. “Yes… cincin girlfriend saya.” Luahnya perlahan.
Aduh… sakitnya! Pahit rasanya. Penangan dari
Bicerin mungkin. Aku sudah tidak mahu menyoalnya.
“Cincin yang saya ambik daripada cinta hati
saya as known as mama saya saat dia meninggal dunia 15 tahun dulu. Ni adalah
cincin kahwin mama dan papa saya. Mereka meninggal dalam kemalangan jalan raya,
kereta diorang bertembung dengan lori ketika dalam perjalanan ingin mengambil
saya dari sekolah.”
Aku tergamam…! Sungguh menyedihkan. “saya minta
maaf. Saya tak sepatutnya tanya pasal rantai tu tadi.”
“it’s not your fault…! Waktu tu saya berusia 10
tahun dan kejadian itu berlaku di Turin. Saya dilahirkan dan dibesarkan di
Turin. Kesayangan saya dulu mempunyai sebuah café kerana papa saya seorang
Barista. Lepas mereka meninggal, café itu diserahkan kepada kawan baik mereka
dan saya pula dibawa pulang ke Malaysia oleh datuk saya. Selepas lima tahun,
datuk saya meninggal dan tinggal la saya sebatang kara.”
Airmataku mengalir tanpa henti. Sangat
tersentuh dengan ceritanya. Rupanya inilah misteri yang terpantul dari matanya.
Hidupnya penuh sunyi. Kalau nak dibandingkan dengan hidup aku yang hanya
kehilangan seorang ibu, tapi aku masih mempunyai papa dan Abang Sam. Tapi dia…?
Sebatang kara! Hidup sorang-sorang selama 10 tahun setelah datuknya meninggal.
Huhuhuhu… sedihnya! Sobs… sobs…
Kulihat Evan (tak baik tau panggil Mr. Assassin
kepada orang sebatang kara) terkejut, mungkin kerana dia melihat aku menangis.
“Kenapa awak menangis?” soalnya pelik.
Tanganku mengesat pelupuk mata. “Kisah hidup
awak sedih sangat…” sayu dan perlahan sekali aku menjawab.
Dia tersenyum manis dan sungguh menawan di
mataku.
“Awak seorang gadis yang naïve dan jujur sekali
tentang perasaan awak, Yvonne… sebab itu saya suka kat awak.”
#####
Hurray..! Hari ni café tutup kerana kami semua
pergi menyambut Abang Sam yang pulang dari Italy. Dia belajar di Italian Chef
Academy dan mengambil jurusan pastry chef. Sudah hampir dua tahun aku tidak
bertemu dengan Abang Sam. Macam nama la agaknya dia sekarang? Masih seperti
dahulu ataupun sudah matang?
Kami (aku, papa, Evan dan Reena) menunggu di
balai ketibaan. Ya… aku tahu! Si Reena memang kepoh nak datang sekali. Katanya
dah lama tak jumpa dengan Abang Sam. Aku si adik ni tak kesah pun, dia pulak
yang melebih-lebih.
“Nah…!”
Gelas plastik berisi minuman disuakan oleh Evan
di hadapan mukaku. Aku hanya tersenyum tanda terima kasih kepadanya. Aku
menyedut. Ermm… Iced Americano! Suka! Semenjak kejadian luahan perasaan dan aku
menangis di depannya (malu), hubungan aku dan dia semakin erat.
Dia tidak seperti yang aku sangkakan. Mungkin
dia seorang yang tidak berperasaan dan muka tidak bereaksi serta pandangan mata
yang tajam, tapi setelah aku mengenalinya dia seorang yang mengambil berat dan
mesra. Dia juga sering tersenyum tatkala melihatku sekarang ini. Mungkin dek
kerana dia hidup sebatang kara dalam tempoh masa yang lama, perwatakannya
menjadi seperti Mr. Assassin. Mungkin untuk keselamatan dirinya. Banyak sangat
‘mungkin’ dalam otakku bila berfikir tentang Evan. Hehehe…
“Lambat lagi ke Abang Sam ni, papa?” keluhku
sambil merenung jam di tangan.
“Tu…” papa menunjuk ke arah seorang lelaki yang
sedang berjalan keluar sambil menolak troli dan menuju kepada kami di balai
ketibaan. Dia tersenyum lebar.
Aku terus menerpa ke arahnya dan memeluknya
erat! Dia pun berbuat sedemikian. Ya Tuhan, lamanya tak jumpa. Kemudian, dia
memeluk papa dan bersalaman dengan Reena dan mengatakan yang minah tu dah besar
dan semakin cantik.
Abang Sam terpandang kepada Evan yang berdiri
sebelah papa. Isyarat matanya bertanya kepada papa.
Dengan sengih melebar dan menepuk bahu Evan,
papa berkata…
“Bakal menantu papa…!”
#####
Perkembangan
café Margherita Dolce semakin baik dan bertambah maju. Lebih-lebih lagi sejak
kepulangan Abang Sam, café ni mempunyai seorang pastry chef. Ini membuatkan
menu di café ini bertambah kerana Abang Sam bertindak menyediakan pastry dan
dessert sebagai hidangan sampingan yang boleh dimakan dengan pelbagai
minuman yang berasaskan espresso di café
ini. Terdapat juga pelanggan yang tidak mahu memakan pasta kerana ianya makanan
berat.
Pada kebiasaannya, ramai pelanggan datang ke
café ini untuk menikmati masakan Itali pada waktu tengah hari dan malam.
Hidangan pastry Abang Sam pula tertumpu pada waktu rehat antaranya 10 pagi dan
4 petang. Pastry dan dessert lebih terkenal di kalangan pelajar sekolah dan
ramai juga pelajar dari sekolah aku yang singgah makan di sini. Terima kasih
kepada Reena yang jadi tukang promote.
Hidup aku berjalan seperti biasa. Pagi,pergi
sekolah. Balik sekolah, tolong papa di café dan selalunya aku ulang kaji
bersama Reena di café. Reena lagi la suka sebab papa selalunya bagi dia makan
free dek dia study sekali dengan anak dia ni. Heh!
Hal aku dan Evan pula semakin banyak kemajuan.
Aku sangat suka…! Suatu petang…
Aku tengah asyik ulang kaji di satu sudut di
dalam café. Berseorangan kerana Reena baru je melangkah pulang. Aku saja je nak
sambung study sikit je lagi sementara mood study aku tengah membara. Kedengaran
kerusi dihadapanku ditarik. Aku menangkat muka.
Evan berteleku di meja. Penat agaknya. Dia
sangat workaholic, katanya demi menjadi seorang Barista terkenal dunia.
“Reena mana?” Tanyanya setelah beberapa lama
berteleku.
Aku mengangkat muka dari esei Pengajian Am.
“Dia dah balik tadi.” Jawabku sambil mengurut belakang leher dan pelipis bagi
menghilangkan lenguh kerana asyik mengahadap kerja.
“Penat ke?” dia merenungku.
Aku hanya mengangguk sambil memejam mata. Sikit
je lagi nak siap. Bertahan, Yvonne. Bertahan! Pantang datuk nenek moyang aku
orang yang menyerah sebelum bertanding. Cliché…! Setelah beberapa seketika
bertafakur merehatkan mata, dengan mata yang masih terpejam, aku bersuara…
“Awak…”
“Hmmm…?”
“Saya nak secawan latte boleh tak?”
“Yvonne…” serunya.
“Hmmm…?”
Buka mata dan aku akur. Aku lihat…
Speechless…!
“Amore a Margherita Dolce Caffé…!”
Aku tersenyum mengenangkan hal itu. Sudah 4
bulan dia kerja di sini. Aku menjeling jam di dinding. Pukul 11 malam. Aku dah
tak hadap nak tengok buku-buku ni semua…! Fed-up!
Turun mengadu dekat Evan pun best jugak. Mintak
dia buat Bicerin takpun hot chocolate pun terangkat! Hehehe…
Aku melangkah turun tangga. Belum kakiku
menyentuh anak tangga yang terakhir. Aku terdengar suara orang berbicara. Aku
tersenyum simpul. Evan…! Tapi senyumanku mati serta merta tatkala telingaku
terdengar…
“Abang Sam, saya rasa saya nak berhenti…”
Aku terpana dan terkaku. Apa yang dikatakan
olehnya sudah tidak kuhiraukan. Berhenti? Air mata perlahan-lahan menuruni pipi
dan seleraku yang berkehendakkan Bicerin sudah lumpuh.
#####
Sudah seminggu aku cuba mengelakkan diri dari
Evan. Aku sengaja pulang lewat petang dari sekolah. Aku hanya ulang kaji di
sekolah dan bukannya di café seperti biasa. Setelah pulang, aku hanya berkurung
di bilik. Alasan aku, study untuk exam yang semakin hampir. Walhal, exam masih
masih lambat lagi. Aku juga sering menangis. Kesedihan bila memikirkan Evan
akan meninggalkan aku. Aku ingin mengetahui sebabnya tapi aku takut nanti aku
juga yang kecewa nanti.
Hari isnin, café ditutup. Aku pulang dari sekolah
tapi aku tidak pulang ke café. Sebaliknya aku merayau-rayau di taman. Nak ulang
kaji, aku tiada mood. Sudah seminggu aku berlalu sejak aku mendengar perbualan
Evan dan Abang Sam. Kesedihan aku masih lagi tidak hilang.
Aku duduk di sebuah bangku di bawah sepohon
pokok rendang. Suasana di sini sangat tenang dan nyaman. Hatiku masih
berbelah-bagi. Hatiku rindu pada Evan tapi otakku melarang aku daripada
berjumpanya. Masuk hari ini, sudah seminggu aku tidak merasa air tangannya. Aku
sudah kempunan tapi aku jugak tidak mengetahui kenapa aku harus bertindak
sedemikian.
Bodohkah aku? Ya… Gilakah aku? Ya… aku gilakan
Evan! Matikah aku? Ya… jika dia berjauhan denganku. Tapi, aku takut…
“Sampai bila awak nak lari dari saya?”
Aku terkejut dan bangun berdiri. Aku melihat
Evan sedang berdiri di belakang bangku yang aku duduki tadi. Aku rindu dia…!
“Apa salah saya?”
Soalan darinya aku tidak mampu jawab, hanya
boleh diam sahaja.
“Kenapa?” soalnya dalam nada tegas. Aku
terkejut.
“Saya sedih sebab awak dah nak pergi. Awak nak
berhenti dari Margherita Dolce. Awak nak tinggalkan saya. Macam mana saya nak
hadapi perkara ni sedangkan saya cintakan awak… Saya cintakan awak, Evan! Saya
tak sanggup nak berjauhan dengan awak.” Luahku dengan penuh sayu. Air mata
sudah bergenangan dan menunggu masa nak menitis.
“Kenapa awak naïve sangat, Yvonne?” soalnya
lagi. “Siapa cakap yang saya nak pergi? Siapa cakap yang saya nak berhenti dan
tinggalkan awak?” sambungnya.
Airmataku sudah tumpah. Aku tidak hirau nak
lapkannya. Hanya membiarkannya begitu, menuruni pipiku mengikut hukum
gravity.“suatu malam minggu lepas saya ada dengar awak cakap dengan Abang Sam
yang awak nak berhenti.” Aku cuba pertahankan hujah aku.
Dia merenungku tajam. Dia kembali bertukar
menjadi Mr. Assassin. “Sebab itulah saya kata awak naïve. Awak tak tahu cerita
sebenar, Yvonne! You jump into your own conclusion without bother to ask me!!!”
marahnya.
“Habis tu apa cerita sebenar? Now, I’m asking
you…!” tegasku.
Dia menghela nafas panjang… “Saya cuma mintak pendapat
Abang Sam adakah saya ni sudah diiktiraf sebagai Barista professional. Layak ke
saya nak ambik dan uruskan café mama dan papa saya di Turin? Saya hanya mintak
pendapat dia. Memang saya akan pergi menuntut hak saya di Turin suatu hari
nanti dan saya pastikan yang saya bawak awak bersama sebab SAYA CINTAKAN AWAK,
YVONNE!” dia berteriak…!
Mendengar luahan hatinya yang sangat tulus itu,
terus saja aku berlari menuju ke dakapannya. Aku berasa sangat bersalah. Aku
sudah salah sangka.
“I’m sorry that I doubt you. I love you too,
Evan!”
#####
Beberapa bulan kemudian…
Aku duduk di kaunter bar. Muka Evan aku tatap dengan
penuh rasa.
“Awak…” seruku.
“Hmmm…?”
“Saya nak secawan latte boleh” aku senyum.
“wait aa…”
Setelah beberapa minit, terhidanglah secawan latte
yang dipesan. Melihatkan latte itu, buntang mataku dan rahangku terjatuh. Aku
terkejut melihat…
#####
Enam bulan kemudian…
Hidupku sudah lengkap dan bahagia. Aku sangat
bersyukur. aku sekarang tinggal di Turin, Italy kerana mengikut suamiku yang
mempunyai sebuah café di Turin. Aku sekarang sedang menjalani kursus bahasa
Itali di samping membantu Evan di café. Dia sebagaimana dahulu, seorang
Barista. Cuma status dirinya sahaja yang berubah, seorang suami kepada Yvonne
Lau yang sekarang berubah menjadi Yvonne Cho! (malu) Hahaha…
Aku juga belajar menjadi seorang Barista
daripada Evan. Kelas percuma dan boleh juga bermesra, dua dalam satu, sangat
menguntungkan. Ya… aku dah tak berapa naïve dah sekarang. Salahkan Si Evan tu
yang ajar aku perkara pelik-pelik. (kutuk suami sendiri).
“Lao kong.” Seruku.
“Wei she ma, lao po?”
“Nak latte tak?” Tanyaku dan dia hanya
mengangguk setuju.
Beberapa minit kemudian, aku menghidangkan
secawan latte kepadanya yang sedang berehat di beranda tingkat atas café.
Melihat latte itu, dia tergamam dan terkejut. Terus sahaja dia meluru memelukku
kerana…
THE END
No comments:
Post a Comment